Rate

BAB 3

Mystery & Detective Completed 1881

"Kalau ayah dah tak sayang Damia lagi lebih baik Damia keluar dari sini." Damia terus bangun dan meluru keluar.

Hajah Watie yang meyaksikan pertengkaran anak dan suaminya hanya mampu melepaskan keluhan berat. Perkara ini memang tak boleh di elak. Lambat atau cepat Damia dan Haji Molkhan akan bertembung juga.

"Abang jangan salahkan dia kalau terlalu keras... abang sendiri yang ajar dia untuk berpegang teguh pada keputusan dia. Abang cubalah bincang dengan Ikram... harap-harap dia faham." Hajah Watie bersuara.

Dia mahu anaknya bahagia tak kisahlah dengan siapapun. Masa lalu yang kelam tak bermakna masa depan akan turut suram. Dia pun lihat sendiri bagaimana gigih Zambri mahu berubah.

"Yalah... yalah. Abang telefon Ikram..."

"Restu ibu bapa penting dalam sebuah pernikahan. Abang tak mahu hubungan kita membelakangkan ibu bapa Damia. Abang dah buat ibu bapa abang kecewa... abang tak nak Damia buat salah yang sama." Zambri cuba memujuk buah hatinya.

Jatuh hati dengan anak orang yang banyak membantunya tak termasuk dalam agenda. Tiba-tiba sahaja dia jatuh kasih pada Damia.

"Tapi abang... Damia tak nak kahwin dengan Azlan."

"Setiap ibu bapa hanya mahu yang terbaik buat anaknya. KalauKaer yang terbaik Damia patut terima."

Kata-kata Zambri langsung tak membuatkan hati Damia tenang. Bagaimana dia mahu menerimaKaer kalau hatinya hanya untuk Zambri. Dan bagaimana tergamak Zambri menyuruh dia menerima Azlan. Bagaimana dengan percintaan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience