Rate

BAB 2

Mystery & Detective Completed 1881

"Selamat pagi mak... ayah." Damia muncul dari dapur. Damia kelihatan sangat ceria. Haji Molkhan kurang senang melihat keceriaan Damia.

"Damia duduk dulu ayah nak bincang sikit." Tegas arahan Haji Molkhan. Damia yang bercadang untuk masuk ke bilik membatalkan niatnya.

Dia duduk berhadapan dengan ayahnya. Dia tahu topik apa yang ayahnya akan bincangkan. Hajah Watie berdoa agar suaminya dapat berlembut dengan anaknya.

"Ayah dah janji dengan kawan ayah nak tunangkan Damia dengan anak kawan ayah. Kamu tentu kenalKaer anak Pak Cik Ikram kamu." Haji Molkhan memberi kata putus. Dengan cara ini dia harap Damia tak akan membantah.

"Ayah yang janji kenapa Damia yang jadi mangsa. Damia tak nak kahwin dengan Syukri. Damia cuma akan kahwin dengan abang Zambri !" Damia membantah. Tak mungkinlah dia akan berkahwin dengan orang yang dia tak kenal.

"Damia. Berani Damia lawan cakap ayah!" tempik Haji Molkhan. Dia tak sangka anak kesayangannya berani melawan.

"Ayah sendiri yang ajar Damia supaya bersunguh-sungguh kalau mahukan sesuatu. Damia mahukan abang Zambri dan hanya abang Zambri." Tegas Damia. Dia betul-betul jatuh cinta dengan pekerja ayahnya.

Zambri merupakan bekas penagih dadah yang baru keluar dari pusat pemulihan. Haji Molkhan yang berniat mahu membantu menerima Zambri untuk bekerja di perusahaannya. Alhamdulillah Zambri sudah benar-benar berubah. Dia antara pekerja paling rajin di syarikat membuat cordial longan miliknya. Perusahaan yang dijalankan secara kecil-kecilan di belakang rumah.

"Ayah dah janji dengan kawan ayah..."

"Ayah yang janji kenapa hidup Damia yang jadi pertaruhan. Damia anak ayah bukan barang yang boleh ayah janji nak bagi orang suka hati."

Bagaikan satu penumbuk keras singgah ke muka. Haji Molkhan terdiam. Buat seketika dia rasa menyesal kerana terlajur berjanji. Dia terlupa Damia punya hati dan perasaan. Damia sudah besar dan dewasa bukan lagi kanak-kanak yang boleh dia arah sesuka hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience