BAB 2

Family Completed 431834

BAU tumis-tumisan menerjah ke hidung Dahliya dan dengan itu serentak perutnya bergendang mahu diisi. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, nasi goreng itu siap dimasak.

"Dahlia Dania, meh sini datang kat ibu sayang!" Panggil gadis itu sambil membawa air kosong sejuk keluar daripada peti ais.

Terkedek-kedek kaki anak itu berlari ke arah si ibu lalu mendakap paha ibunya. Senyuman menyunging dihadiahkan kepada Dahliya.

"Ibu dah masak, jom kita makan nak?"

Laju kepala itu menganggukkan. Apabila anak kecil itu mengangkat kedua-dua tangan memberi petanda mahu didukung, pantas Dahliya berbuat demikian.

"Hari ni kita makan nasi goreng je tau." Ujar Dahliya ketika menguis nasi tersebut sebelum disuakan kepada Dahlia. "Bismillah..."

Bunyi panggilan telefon menghentikan kelakuan Dahliya untuk menyuap anaknya. Nombor yang tidak dikenali itu ditenung seketika.

"Hello." Sapa Dahliya. "Ya betul, saya Dahliya Nafisa."

Terbuka luas mata itu setelah mendengar pernyataan wanita di balik talian. Wajah Dahlia dilihat.

"Baik! Esok saya datang!" Ujarnya yang penuh keriangan.

Selepas talian itu diputuskan, laju dia mencium pipi Dahlia.

"Papa Luq dah tak perlu risaukan kita lagi, Didi! Ibu dah dapat kerja!"

Dahliya melompat-lompat tanda gembira. Langsung tidak dia hiraukan Dahlia yang sedang terpinga-pinga melihatnya. "Ibu dah dapat kerja!"

"BAIK you jujur dengan i dari mana you kutip perempuan kampung ni untuk jadi cleaner ofis i, Suzan?" Lelaki itu mengecilkan matanya ketika menanyakan soalan tersebut kepada pembantu peribadinya. "You tak ikut ke kriteria yang i bagi?"

Suzan melihat keadaan Dahliya dari atas hingga ke bawah. Berseluar palazzo dan berbaju sukan lengan panjang. Dia terkejut. Dahliya yang dilihat didalam gambar resume adalah berbeza dengan Dahlia didepan mata!

"I ambil dari senarai nama pemohon kat dalam website lah encik. Lagipun, okay apa dia pakai macam ni. Comel." Ibu jari Suzan dinaikkan ke arah Dahliya bagaikan memujuk Encik Qaisernya. Tersipu-sipu Dahliya menahan malu apabila dipuji 'comel' oleh gadis jelita bernama Suzan.

"Memanglah i nak cleaner, tapi takkanlah sampai gaya macam perempuan jajahan Jepun pun you sanggup nak kebas? Dah lah muka macam orang tak mandi." Omel Qaiser sambil melihat Dahliya atas bawah.

"Kalau encik nak saya tukar pakaian saya, boleh je saya balik sekarang dan tukar baju. Nanti lepas waktu tengahari saya datang balik." Ujar Dahliya dengan mengukir senyuman menyungin.

Qaiser menggeleng-gelengkan kepala dan memberi isyarat tangan. "It's okay, you dah datang sini dah pun. Duduklah."

Suzan pergi meninggalkan ofis Qaiser selepas tuannya memberikan isyarat tersebut.

"So, where you come from? Malaysia? Indonesia?" Soal Qaiser.

"Dahliya Nafisa."

"Ada ke nama negara Dahliya Nafisa? Tak pandai bahasa inggeris? Waktu sekolah dulu you makan batu ke?"

Dahliya tersandar pada kerusi. Terkejut dengan pertanyaan Qaiser.

"Maaf encik, saya memang orang Malaysia." Balas Dahliya sambil menggigit bibir.

Qaiser mengeluh perlahan. Mata mereka berdua sekali lagi bertembung. "Nama penuh you apa?"

"Ohh... nama saya, Dahliya Nafisa binti Mohammad Luth."

Qaiser meletakkan resume gadis itu ke tepi. Walaupun dia boleh sahaja membaca resume itu, tapi sebagai bakal majikan dia perlu tahu juga bagaimana cara gadis itu hendak bercakap. Sesaat kemudian, tangannya dibawa memeluk tubuh.

"I tak kisah you kerja cleaner, driver, or else... tapi siapa yang bekerja di bawah i mesti kena pandai maths. At least, basic mathematics."

"Saya pandai!"

Qaiser menaikkan sebelah keningnya. "Kosong darab satu?" Soal lelaki itu lagi.

"Saya tahu! Sepuluh!" Jawabnya.

"Sepuluh?!" Jerkah lelaki itu dengan kening yang hampir bercantum.

Tersembur air yang diteguk Luqman apabila mendengarkan cerita berkenaan sesi temu ramah daripada teman baiknya itu. Sakit perut lelaki itu apabila ketawa terlalu banyak.

"Kau ni bongok, tau!" Kata Luqman selepas menduku dahi Dahliya.

"Betullah, bukan ke kosong darab satu sama dengan sepuluh? Kosong bawa ke sebelah nombor satu, jadilah sepuluh!" Dahlia menjelaskan sambil menunjukkan cara pengiraan dengan menggunakan jari. Sekali lagi Luqman ketawa terbahak-bahak.

"Tu lah kau, waktu cikgu Amy ajar maths kat kelas dulu kau ternganga tidur tak dunia kat belakang kelas. Dah besar, tak pasal-pasal memalukan diri pulak. Depan CEO syarikat pulak tu!"

Dahliya menjeling tajam mata Luqman.

Ketawa Luqman masih berbaki. "Dahliya sayang, kosong darabkan dengan satu sama dengan kosong! Kosong macam kepala otak kau tu!"

Dahliya menampar belakang badan Luqman sebelum menutup wajahnya.

"Ei, kalau aku salah sekali pun... kerja aku tu ada kaitan ke dengan kira-kira? Kerja aku ni cuma bersihkan ofis, iron kan baju, prepare kan diri dia sebelum dia kena pergi meeting." Ujar Dahliya. "Mana ada main nombor."

"Dah itu kehendak bos kau, ikut je lah. Ni aku nak pesan kat kau, kalau dia ada buat apa-apa pada kau masa kau dengan dia berdua-duaan kat bilik ofis nanti, bagitahu aku tau. Aku tak nak perkara tak baik jadi kat kawan baik aku ni."

Dahliya mengecilkan matanya memandang Luqman. "Perkara tak baik?"

Luqman menganggukkan kepalanya. "Iyalah, perkara yang tak baiklah. Macam buat sexual harrasment."

Dahliya memandang ke tempat lain apabila fikirannya teringat akan sesuatu.

"Dahliya." Panggil Qaiser sebelum sempat dia memegang gagang pintu pejabat itu.

Dahliya memalingkan wajahnya ke arah Qaiser, matanya memerhati sahaja langkah lelaki itu menghampiri dirinya.

"Ya, encik?" Soal Dahliya ketika lelaki itu sedang berjalan ke arahnya.

Terbeliak mata Dahliya apabila lelaki itu meletakkan bibirnya mendekati telinga Dahliya.

"Pintu keluar masuk kat ofis ni kat tu. Kat sana tu." Bibirnya dimuncungkan pada pintu berwarna coklat gelap bertentangan dengan tubuh mereka berdua. Dahliya menanggukkan kepala sebelum mengatur langkah.

Sekali lagi langkah gadis itu dihalangi tubuh Qaiser.
"I nak warning you, jangan sesekali berani masuk ke dalam bilik ni. Atau i akan..."

Sekali lagi mata Dahliya membuntang, suara dan wangian lelaki dihadapannya membuatkan dia hampir jatuh ke dalam godaan nafsu. Cepat-cepat tubuhnya beralih ke tepi, menjauhi tubuh Qaiser.

Khayalannya berakhir apabila telinganya menangkap bunyi petikan jari yang Luqman buat.

"Apa?"

"Haih, apa je lah ada dalam kepala kau ni? Khayal!" Luqman menggelengkan kepala sambil memulas telinga Dahliya. "Kalau kau terus nak berangan macam ni, baik kau kerja je kat klinik aku tu sampai bila-bila. Aku risaulah."

"Ish, tak naklah aku. Kan aku dah kata, aku dan Didi nak hidup berdikari berdua. Aku tak nak hidup terlalu bergantung dengan kau. Satu masa nanti kalau kita terpisah jauh, Didi tak boleh hidup tanpa kau macammana?" Soal Dahliya.

"Yalah, yalah, tapi ingat pesan aku ni. Jaga diri kau. Apa-apa jadi, aku ada dengan kau." Ujar Luqman yang mengundang senyuman sinis teman baiknya.

"Acah romantik je lah mamat ni. Kang nanti kalau aku betul-betul susah, kau tak angkat jugak aku call."

Kedua-dua kening Luqman terangkat seraya bahunya. "Kalau aku tengah dating, memang tidaklah aku nak angkat."

"Sakitlah!" Keluh Luqman apabila Dahliya sekali lagi menampar belakang badannya.

"Cakap pasal dating, tak silap aku Wafa datang KL esok,kan?" Soal Dahliya yang mendapat sambutan Luqman.

"Katanya esok sampai, tapi esok jugak dia dah start bekerja. Liya, kau rasa Wafa tu sayang aku lagi tak? Susahlah nak curi masa untuk berjumpa. Kalau aku free, dia busy. Kalau aku busy, dia free. Dah lah dia jauh."

Tergeleng-geleng kepala Dahliya mendengar keluhan lelaki itu lagi. Kedua-dua tangannya menyentuh pipi itu.

"Kau janganlah risau, Wafa tu kan memang macam tu. Pemalu, sopan, ayu... je orangnya, mestilah dia sayangkan kau lagi." Ujar Dahliya sebelum mengenyitkan mata pada sosok tubuh yang berdiri di belakang Luqman.

"Aku punya rindu ni tebal sangat dah tu. Sampaikan bau minyak wangi dia pun aku boleh cium." Ujar lelaki itu sebelum menghela nafas panjang.

"Haih, teruk sangat ni rindu kau ni. Betul ke kau rindu dia ni,hah?" Dahliya menyoal seraya mengangkat kening.

"Betullah, apa yang aku nak tipunya? Dada aku rasa macam nak pecah rindukan dia." Jawab lelaki itu.

"Kalau rindu, kenapa tak angkat call Wafa malam tadi?" Soal gadis di belakang Luqman. Mengeras tubuh Luqman di situ menahan malu.

Dahliya berdeham seketika. Perlahan-lahan dia bangun dari situ. "Dah lah, aku nak balik dulu. Anak aku tu entah apa dia buat kat sana."

"Ish, Dahliya! Temanlah, aku malulah." Luah lelaki itu sambil menahan langkahnya. Cepat-cepat tangan itu ditepis.

"Tadi kata rindu sangat?"

Dahliya berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di situ. Biarlah, sudah lama mereka tidak ketemu. Sejak pulang daripada belajar di luar negara, Wafa sering tidak berkesempatan untuk bertemu dengan teman lelakinya itu, banyak sangat aktivitinya yang dilakukan ketika di kampung. Rindukan tempat asal katakan.

MALAM itu, Dahliya mengeluarkan sehelai kemeja putih dan seluar slek daripada almari untuk dikenakan pada esok hari. Walaupun dia hanya bertugas sebagai pembersih kepada pejabat utama syarikat Venus Empayar, imejnya tetap dijaga oleh lelaki bernama Qaiser.

"Awak, awak kena pastikan lengan baju awak tu satu line je tau. Jangan ada highway tau kat lengan baju tu." Ujar Suzan ketika gadis itu menyerahkan beg pakaian kepada Dahliya.

Dia menggaru kepala tidak mengerti. "Highway? Baju saya ni ada tar jalan ke?"

"Awak ni kelakarlah, bukan itu maksud saya." Suzan membalas. "Setiap pagi encik Qaiser akan tengok line baju kemeja awak sebelum mulakan kerja. Dia boleh emosi kalau tengok line iron kat baju awak ni berganda-ganda. Ingat tau, kena pastikan ada satu line je."

Dahlia mengangguk faham. "Ohh... faham. Tapikan wak, Qaiser tu garang ke orangnya?"

Laju jari telunjuk Suzan diciumkan pada bibir Dahliya. Kepalanya melihat sekeliling silih-berganti.

"Shhh... jaga-jaga tau wak, awak kena belajar panggil dia Encik dari sekarang. Encik Qaiser Iskandar."

Sekali lagi Dahliya mengangguk. "Tapi Adha tu siapa pulak? Saya tengok diaorang macam rapat je..."

"Mr. Adha? Mr. Adha tu... bakal suami saya!"

"Hah, bakal suami?!" Soal Dahliya sambil menutup mulutnya yang ternganga. "Saya minta maaf, puan! Saya minta maaf!"

Bibir Suzan menghasilkan bunyi tawa yang sederhana seraya memandang gadis polos itu. Terlalu mudah untuk ditipu.

"Saya bergurau je lah. Mr. Adha tu sepupu kepada encik Qaiser. Salah seorang pewaris untuk Venus Empayar ni, a.k.a. musuh utama encik Qaiser!"

"Musuh utama? Tapi diaorang nampak baik je saya tengok."

"Mr. Adha memang baik, tapi encik Qaiser tu memang orang kata tegaslah. Sebelum awak masuk ni, dah banyak orang dah tau resign sebab tak tahan dengan dia. Garang sangat!"

"Garang sangat ke? Ada sampai kena pukul tak?"

Suzan menggelengkan kepalanya. "Tak adalah sampai pukul, tapi asal keluar bilik encik Qaiser je mesti menangis."

"Ei, kita takutlah awak... macammana kalau kita cuma bekerja sehari je? Dah lah awak baik, kita suka tau dapat berkawan dengan awak." Ujar Dahliya.

Bahu Dahliya ditepuk lembut akan Suzan. Bibirnya berdecit. "Awak jangan risau, ada satu cara untuk buatkan encik Qaiser takkan marah awak."

"Caranya?"

"Buat apa yang dia suruh. Apa yang dia tak suruh, awak jangan buat. Langsung!"

Dahliya mengukir senyum seraya menganggukkan kepalanya. Lekas-lekas beg yang berisi pakaian itu dibawa keluar daripada bilik rehat bagi staf pembersihan peribadi Qaiser.

Usai termenung jauh, kemeja putih itu dibawa Dahliya menuju ke papan penggosok.

Bunyi tangisan Dahlia membatalkan niat Dahliya untuk menggosok pakaiannya. Pintu bilik mereka berdua dibuka dan kakinya berjalan menuju ke arah katil. Wafa turut sama mendatangi mereka berdua.

"Sampai bila kau nak jaga budak ni, Liya?" Soal Wafa sambil melihat wajah Dahliya.

"Aku dah jadi penjaga dia yang sah, Fa. Mestilah aku akan jaga dia sampai bila-bila." Balas Dahliya sambil menepuk manja paha anak kecil yang sedang menyusu itu.

"Aku dengar cerita pasal kau ada susukan budak ni dengan susu badan dari Mak Long, aku ingat dia tipu."

Dahliya menidakkan. Kepala Dahlia diusap-usap. "Aku ikhlas nak jadi ibu susuan dia. Aku tak percayakan susu-susu formula kat luar sana. Banyak yang aku dengar anak diaorang kena alergik bila minum susu formula. Ada yang sampai meninggal, Fa. Aku tak nak perkara yang sama jadi kat anak aku."

"Liya, kau bukan mak dia. Kau cuma perempuan yang dia tumpang untuk menyusu." Kata Wafa sambil memegang bahu Dahliya.

"Fa, kalau ikutkan agama kita... aku dah sah menjadi ibu susuan budak ni. Kau pun nak jadi sama macam Mak Long ke? Nak sangat aku buang budak ni?" Soal Dahliya.

"Liya, aku risaukan kau. Macammana nanti bakal suami kau tak boleh nak terima budak ni? Aku nak kau kahwin, dan hidup bahagia macam perempuan lain. Aku sayang kau."

"Kalau lelaki tu tak boleh nak terima aku disebabkan anak aku ni, aku redha. Aku rasa kehidupan aku dah cukup bahagia Fa dengan kewujudan Dahlia ni. Kau sendiri tahu kan betapa terseksanya hidup aku bila aku kena duduk sebumbung dengan Mak Long aku tu?"

Wafa menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. "Liya, aku minta maaf."

"Tak apa." Balas Dahliya. "Mungkin aku yang terlebih sensitif sejak jadi mak ni." Tambahnya yang diakhiri dengan senyum.

"Eh, kau pergi iron baju kau dulu. Lepas tu kau tidur, esok kita pergi kerja sama-sama." Tambah Dahliya lagi sebelum memujuk Dahlia yang mulai merengek semula. "Esok aku buatkan bekal untuk kita berdua."

Senyuman manis Dahliya itu disambut Wafa. Tidak lama kemudian, gadis itu bangkit untuk menggosok pakaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience