BAB 14

Romance Completed 14400

8 Purnama Berlalu….

Banyak kerenah aku buat sejak aku mengandung, suamiku tahan jer dengan permintaan aku. Ada sekali aku nak naik motor dalam 6 bulan usia kandunganku, jenguh nak pujuk hubby aku ni. Apapun, semua tu kenangan kami bersama. Kini, aku hanya tunggu masa untuk bersalin tapi hari ini adik iparku kahwin. Aku melangkah pelahan-lahan pergi ke meja adik iparku.

‘Hati-hati kak long, meh alang tolong bimbing ke sana’ ucap adik suamiku yang ketiga, Tengku Nur Alisa.

‘Mak boyot dah mari, perut kak along dah besar sangat ni’ ucap kembar suamiku, Tengku Nur Aleeya. Aku hanya senyum sebab penat berjalan.

Tak sangka suamiku ada kembar, masa kandunganku usia 2 bulan baru aku berjumpa dengannya. Korang mesti tertanyakan? Yup, kandungan aku kembar. Mula, tak sangka tapi lepas suamiku beritahu yang dia ada kembar, barulah aku percaya. Kami tak mahu tahu jantinanya sebab nak tahu masa bersalin nanti. Heboh satu rumah meneka jantina baby.

‘Sayang, abang bawak makanan ini. Sayang rasa macam mana? Dah tiba masa untuk bersalin?’ soal Tengku Shahril dengan cemas. Biasalah kelahiran baby yang pertama, tak sabar nak melihat mereka.

Aku hanya menggeleng tanda aku okay, lepas tu dia minta diri untuk berjumpa dengan kawannya yang hadir di majlis ni. Masa aku mengelamun, aku rasa air ketubar dah pecah terus aku panggil suamiku. Suamiku cemas habis, terus angkat aku masuk kereta tanpa bawak dokumen dan baju baby.

Aku mula sedar selepas bertaruh nyawa melahirkan anak kembarku, aku selamat melahirkan dua putera yang bernama Tengku Zafwan Aqil dan Tengku Zafril Aqil.

‘Sayang thanks sebab sanggup bertaruh nyawa untuk melahirkan zuriat kat abang, I Love You so much, ucap Tengku Shahril sambil mencium ubun-ubunku.

Aku hanya mampu senyum, penat tak hilang lagi. Ramai saudara mara yang datang menziarahi aku, ada yang call menyampaikan ucapan tahniah.

‘Sayang kena bagi abang baby setiap tahun’ usik suamiku lepas aku habis pantang di rumah Mama. Umi dan walid pergi haji waktu aku berpantang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience