Rate

BAB 5

Mystery & Detective Completed 1881

"Orang jumpa mayat dalam guni kat taman sana!"

Haji Molkhan memasang telinga. Jiran-jiran sebelah rumah pekerja mula kecoh. Baru pagi tadi dia baca berita pasal jelmaan Mat Melaka.

Takkan dah sampai ke kawasan kejiranan mereka. Mangsa pembunuhan bersiri akan dibungkus dalam guni dan diletakkan di tempat awam.

"Jom kita tengok bang... takut kalau-kalau..." Hajah Watie gagal mengawal ayatnya. Emosinya sudah bercampur baur. Dia risau memikirkan kalau anaknya yang menjadi mangsa. Dia akan bersyukur kalau Zambri dan Damia betul-betul lari bersama. Sekurang-kurangnya dia tahu Damia selamat

Haji Molkhan dan Hajah Watie segera menuju ke taman bersama-sama pekerja dan jiran-jiran mereka. Dari jauh sudah kelihatan lampu siren kereta polis yang terang. Rupa-rupanya ramai orang sudah berkumpul di tempat kejadian.

Haji Molkhan memeluk isterinya dan bersama-sama mencelah di sebalik kumpulan manusia yang sedang cuba melihat tempat kejadian. Setelah berasak-asak agak lama akhirnya mereka berjaya berdiri di barisan paling hadapan. Kawasan kejadian di pagar dengan pita kuning polis.

Kawasan kejadian di kawal rapi tapi Haji Molkhan dapat melihat dengan jelas 'guni' yang semua orang takutkan. Terletak elok di atas bangku dan berikat reben cantik.

Pasukan forensic sibuk mengambil gambar dan mencari bukti di tempat kejadian. Bungkusan guni itu masih belum di buka dan mereka belum tahu siapa mangsa terbaru jelmaan Mat Melaka.

Menurut pihak akhbar jelmaan Abang Setiawan tak memilih mangsa lelaki atau perempuan. Tiada ciri-ciri khusus yang menonjol di kalangan mangsa. Guni akan diikat denga riben dan satu nota bertulis nama Jelmaan Mat Melaka.

Haji Molkhan mula hilang sabar. Bila pula mereka akan tahu siapa mangsa terbaru Mat Melaka. Dia sedang risaukan Damia. Haji Molkhan sangat risau. Pelbagai andaian buruk bermain di kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience