BAB 6

Horror & Thriller Completed 12545

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Asiah. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Asiah juga sempat menyaksikannya.

Asiah kelihatan begitu takut, dia menangis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Asiah Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala.

Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Asiah menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan kayu dari arah belakang.

Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Asiah samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Laila. Dia jawab tidak.

Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama.

Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Asiah masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience