BAB 8

Romance Completed 14400

Aku rasa pening dan silau apabila buka mata. ‘Aku kat mana ni? Apa yang berlaku?’ soal aku dalam hati.
Selepas berapa minit baru aku sedar apa yang berlaku, aku pengsan lepas tengok muka suami aku. Dia..

‘Sayang dah sedar?, ni air untuk sayang’ ucap suamiku sambil menghulur gelas kat aku.

Aku tak berkata apa-apa lalu mengambil air tu. Lepas minum aku terus diamkan diri, keliru dengan keadaan sekarang.

‘Abang tahu mesti sayang keliru dengan semua ni tapi abang pun baru jer dapat tahu yang sayanglah isteri abang sebelum akad nikah tadi’ ucap Tengku Shahril sambil pegang bahu aku.

‘Berapa lama saya pengsan?’ Ucap aku dengan gagap.

‘ 5 jam sayang pengsan, sayang nak makan?’ soalnya.

‘Owh.. tak apalah, saya nak solat maghrib dan isyak dulu’ ucap aku dengan sopan. Akad nikah lepas asar tadi, aku melangkah masuk bilik air.

Tengku Shahril tunggu aku sampai sudah solat, ‘alamak nape dia tak turun bawah, seganlah nak cakap dengan dia. Bukan kau cintakan dia ke, sepatutnya aku gembira’ omel dalam hati. Masa aku tengah mengelamun dia bersuara.

‘Dah, jom kita tidur. Esok kita bincang sekali dengan walid, umi, papa dan mama pasal hal ni’ ucap Tengku Shahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience