BAB 5

Romance Completed 14400

‘Mira dah jadi tunangan orang dan sebulan lagi majlis kahwin?’ Soal aku dengan terkejut apabila walid beritahu yang aku ni tunangan orang.

‘Walid dah lama menerima pinangan tu, saja walid rahsiakan sebab kamu tu selalu membantah dengan cadangan walid. Lagipun, pinangan tu dari kawan walid dan kami dah lama merancang untuk menyatukan kamu berdua’ ucap Tan Sri Haris dengan tenang.

‘Tapi, Mira tak bersedia dan Mira nak bakal suami yang kacak,kaya dan ada six pack’ saja aku beri alasan supaya walid batalkan hasratnya.

‘Mira tak perlu risau, walid pilih yang terbaik untuk Mira. Walid yakin dia boleh jaga kamu, Mira setuju yea? Soalnya.

‘Baiklah, Mira setuju tapi Mira tak nak berjumpa dengannya sampai majlis akad nikah’ ucap aku lepas lama berdiam diri.

‘Umi gembira yang Mira setuju dengan hasrat kami, Mira tak perlu risau tentang persiapan majlis. Mira hanya pergi Butik Cahaya Kasih untuk tempah baju kahwin nanti’ ucap Puan Sri Anis dengan teruja.

Aku melangkah masuk bilik dengan pelahan. Siapalah bakal suamiku, kacak ke tak?.Aku suka boss tapi boss suka aku ke?, mungkin kita tak ada jodoh. Aku terlelap semasa memikirkan hal tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience