Setelah sesi pendaftaran selesai, kesemua pelajar baru diberikan satu fail yang berisi beberapa helai kertas yang mengandungi maklumat pelajar, asrama, sekolah dan entah apa benda lagi tah. Yang menarik perhatian aku adalah kertas maklumat pelajar yang tertera namaku, nama dorm dan nama kelas yang akan aku duduki selama 3 tahun sebelum melangkah naik ke Tingkatan Atas. Itupun kalau aku tak pindah atau pun dibuang sekolah. ‘Ish, belum apa apa lagi dah fikir kena buang sekolah.’ Aku tersenyum sendiri.
“Qie, dorm mana ?”
“Dorm Al Falaq. Zira ?”
“Alaaaa. Tak sama. Zira dapat Al Mulk.” Zira pamerkan riak wajah sedih.
“Takpelah Zira. Masih bawah satu bumbung yang sama.” Aku memujuk.
“Tapi kan, buatnya diorang suruh hafal surah ikut nama dorm, masak jugak awak nak menghafal tu.” Aku tanpa sedar sedang menanam rasa ketakutan dalam hati Zira.
“Ish, mintak mintak tak lah.” Zira membalas dalam nada risau.
‘Kalau betul senior suruh buat macam tu, masin betul mulut aku. Boleh jadi tukang tilik nanti. Hihi.’
“Baiklah, semua pelajar dah dapat fail nama masing masing bukan? Boleh ucapkan salam perpisahan kepada keluarga masing masing. Para penjaga tidak perlu risau kerana akan ada senior yang akan membantu untuk membawa barang barang pelajar ke dorm masing masing.” Suara Abdi Afif memecah hiruk pikuk di dalam DM.
Aku lantas bangun dan pergi ke arah keluargaku.
Setelah bersalaman dan berpelukan serta mendapat beberapa kata nasihat seperti ‘belajar rajin rajin’, ‘jangan banyak main’, ‘jangan lupa solat’ dan bermacam macam lagi kata nasihat dari ibu dan ayah, kami berpisah di situ. Aku melambai saat mereka menuju ke arah kereta untuk pulang. Acu tiba tiba menoleh dan menjerit “cari pakwe hensem hensem okayyyyyyyyyyy !!!!!!” Lantas ketawa riang.
‘Adik tak guna.’ Aku hanya mampu berkata didalam hati kerana malu diketawakan oleh orang sekeliling yang mendengar teriakan Acu.
Aku cepat cepat mengambil barangku. Seraya itu juga 2 orang Senior membantu aku sambil memperkenalkan diri mereka.
“Hai, kitorang senior kat sini. Nama akak Suraya. Yang ni pulak Amira. Biar kitorang tolong bawak barang pegi dorm. Awak dapat dorm mana?”
“Saya Qie. Dapat dorm Al Falaq. Mekasih kak.”
“Eh, dorm kau lah Mira. Untung lah dapat adik dorm comel.”
Kak Amira hanya memandang aku kosong sambil berlalu pergi membawa barang keperluanku.
“Jangan takut okay. Dia tu nampak je garang tapi dalam hati penuh bunga bunga.” Suraya tertawa sambil bergerak dan membuat isyarat tangan menyuruh aku mengikuti langkahnya.
Sampai sahaja di muka pintu dorm, aku ternganga melihat suasana di dalam dorm Al Falaq itu.
“Wow, cantik giler.”Aku bersuara tanpa sedar tatkala melihat susun atur dan dekorasi pink/purple di dalam dorm itu. Menyejukkan hati betul.
“Haaa untung Qie dapat dorm ni. Dorm paling cantik kat asrama ni. Kak Mira rajin main deko deko.” Kak Suraya menerangkan tanpa belum sempat aku bertanya.
“Jangan lebih lebih lah Suraya. Biasa je ni. Dorm kau pun cantik jugak apa.”
“Betul betul cantik lah Kak Mira. Akak memang minat deko deko ke ?” aku bertanya ingin tahu.
“A,ah. Akak nak jadi pereka hiasan dalaman rumah. Dah, cepat kemas barang Qie. Katil Qie kat hujung tu. Pelajar baru semua kena tido katil atas tau.” Kak Mira menjawab sekaligus memberi arahan.
“Mekasih tolong angkat barang, kak mira, kak suraya.”
“Sama sama. Qie kemas dan kenal kenal dengan budak dorm eh. Kitorang nak turun DM.” Kak suraya membalas ramah manakala kak mira hanya tersenyum.
Have a cup of coffee and enjoyyyyyyyy
Share this novel