BAB 13

Romance Completed 14400

Aku tersedar apabila kepala rasa pening dan nak demam, lepas suamiku pergi kerja aku terlelap kat sofa. Aku pandang meja makan dan suamiku lupa bawak bekalnya, terus aku bersiap untuk hantar makanannya. Aku tak bagitahu dia yang aku nak datang, nak kasi suprise kat dia.

‘Kak Mai, suami saya ada dalam bilik?’ sapa aku kat setiausaha suamiku.

‘Tak ada lah Nurul, rasanya suami Nurul masih kat bilik mesyuarat. Ada tetamu datang tadi lepas mesyuarat tadi’ jelas Kak Mai. Aku suruh Kak Mai panggil aku macam biasa, tak payahlah tambah ‘Puan’.

Aku melangkah ke bilik mesyuarat, aku masuk…. terjatuh bekal dari tanganku. Aku menjerit panggil nama dia, dia paling muka dengan reaksi terkejut. Terjatuh perempuan tu dari riba dia, suamiku terus melangkah ke arah aku. Perempuan tu terus keluar dari bilik tu.

‘Sayang, perempuan tu sengaja jatuh atas riba abang. Tadi abang rasa pening lepas minum air, dia nak urut kepala abanh tap abang tepis tangan dia dan suruh dia keluar. Tiba-tiba dia duduk atas riba abang. Sayang, abang hanya cintakan sayang.’ jelas Tengku Shahril sambil memegang bahuku.

‘Sukar untuk saya percaya cakap awak kerana saya melihat perkara tadi dengan mata sendiri. Sampai hati awak menduakan saya, saya percaya awak selama ni. Berapa banyak perempuan yang awak peluk’ sindir aku kepadanya. Hilang panggilan sayang-abang, sakit pening aku semakin kuat.

‘Apa yang sayang cakap ni, mana ada abang peluk perempuan lain. Kejadian tadi tak disangka jadi macam tu. Abang hanya cintakan sayang. Abang kecewa dengan sayang sebab perkara tadi sayang dah tak percaya abang’ saat Tengku Shahril keluar dari bilik, aku ingin mengejarnya tapi aku rasa sakit di kepala semakin kuat dan aku terus pengsan.

Aku merasakan ada suara menjerit namaku dan mengangkat aku. Lepas tu, aku dah tak dengar apa-apa.
———————————————————————————
Aku mendengar suara berbual dan cahaya yang menyinar di mataku. Aku dimana? Nape bilik ni putih? Tadi aku di…

‘Sayang maafkan abang, ni semua salah abang. Kalau abang tak marah sayang mesti sayang tak pengsan. Sayang bangunlah, hubby rindukan sayang’ suara tu aku kenal.

Aku membuka mata dan melihatnya keadaan tak terurus. Mukanya penuh dengan air mata dan rambut yang kusut. Dia menunduk kepalanya ke sisi katil aku. Aku meramas kepalanya, jatuh kesian aku terhadapnya. Dia terus mengangkat kepala apabila aku meramas rambutnya.

‘Sayang dah sedar, abang panggil doktor kejap’ ucapnya dengan nada gembira.

Dia kembali bersama doktor dan jururawat. Doktor mengesahkan yang aku stabil tapi kena banyak berehat sebab aku bawa satu nyawa di rahimku. Muka suamiku gembira habis bila doktor mengesahkan yang aku mengandung 3 minggu.

‘Sayang maafkan abang sebab tak jaga sayang dengan baik’

‘Sepatutnya sayang yang kena meminta maaf dengan abang sebab tak percayakan abang dan menuduh abang ada perempuan lain’

‘Abang sentiasa memaafkan sayang. Kita mulakan hidup baru dengan baby kita, lupakan kisah silam’

Aku menganguk dan memeluk suamiku dengan erat seperti tak mahu melepaskannya. Lepas aku keluar dari hospital, perempuan tu minta maaf kerana berniat nak goda suamiku. Perempuan tu yang aku jumpa kat Tesco hari tu, isteri kedua Dato Kamal. Dia telah bercerai dengan Dato Kamal akibat perangainya mengoda laki lain lepas kantoi berasmara dengan kekasihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience