Rate

BAB 6

Mystery & Detective Completed 1881

"Abang saya risaulah..." Hajah Watie bersuara.

Semua orang menunggu dengan penuh debar. Adakah mereka mengenali siapa mangsa terbaru Jelaman Abang Setiawan atau tidak. Biasanya Jelmaan Mat Melaka membunuh dan meninggalkan mangsa di tempat yang sama. Polis pun belum dapat petunjuk lagi siapa jelmaan Mat Melaka.

"Kita buka bungkusan sekarang. Mungkin ada yang kenal mangsa ni."

Perlahan-lahan riben yang mengikat hujung guni di tarik. Tiba-tiba satu kepala manusia terkeluar dari bungkusan dan mengenai kaki salah seorang polis. Penonton yang berkumpul menjerit serentak. Semua ketakutan dan mereka mula bertempiaran lari.

Haji Molkhan dan Hajah Watie terkejut melihat wajah mangsa itu. Hajah Watie mula lembik dan hampir pengsan. Haji Molkhan memperkuatkan pelukannya. Dia turut terkejut dengan apa yang dia lihat. Namun dia harus bertahan di situ kerana wajah itu cukup dia kenal.

"Abang Zambri !" terdengar jeritan dari sebelah kanan mereka.

"Damia macam mana?" tanya Haji Molkhan. Hajah Watie baru keluar dari bilik Damia.

"Macam tu ajelah bang..."

"Dia salahkan kita ke?"

Hajah Watie tak menjawab sebaliknya tangisan mula kedengaran. Hajah Watie kehilangan ayat untuk dituturkan. Haji Molkhan enggan memaksa isterinya. Dia sendiri menjenguk ke dalam bilik.

"Damia..." Haji Molkhan panggil anaknya. Namun tiada jawapan.

Damia duduk di hadapan tingkap dan merenung ke arah rumah pekerja. Wajahnya kelihatan sembab kerana banyak menangis. Terlihat lingkaran hitam di mata Damia. Sudah seminggu dia tak mampu lelapkan mata kerana teringatkan peristiwa ngeri yang merenggut nyawa kekasihnya. Damia langsung tak sedar mak dan ayahnya keluar masuk dari bilik. Dia hanya melayan perasaan sendiri.

Zambri berada di tempat yang salah dan masa yang salah. Kalau bukan Zambri kemungkinan besar Damia yang akan jadi mangsa. Kerana pertengkaran mereka Damia merajuk dan mengadu nasib kepada kawan baiknya. Haji Molkhan bersyukur kerana Damia selamat. Namun kematian Zambri yang tragis mengubah seluruh hidup Damia.

"Damia cinta abang... Damia nak ikut abang." Damia bersuara lemah. Runtuh semua ego seorang lelaki Haji Molkhan. Dia turut mengalirkan air mata melihat anaknya yang dalam keadaan hidup dalam mati. Nampaknya dia dan isterinya terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk mendapatkan Damia mereka.

'Abang cinta Damia sampai mati'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience