BAB 2

Romance Completed 14400

Walid mahu Mira kerja dekat syarikat Yakin Maju Holdings.’ ucap Tan Sri Haris.

‘Apa?! Kerja? Mira baru jer habis belajar, bagilah Mira rehat dulu’. Aku memberi isyarat kepada umi supaya memujuk walid.

‘Mira dah 3 bulan berehat, esok walid nak Mira pergi syarikat tu. Keputusan walid muktamat’ ucap Tan Sri Haris dengan tegas.

‘Baiklah, mira setuju dengan keputusan walid’. Aku terus masuk bilik.

Aku tak boleh membantah bila walid dah membuat keputusan yang tak boleh diubah. Umi pun tak boleh kata apa, mungkin sudah tiba masanya untuk aku bekerja.

‘Abang rasa betul ke dengan cara kita ni?’ soal Puan Sri Anis. Risau dengan keadaan anaknya.

‘Betul, awak tak perlu risau’ ucap Tan Sri Haris sambil tersenyum.

——————————————————————–

Aku berdiri di hadapan bangunan Yakin Maju Holdings, ‘mak ai tingginya’ omel dalam hati. Aku kena berjumpa dengan setiausaha ceo yang sarat mengandung sebab aku akan mengantikannya selama 6 bulan.

Aku kena naik tingkat 15 selepas bertanya di kaunter penyambut tetamu. Kerek juga orangnya, tanya sikit pun nak marah.

‘Kak Mai kan?’ soal aku kepada wanita di meja depan pintu ceo.

‘ ha ah, cik Nurul Amira Binti Haris? soalnya balik kat aku. Saje aku tak letak Tan Sri kat borang butiran, lagipun Tan Sri hanya gelaran bukan ada dalam ic pun.

‘Yup, tak payahlah panggil cik . Panggil saya Nurul cukup’ ujar aku dengan sopan.

‘Baiklah Nurul, boss tak masuk lagi. Nurul duduk dulu, nanti lepas jumpa boss baru akak bagitahu tugas Nurul’ ujar kak Mai kat aku.

Lama jugalah aku tunggu, pukul 9 baru dia masuk pejabat. Sempat jugalah aku tidur sebab bosan menunggu tapi nasib baik sedar sebelum boss masuk.

‘Kau akan jadi setiausaha aku yang baru selama 6 bulan ni. Nama aku Tengku Shahril Ibrahim, kau boleh keluar dan jumpa kak Mai untuk tahu tugas kau’ ucap Tengku Shahril.

‘Ini cara kau sambut orang, salam tak ada untuk permulaan perkenalan. Kalau dia bukan boss aku, dah lama kena penumbuk aku’geram aku dalam hati.
Aku keluar dari biliknya, menuju ke meja kak Mai.

‘Kak nape dengan boss tu, angin semacam jer pagi ni? soal aku kepada kak Mai.

‘Ada masalah kot, meh kak bagitahu tugas Nurul’ ucap kak Mai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience