BAB 7

Horror & Thriller Completed 12545

Tiba-tiba....

"Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama.

Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm.

Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas.

Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Burung sedang merangkak di kaki lima seperti biawak.

Aku beristighfar. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden Mamalia.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden Mamalia yang terjaga termasuklah penghuninya sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin ramai iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan.

Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience