BAB 3

Family Completed 431834

KETUKAN pintu kamar membuatkan Wafa bergerak untuk membukanya. Senyuman mereka berdua berganti apabila bekas makanan itu ditunjukkan kepada mata gadis itu.

"Kau ni, kalau tak susah-susahkan diri untuk aku tak boleh ke?" Soal Wafa sebelum meletakkan tangan di pinggang.

"Apa yang susahnya? Aku buat untuk aku makan juga. Untuk Didi juga kan, Didi?" Soal Dahliya sambil memandang anaknya.

Mata mereka kembali bertembung apabila Dahliya teringat akan sesuatu. "Fa, apa nama syarikat kau kerja? Yalah kalau aku nak tunggu kau balik nanti senanglah. Boleh aku datang dekat kau."

Wafa menggumam seketika sebelum mencuit pipi Dahlia. "Tak payahlah susah-susah nak hantar nak ambil aku pasal kerja. Luqman ada." Balas temannya. Mulalah mata Dahliya mahu mengecil.

"Dating lettuw!" Usiknya seraya menyentuh hidung mancung Wafa. Terangkat-angkat kening Wafa mengiyakan.

"Tak apalah kalau macam tu, aku pergi dulu. Bye!"

Langkah Dahliya ditahan lalu ditarik semula menghadap Wafa. "Liya, kau jangan cakap yang nak kau bawak budak ni?"

Soalan itu dijawab dengan anggukan Dahliya. Besar mata Wafa terbuka. "Kau jangan buat kerja gila boleh tak? Kalau terkantoi dengan bos kau tu tak ke naya?"

"Taklah aku gurau je, aku hantar kat orang untuk jaga anak aku." Balas Dahliya. "Dah lah, aku dah lambat. Aku pergi dulu. Bye aunty Wafa!" Ujarnya lagi seraya melambaikan tangan Dahlia kepada Wafa.

"Sekejap, hantar kat orang? Siapa?" Soal Wafa yang membuatkan langkah itu terhalang sekali lagi.

"Adalah." Jawabnya. Tidak sempat Wafa hendak bersuara, pantas mereka berdua menghilangan diri ke dalam kereta sesudah itu.

Kereta Axia berwarna merah diparkir kemas di kota parkir ruang bawah tanah. Melihat keadaan kosong dan sunyi sepi tiada orang, pantas Dahliya bergerak menuju ke arah tangga untuk naik ke atas.

Sudah dirancangnya untuk datang setengah jam awal dari waktu bekerja yang biasa. Tujuannya hanyalah untuk merahsiakan kewujudan Dahlia Dania.

Pintu bilik rehatnya dikuak dan cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalamnya.

Segala barang-barangnya dikeluarkan dari dalam beg. Tikar bersaiz sederhana itu dibentang luas di dalam bilik tersebut. Dahlia diletakkan di situ.

"Ibu..." panggil Dahlia yang tidak betah untuk berbicara. Berkat hasil dirinya dan Luqman yang banyak meluangkan masa untuk bercakap dengan anak kecil itu, Dahlia boleh mengungkapkan pelbagai perkataan diusia semuda itu. Syukur, dia bersyukur kerana Luqman banyak mengajarnya cara dan teknik sebenar untuk menjadi seorang wanita bergelar ibu.

"Ya, sayang? Ibu nak kerja ni. Didi duduk sini, ada makanan ada air. Nanti habis kerja, kita makan ais krim nak?"

Laju kepala Dahlia mengangguk. "Nak!" Dia menjerit keriangan.

Pantas Dahliya meletakkan jari telunjuknya di bibir. "Jangan jerit-jerit tau, kalau Didi jerit-jerit ibu tak nak belikan ais krim."

Sekali lagi kepala itu mengangguk.

Tepat jam 9 pagi, Dahliya mula mengintai suasana di balik pintu.

"Okay dah ni." Ujar Dahliya. Kakinya mula pergi meninggalkan kamar itu.

Bunyi tangis Dahlia kuat kedengaran selepas pintu itu ditutup.

"Ibu!" Panggil Dahlia sambil menangis di balik pintu mahukan si ibu. "Ibu!"

Dahlia menggigit bibir sebelum melangkah masuk semula ke dalam.

"Sayang, kenapa nangis ni? Kan ibu nak pergi kerja?" Soal Dahliya yang mendakap si anak.

Tiada tanda-tanda anaknya itu mahu berhenti menangis. Diberikan mainan kepadanya pun tetap ditolak, dia hanya mahu memeluk Dahliya sahaja.

"Parahlah macam ni. Macammana aku nak kerja ni?" Soal Dahliya buntu.

Telefonnya memanggil untuk diangkat. Anak kecil itu masih lagi dipeluknya.

"Luq, Didi ni asyik menangis je lah. Macammana ni?" Soal Dahlia dengan nada resah.

"Kan aku dah kata, Didi kena duduk dengan aku sementara kau kerja. Dia tu tak biasa ditinggalkan dengan orang luar. Dia tu dalam fasa nak dekat dengan mak dan ayah dia je." Balas Luqman yang langsung tidak membantu untuk melegakannya.

"Eh, kau ni percaya je kan bila aku kata aku nak upah orang untuk jagakan anak aku? Aku ni nak hidup mewah pun tak lepas, inikan pulak nak upah orang untuk jaga anak aku."

"Dahliya, bahaya kau tahu tak kalau kau buat macam ni?" Soal Luqman dengan nada yang sedikit tinggi. "Kalau apa-apa jadi kat Didi masa kau tak ada, macammana?"

"Takkan..."

"Dahliya, kalau kau tak pandai nak jadi ibu... tak payah ibulah. Orang jadi mak, kau pun sibuk nak jadi mak. Tapi kau tu memang tak pandai jadi mak sebenarnya." Ujar Luqman yang membuatkan lidah itu kelu untuk berbicara.

"Luq, aku..."

"Lagi setengah jam aku datang ofis kau, sekali aku hantar Wafa. Aku nak kau turun bawak Didi kat aku, kalau kau tak pandai kat sekolah sekali pun... tolonglah buka sikit minda kau tu."

"Luq, aku..."

Pap! Panggilan telefon itu dimatikan. Dahliya mencebikkan bibirnya. Sedih hatinya apabila Luqman mengungkapkan kata-kata itu kepadanya. Sepanjang hidupnya berkawan dengan lelaki itu, baru kali ini Luqman membahasakan dirinya sebegitu.

Dia sedar, dia tidak pandai di sekolah mahupun di alam pekerjaan. Bukan dia tidak rajin usaha, tapi dirinya terlalu susah untuk menerima apa sahaja yang dipelajari ketika di waktu sekolah dulu.

Dahliya menekup mulut Dahlia apabila ada bunyi orang sedang berbual di balik pintu.

"Dahliya mana?" Soal Qaiser kepada Suzan.

"Err... sepatutnya dia dah sampai encik. Dia bagitahu yang dia dah sampai tadi." Jawab Suzan.

Qaiser melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Tangannya diletakkan ke atas dedaun pintu bilik rehat itu.

Dahliya pantas bergerak menyorokkan Dahlia di balik-balik pakaian yang berada di situ.

"Encik nak buat apa ni?" soal Suzan.

"Buat apa? Pukul 9 setengah nanti i ada meeting dengan Tan Sri. That's why im looking for Dahliya. Where is she right now?" Qaiser bertanya sekali lagi sambil memandang Suzan.

Dahliya menanti dengan penuh debar di dalam. Dia sudah bersedia bagaikan hendak dipancung dengan lelaki keturunan Qaiser itu.

Mata-mata di situ beralih kepada pintu bilik rehat yang mengeluarkan Dahliya dari dalam. Qaiser terus berpeluk tubuh memandangnya dari atas hingga ke bawah.

Tangannya merentap lengan Dahliya agar mendekatinya. Suzan menutup mulutnya yang terlopong ketika melihat situasi tersebut. Jarak wajah mereka berdua hanya seinci dua sahaja.

Getah rambut Dahliya ditarik lalu dicampak jauh oleh Qaiser, sesudah itu gadis tersebut ditolak kepada Suzan.

"Tukar style rambut dia, i tak suka rambut dia selenga macam amah." Ujar Qaiser sebelum meninggalkan mereka berdua yang tercengang di situ.

"Macam amah?!" Soal Dahliya sambil bercekak. "Suzan, saya ni macam amah ke?"

Suzan melarikan pandangannya daripada bertembung dengan Dahliya.

"Sikit." Jawabnya dengan nada yang perlahan agar tidak kedengaran dek Dahliya. "Mana ada awak macam amah, encik tu yang macam amah adalah. Ermm... awak, jom kita masuk dalam? Saya nak bagitahu apa je yang kita kena buat sepanjang hari ni."

"Tak boleh!" Jawab Dahliya seraya menghalang Suzan untuk membuka pintu tersebut. Terkejut Suzan dibuatnya apabila suara itu kuat menampar cuping telinganya.

"Ke... kenapa, wak? Awak kena tahu apa je yang awak kena buat untuk hari pertama ni." Ujar Suzan sambil memegang lengan Dahliya.

Dahlia menggelengkan kepala menidakkan tidak mahu. "Se... sebenarnya, saya macam tak sedap badanlah pulak. Macam nak kena..."

"Shhh..." Suzan meletakkan telunjuknya di bibir. Matanya bergerak mencari gelombang bunyi tangisan itu.

"Suara siapa tu?" Soal Suzan sambil memandang Dahliya.

"Tak... tak tahu." Terketar-ketar Dahliya membalas, badannya mulai berpeluh kesejukan.

"Ibu!" Ujar Dahlia dari dalam. Mata Dahliya membulat sekali lagi.

"Dah lah jom kita bercakap kat meja awak, tak ada apalah tu." Ujar Dahliya yang cuba menghalang fokus Suzan.

Pantas tangan Suzan membuka pintu bilik rehat tersebut.

"Anak siapa ni?" Soal Suzan yang jelas kekagetan.

"Ibu!" Ujar Dahlia seraya mendakap kaki Dahliya. Ternganga habis mulut Suzan apabila matanya melihat adegan tersebut.

"Ibu? Jadi awak... i... ibu dia?" Soal Suzan yang dijawab dengan anggukkan Dahliya yang lambat-lambat.
Lemah lutut Suzan untuk berdiri tegak, "habislah aku, matilah aku."

Dahliya menahan gadis itu daripada terjatuh. "Kenapa ni wak? Tak sihat ke?" Soal Dahliya sambil meletakkan tangannya ke dahi Suzan.

"Awak, kan kriteria yang encik cari mestilah bujang, tak boleh isteri orang atau janda. Matilah saya kalau encik Qaiser tahu." Keluh gadis berambut coklat gelap itu sebelum menggigit bibir.

"Masalahnya saya memang bujang, wak."

Telefon dipoket Suzan berdering kuat. Terbeliak matanya melihat nama Qaiser tertera di situ.

"You nak briefing ke you nak berborak dengan Dahliya? Apa yang lama sangat you dengan amah tu borakkan?"

Dahlia dibawa ke dakapan Dahliya. Sesaat kemudian, telefon Dahliya pula berdering.

"Aku dah sampai bawah, bawa Didi kat aku sekarang juga." Ujar Luqman sebelum mematikan talian.

"Kejap wak, saya nak bagi anak saya kat kawan saya. Sekejap je." Ujar Dahliya yang pamer tanpa menunggu respon Suzan.

Sampai sahaja di bawah, pantas Luqman merampas Dahlia daripada Dahliya. Wajahnya serius. Tangan Dahliya sudah siap sedia mahu melambai, akan tetapi kereta Luqman bergerak lebih pantas hingga tidak sempat dia mahu melambai kepada Dahlia.

"Bye..." ujarnya perlahan sambil melihat kereta yang sudah jauh dari pandangan. Untuk seketika dia merasakan ada cecair panas di dalam mata.

Apabila telefonnya berdering sekali lagi, pantas dia menyambutnya.

"Okay, saya naik atas sekarang jugak!" Kata Dahliya.

Tangan sasa Adha pantas menyambut tubuh Dahliya daripada terjatuh ke lantai selepas berlanggar dengannya tanpa sengaja ketika gadis itu memalingkan diri. Mata mereka bertatapan untuk sesaat dua.

"Oh gosh! i'm so sorry,my love. Are you okay?" Soal Adha seraya membangunkan Dahliya semula.

Dahliya menganggukkan kepalanya sebelum terkedu. "Encik Adha, kan?"

Adha mengangkat sebelah keningnya sambil menyentuh bibirnya beberapa kali semasa memandang gadis di hadapannya itu.

"Sorry, i Mr. Adha. Encik tu untuk Qaiser."

"Oh, Mr. Adha. Sorry mr. Adha, saya tak perasan mr. Adha kat belakang saya tadi." Ujar Dahliya sambil menundukkan kepalanya.

"It's okay, si gadis manis." Ujarnya sambil mengenyitkan mata kepada Dahliya.

Mereka berbalas senyuman sebelum Dahliya teringat akan sesuatu. "Saya naik dulu, ya? Takut encik Qaiser marah pulak saya hilang lama sangat."

"Okay. Pergilah." Balas Adha yang menganggukkan kepalanya sebelum berjalan pergi ke arah parkir kereta.

Adha kembali memandang pintu kaca dibelakangnya. Bibirnya tersenyum nipis.

"Susah sangat ke Suzan kerja yang i bagi pada you? Suruh jaga cleaner tu pun takkan tak boleh?!" Soal Qaiser dengan kedua-dua tangannya didalam poket seluar.

Mata mereka berdua terkalih ke arah pintu pejabat yang mempamerkan Dahliya. Kecil besar mata Qaiser melihat gadis berkemeja putih lengan panjang dan seluar slek hitam itu berjalan ke arahnya.

"Sorry encik, tadi saya pergi tandas sekejap." Ujar Dahliya ketika berdiri di sebelah Suzan.

"Ofis ni bapak you punya ke? Ikut suka hati you je boleh keluar sana sini?" Soal Qaiser.

"Tak, saya min..."

"Suzan, i nak you settlekan perkara ni hari ni juga. Touch up muka Dahliya ni. Make sure she looks presentable. Buang semua jerawat dia. Tukar style rambut dia." Arah Qaiser sebelum menduduki kerusinya.

"Jerawat?" Soal Dahliya seraya meraba wajahnya.

"Pergi bawa dia try heels tu, medicure, pedicure, also the other uniform. Tell her all my rules here."Tambah lelaki itu lagi.
Suzan mengangguk faham. "Jom awak, ikut saya."

"Tapi... tapi..." kata Dahliya ketika dibawa keluar dengan Suzan.

Terkebil-kebil mata Dahliya membaca papan tanda salon kecantikan dihadapannya itu. Kemudian matanya memandang Suzan.

"Kenapa nak kena datang sini? Kan kerja cleaner je?" Soal Dahliya dengan air muka berkerutnya.

Jari telunjuk Suzan dinaikkan pada wajah Dahliya dan digoyangkan. "Ms. Dahliya, kerja sebagai personal cleaner encik Qaiser ni sebenarnya berat tau. Walaupun you tengah mengemas ofis dia, awak masih kena kelihatan anggun dan mempersonakan."

Dahliya membuat riak wajah pelik dan keliru sekali lagi. Kena kelihatan anggun dan mempersonakan semasa mengemas? Mengarut!

"Pertama kali lah saya dengar nak mengemas pun kena lawa-lawa." Balas Dahliya.

Suzan menoleh kiri dan kanan bagaikan ada orang yang sedang memerhatikan mereka sebelum mendekati telinga Dahliya. Dahliya membulatkan matanya selepas kata-kata itu dibisik ke telinga.

"Untuk tarik klien?" Soal Dahliya. Suzan menganggukkan kepalanya.

"Klien Venus Empayar ni kebiasaannya lelaki. Jadi, untuk buat projek tu masuk dalam Venus Empayar encik memang akan biarkan cleaner peribadi tu sentiasa ada untuk layan klien-klien tu semua."

Dahliya menutup mulutnya cepat-cepat. "Maksud awak kena layan macam... benda tu ke?"

Suzan menggelengkan kepala sambil ketawa kecil. "Bukan, awak layanlah diaorang semua macam layan tetamu. Kalau diaorang buat kelakar awak kena ketawa."

Dahliya mengurut dadanya. "Ohh... macam tu je. Nasib baik." Balasnya.

"Jom, kita masuk kedai? Kita mesti settle kan semua list ni hari ni juga." Ujar Suzan sebelum mematikan enjin keretanya.

Rambut potongan bob Dahliya tidak membuatkan wanita pemilik salon itu berasa susah langsung untuk mengubahnya kepada kehendak Qaiser. Cuma dia tergeleng apabila wanita lain pula datang sebagai pekerja pembersihan peribadi Qaiser.

"Ellie, you tahu kan nak buat macammana?" Soal Suzan sambil memandang wanita bernama Ellie itu. Keningnya diangkat-angkat berulang kali.

"Well... everything about Encik Qaiser i dah tahu. You serahkan je semua kepada i." Balas Ellie sebelum merentap Dahliya agar menduduki kerusi khas yang siap bertulis nama Qaiser itu.

Terteleng-teleng kepala Dahliya mengikut 'arahan tangan' Ellie yang sedang memeriksa keadaan kepalanya.

"Rambut you okay, sangat lebat dan bersih." Ujarnya yang mengundang senyuman puas Suzan.

Terkejut Dahliya dibuatnya apabila wanita itu menepuk tangannya sebanyak dua kali. Serentak dengan itu, muncul lagi dua orang gadis dengan membawa sesuatu ke arah mereka bertiga.

Lengan kemeja itu diselak oleh kedua-dua gadis itu.

"Euww, berbulu sedikit." Ujar gadis di sebelah kanannya.

"Eh, kalau berbulu pun kenapa eh? Teruk sangat ke?" Soal Dahliya bernada geram. Pantas gadis di sebelah kirinya meletakkan jari telunjuknya pada bibir Dahliya.

"Just close your eyes, Dahliya." Ujar gadis itu.

Jeritan kecil Dahliya berulang kali memecah sunyi ruang itu setiap kali bulu-bulu ditangannya direntap dengan cecair wax. Banyak kali Suzan tertawa akan jeritan Dahliya.

Sejam kemudian, Dahliya bangkit daripada kerusi itu. Bibirnya tersenyum luas apabila melihat gaya rambutnya yang terkini. Gaya rambut Bob Hush itu membuat dirinya kelihatan seperti wanita yang sangat berkerjaya. Kuku tangan dah kakinya dibelek-belek.

"Suka?" Soal Suzan. Dahliya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.

Usai membuat pembayaran, mereka berlalu pergi dari situ. Sekali lagi Dahliya melihat papan tanda tersebut sebelum ikut sama keluar daripada kereta.

"Mekap?" Soal Dahliya yang dibalas dengan anggukkan Suzan. Keluhan halus terbit dari bibir Dahliya.

Banyak kali Dahliya terlelap semasa sesi itu. Mekap? Dia tidak pernah menyentuh semua barang-barang tersebut. Manalah dia tahu bagaimana hendak mekap? Gadis itu melopongkan mulutnya apabila beg mekap itu diserahkan kepadanya selepas mereka usai memberi solekan pada wajah Dahliya.

Seterusnya, sesi pakaian dan pemilihan kasut tumit tinggi. Dahliya banyak kali mengeluh. Terlalu banyak pakaian dan kasut sehinggakan dia tidak tahu sama ada dia larat atau tidak menyusun semua pakaiannya di dalam almari kelak. Belum dibuka bab pakaian yang sememangnya seksi dan mencolok mata itu. Skirt separas paha? Gila!

"Ada lagi ke yang kita kena buat?" Soal Dahliya sambil tersandar pada tempat duduk penumpang hadapan itu.

Suzan menggelengkan kepalanya. "Sekarang ni, kita kena balik ofis. Meeting encik Qaiser dengan Tan Sri mungkin dah nak habis. Awak kena cepat-cepat bersihkan bilik tu sebelum pukul 4. Sebab nanti ada klien nak datang ofis."

Dahliya mengangguk faham. Kain yang dipakai paras paha itu ditarik-tarik agar lebih labuh. Melayan klien?

Ketukan pintu kamar Qaiser membuatkan lelaki itu berdeham sebelum membenarkan gerangan diluar untuk masuk.

"Encik, Dahliya dah siap." Ujar Suzan. Kepala Qaiser mengangkat perlahan-lahan ke atas untuk melihat Dahliya.

Mata Qaiser dan Dahliya tidak habis bertentangan ketika Qaiser datang menghampirinya. Dahliya sedikit terperanjat apabila Qaiser memeluk pinggangnya hinggakan hidung mereka hampir bertembung. Mata Qaiser dipejamkan sambil hidungnya mencium bau badan Dahliya. Seriau!

Mereka berdua kembali bertentangan mata apabila Qaiser menjarakkan dirinya daripada Dahliya. Matanya dikecilkan pada butang kemeja di dada Dahliya.

Pantas tangan Qaiser membuka dua butang kemeja dari atas. Dahliya menelan liurnya. Takut? Ya, dia sedang takut.

"Pass." Ujar Qaiser yang membuatkan Suzan tersenyum kecil.

Jam di tangan Qaiser lihat. Sudah pukul 2 petang.

"Kemaskan meja." Ujar Qaiser sebelum berlalu pergi. "Prepare my documents, my suits." Tambahnya lagi sebelum pintu pejabat itu tertutup.

Dahliya dan Suzan bertentangan seketika sebelum menghembuskan nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience