Rate

BAB 1

Mystery & Detective Completed 1881

Pembunuh bersiri yang menggelarkan dirinya jelmaan Mat Melaka menggemparkan Malaysia dan mencetuskan panik. Saban hari pasti ada saja namanya terpapang di dada akhbar dan disiarkan di kaca televisyen.

Haji Molkhan melihat sekilas tajuk besar surat khabar hari ini. Macam-macam yang berlaku sekarang. Malaysia yang dulu aman damai mula dicemari dengan peristiwa-peristiwa yang tak masuk akal.

Sudah mula muncul pembunuh upahan yang begitu selamba mnembak orang di lampu isyarat. Sekarang kes pembunuh bersiri pula. Siapa pula Mat Melaka?

"Damia mana, dia jumpa budak Zambri tu lagi ke?"

"Dia dengan Zambri nampak dah rapat sangat. Damia pun dah mengaku dia cintakan Zambri. Harap abang tak halang hubungan mereka." Hajjah Watie jeling suaminya yang kelihatan agak tegang.

Hajah Watie seboleh-bolehnya mahu mengelak topik berkenaan Damia dan Zambri. Tapi apa dia boleh buat Damia mewarisi sifat degil suaminya.

Sudah berkali-kali dia mengingatkan anaknya agar tak berhubungan dengan Zambri tapi mana boleh di halang darah muda.

"Apa yang dia tengok kat Zambri tu. Dia cuma pekerja biasa. Tambah lagi bekas penagih dadah."

"Abang sendiri yang cakap Zambri tu baik, rajin... boleh di harap. Abang sendiri yang puji menggunung si Zambri tu. Jangan salahkan Damia kalau dia jatuh cinta dengan lelaki yang abang selalu sebut."

Haji Molkhan melepaskan satu keluhan berat. Sarapan enak di atas meja di pandang sepi. Seleranya telah hilang kerana memikirkan hal anaknya. Dari awal lagi dia sudah berpesan pada Damia jangan sekali-kali jatuh cinta.

Dia sudah berjanji dengan kawan baiknya untuk menukar tali persahabatan menjadi persaudaraan. Adakah dia akan terpaksa mungkir janji. Dia akan berusaha untuk memujuk Damia memutuskan perhubungannya dengan Zambri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience