BAB 8

Horror & Thriller Completed 12545

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah.

Di bawah, mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan asrama. Warden meminta supaya kami beramai-ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung-raung.

Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi.

Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali.

Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni asrama lelaki.

Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience