BAB 1

Horror & Thriller Completed 12545

Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur di sebuah asrama perempuan. Ada seorang budak perempuan ni rajin belajar sampai malam buta di bilik dia.

Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik belajar tu. Sebab terlalu kusyuk memandangkan peperiksaan akhir makin dekat. Jadi mahu belajar hingga faham dengan bersungguh-sungguh.

Sampai satu bahagian dia tak faham, dia nak tanya la kat kawan yang berada di sebelah dia ketika itu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang....

Masa dia nak tanya tu matanya terpandang ke bawah meja budak ni, dia perasan kawan tu tak ada kaki. Terus nafas jadi tak keruan. Jantung berdegup kencang sebab dah tahu.

"Takpe la, dah ingat camna nak buat," katanya sambil berkemas-kemas nak pergi secepat mungkin.

"Dah ingat ke dah tahu?"

Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu.

Budak ni terus lari balik dorm dia. Bila dia cerita pada senior, ada yang dedahkan cerita bahawa dulu ada seorang budak perempuan ni yang mati bunuh diri sebab tertekan belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia yang masih belajar tak habis-habis.

Sejak kejadian itu, budak perempuan ni dah tak berani nak belajar sampai lewat malam lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience