Lembab. Blur. Terkial-kial. Itu adalah apa yang berada ada didalam fikiran Encik setiap kali bertembung dengan gadis bernama Dahliya Nafisa. Gadis itu sentiasa membuatkan hatinya berasa sebal. Jika disuruh A, A sahaja yang Dahliya lakukan. Jika disuruh B, B sahajalah yang gadis itu akan buat. "Dia punya blur tu, aku tak tahu macammana nak cakap." - Qaiser Iskandar. "Pecat sajalah dia, tak susah pun." - Adha Fadhlan. Sepupu kepada Qaiser Iskandar. "Aku bukannya jenis yang suka hati nak pecat orang, tapi aku akan buat orang tu naik muak, naik menyampah dengan aku... sampai dia rasa dia nak berhenti kerja!" - Qaiser Iskandar. Walaupun gadis itu sentiasa berpewatakan polos di hadapan Qaiser Iskandar, namun itu tidak bermaksud sikapnya benar-benar polos. Pada pandangan Luqman, Dahliya adalah gadis gila! Terlalu melulu membuat keputusan. Apabila Qaiser mendapat tahu akan keberadaan anaknya Dahlia Dania ketika ini bersama Dahliya, terus dia berfikir cara hendak merampasnya semula. "Gagal lagi. Budak tu sayang sangat dengan Dahliya." - Qaiser Iskandar. "Apa susah? Kahwin je dengan dia. Nanti bila budak tu dah sayangkan kau, kau ceraikan Dahliya." - Adha Fadhlan. Untuk mengekalkan kedudukannya sebagai CEO di empayar perniagaan keluarganya itu, Qaiser Iskandar perlu juga berkahwin Dahliya Nafisa demi mendapatkan semula anaknya, Dahlia Dania. "Cinta itu ada, tapi sudah kotor dicemari dengan tipu dan dusta yang Encik buat!" - Shh... dia lelaki yang penuh dengan rahsia - Date Published : 12th October 2022 Date Ended : 01st February 2023 #DosaTauKalauPlagiat
View All Chapters (Total 63 Chapter)
Update 06 December 2024
2023-06-03 1 Replies
Story best tapi kenapa pakai nama sama. Haha peningg
2023-03-16 1 Replies
konflik betul ya
2023-03-14 2 Replies
Hi , sorry baca. Btw cerita ni best dan sangat menarik.tpi saya tertanya-tanya, setahu saya anak dara mana ada susu badan sis ??kecuali dia pernah melahirkan anak atau keguguran.jangan gula-gulakan saya sis?? apapun congrats and keep fighthing????