BAB 12

Horror & Thriller Completed 12545

Badan aku memang dah menggigil dah masa tu, aku cuba panggil Kamalia dalam suara terketar-ketar.

“Kamalia! Kama...Kam...Kamalia.”

Tapi apa yang membuatkan aku makin menggigil dan menangis bila aku dengar benda tu cakap.

“Kamalia dah tidur…”

Disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Aku terus menjerit.

“Pergi!”
Banyak kali jugak aku jerit sampai semua pelajar dalam bilik aku terbangun. Aku langsung tak berani nak pandang benda tu.

Dipendekkan cerita, hari esoknya tu warden arahkan semua pelajar perempuan berkumpul di tempat parking kereta asrama selepas Isyak. Warden cakap dulu ada satu pokok besar di belakang asrama ni. Tapi sebab nak meluaskan kawasan tempat menyidai baju, pokok tu ditebang.

Mungkin sebab tempat tinggal benda tu di kacau, sebagai balasannya pelajar pulak kena kacau dengan benda tu.

Sebelum ni pun dah ramai senior dengar suara mengira ni. Tapi diorang buat tak tau je sebab benda tu tak kacau atau sentuh diorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience