PROLOG

Family Completed 431834

BUNYI tangisan bayi sayup-sayup menampar cuping teling Dahliya pada pagi itu. Mata yang berat berpikul itu dibuka perlahan-lahan. Salahnya juga kerana tidur lewat pada malam semalam.

"Sejak bila pulak jiran aku ada yang beranak ni?" Dahliya mengusutkan rambutnya dengan mata yang masih tertutup. Tangisan itu telah mengganggu lenanya.

Bunyi jam di telefon berdering kuat tepat pada pukul 8 pagi. Memang sudah tiba waktunya untuk bersiap-siap hendak pergi bekerja, dengan malas-malas dia bangun dan meninggalkan katil empuknya.

Tangannya meraba-raba mencari tuala untuk dicapai sebelum dia melangkah masuk ke bilik mandi.

Rambutnya disanggul. Berus giginya diletakkan ubat gigi sebesar kacang pis. Suara bayi itu masih kuat dan mula membuatkan dirinya sedikit emosi.

"Anak siapalah pagi-pagi lagi dah buat bising? Kalau anak aku, dah lama aku sumbat mulut dia dengan tisu." Omel Dahliya sambil memberus gigi. Matanya masih separa terbuka.

Suara bayi itu seperti dekat saja dengannya. Sepanjang dia duduk di sini, tidak pernah pula dia mendengar suara bayi kerana setahunya jiran-jirannya semua masih bujang atau baru sahaja berkahwin. Hatinya mulai terasa tidak enak.

"Haih... takkanlah..." Gadis itu menggeleng-gelengkan kepala dengan laju apabila fikirannya mula memberitahu ada bayi dibalik pintunya. Akan tetapi suara itu masih tidak berhenti menangis. Kakinya mula menuju ke pintu masuk.

"Entah-entah itu... hantu?" Mata gadis itu sudah terbuntang luas. Takut untuk melihat keadaan sebenar. Sama ada bayi sebenar atau hantu, kedua-duanya tetap memberikan detik cemas dalam hidupnya ketika itu.

Tangannya pantas membuka pintu dan alangkah terkejutnya Dahliya apabila ada bayi terletak didalam kotak dihadapan pintu rumanhnya itu.

"Oh my God, siapa pulak buang baby depan rumah aku ni?!" Soal Dahliya seraya menutup mulutnya. Kertas putih dengan tulisan berkomputer itu dicapainya.

"Tolong jaga anak saya baik-baik, keadaan tak mengizinkan saya untuk menjaga dia. Saya janji, saya akan datang ambil dia selepas keadaan hidup saya dah stabil. Jangan serahkan pada sesiapa atau pihak polis, saya merayu."

Dahliya mengambil bayi yang terletak didalam kotak itu. "Dia ingat aku ni kerja cop duit ke? Aku pun bukan kaya sangat."

Tubuh bayi itu dibeleknya. Banyak bintik merah hasil gigitan nyamuk timbul pada seluruh anggota badan si bayi.

"Kesiannya dia, mesti gatal ni." Dahliya mengeluh kerisauan. Diletakkan tubuh kecil itu di atas sofa.

Sekali lagi kotak tadi dilihatnya. Ada botol dan sekotak susu di situ.

Terbuntang mata Dahliya apabila melihat tag harga yang masih belum dibuang pada kotak susu tersebut.

"Mak aih, dua ratus lima puluh ringgit untuk susu dia sahaja? Dah lah tinggal separuh." Bebel Dahliya sekali lagi sebelum dia membawa barang-barang tadi masuk ke dalam.

"Tak masalahnya sekarang ni, kenapa dalam banyak-banyak orang kat muka bumi ni... aku jugak yang mak bapak kau pilih untuk jaga kau? Aku ni nak berfoya-foya pun tak cukup duit, inikan pulak nak jaga kau?" Dahlia mengomel sendirian ketika sedang membancuh susu untuk bayi tersebut.

Botol yang penuh dengan susu itu bertukar licin dalam sekelip mata. Namun bayi itu masih menangis lagi. Tergopoh-gopoh tangan Dahliya membancuh susu itu buat kali kedua.

Malangnya kali ini bayi itu sudah tidak mahu untuk meminum susu tersebut.

"Kenapa kau menangis lagi, eh? Aku bagi susu, kau tak nak." Dahliya merungut dalam kerisauan. Pelik juga kenapa bayi itu tidak mahu disusukan.

Jari dipetik. Bayi perempuan itu diletakkan di atas sofa semula sebelum dia berjalan pantas mencari telefon di kamar. Tangannya mencari nombor seseorang yang cukup dikenali.

"Awal pagi kau telefon aku, nak MC lah tu!" Luqman menyerang dahulu sebelum sempat gadis itu bersuara. Bukan dia tidak biasa dengan perangai Dahliya.

"Bukan. Kali ni aku nak tanya. Kenapa baby menangis walaupun dah bagi susu?" Soal wanita itu sambil menggaru kepala.

Tangan yang sibuk menaip pada skrin Ipad itu terus terhenti apabila soalan tersebut terpacul keluar dari mulut kawan karibnya sejak kecil. Bayi?

"Baby? Baby siapa?" Tanya Luqman dengan wajah berkerut.

Dahliya berdecit. "Kau jawab je lah soalan aku tu. Banyak tanyalah kau." Balasnya.

Luqman menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangannya kembali menaip semula pada skrin itu.

"Depends... . Kadang baby ni menangis sebab lapar, kembung perut dan sebagainya. Baby tu dah minum susu belum?"

"Dah, tapi dia still menangis." Jawabnya sambil menganggukkan kepala.

Luqman menggumam seketika selepas mendengar kata-kata Dahliya.

"Dia dah sendawa ke belum?"

"Baby nak kena sendawa ke?" Gadis itu menyoal lagi.

"Ish, kenalah. Kalau tak... nanti perut dia kembung." Luqman menjawab. Tergeleng-geleng kepalanya mendengar pertanyaan gadis itu. Blur.

"Macammana nak bagi dia sendawa?"

"Ish, kau ni. Kau suruhlah mak dia buat. Pandailah dia buat nanti."

"Masalahnya aku tak tahu mak dia kat mana sekarang ni, Luqman."

"What?! Dah tu ni baby siapa?" Soal Luqman sambil berdiri. Terkejut dengan pernyataan tersebut.

"Baby... baby aku?"

"Baby kau?" Dia menyoal lagi. "Eh, kau bawak budak tu ke sini sekarang jugak."

Dahliya menjadi pemerhati yang setia sepanjang Luqman membuat pemeriksaan terhadap bayi itu. Bibirnya tersenyum apabila bayi itu sudah berhenti menangis.

Dalam isi kepala lelaki bernama Luqman itu sudah terisi banyak soalan yang hendak ditanya.
Apabila bayi itu mulai terlelap, dia terus menarik tangan Dahliya dan mendudukkan temannya itu pada kerusi di sebelah mejanya.

"Dahliya, aku tahu kau memang perempuan gila sejak kecil lagi... tapi, takkanlah kau punya tahap gila tu sampai nak culik anak orang,kan?" Soal Luqman sambil mengecilkan mata. Lengan Dahliya masih digenggamnya.

Dahliya menggeleng kepala dengan laju. Culik? Oh, tidak!

"Mana ada aku culik!"

"Baik kau bagitahu benda sebenar, kalau tak aku call Mak Long kau!" Ugut Luqman sambil lelaki itu mengambil telefonnya dan mencari nombor seseorang.

Dahliya menghalang perbuatan temannya itu, kepalanya menggeleng laju. "Jangan! Mak Long mesti marah gila nanti. Kau nak aku kena rembat dengan dia ke?" Dia mula berpeluk tubuh.

"Ada orang letak baby ni kat depan rumah aku. Aku tak tahu siapa mak ayah dia tapi, ada nota kat kotak tu minta aku tolong jagakan anak dia untuk sementara waktu. Nanti diaorang akan datang balik. Mungkin diaorang tengah susah." Katanya sambil melihat bayi itu yang sudah terlena.

"Letak depan rumah kau?" Soal Luqman. Kepalanya menggeleng. "Tak sangka, zaman sekarang masih lagi ada kes buang bayi kat rumah orang."

"Well, it's better lah kan daripada dia buang baby ni kat tong sampah?"

Luqman menduku dahi Dahliya, geram dengan 'blur' gadis itu. "Ish!"

"Sakitlah!" Dahliya menggosok-gosok dahinya, matanya menjeling Luqman.

"Tak kisahlah dia nak buang kat tong sampah ke, rumah orang ke, masjid ke, kalau dia rasa dia tak mampu... janganlah tinggal macam tu je. Tak bertanggungjawab. Tu, kau tengok budak tu? Merata-rata bintik merah kat badan dia kena gigit nyamuk. Tak nampak?" Soal si doktor sambil memuncungkan bibir ke arah bayi tersebut.

"Bawak je lah budak tu pergi balai. Settle." Tambah Luqman lagi.

Dahliya menggelengkan kepala tidak mahu. "Tak apalah, nanti kalau dua tiga hari lagi mak ayah dia datang nak ambil anak diaorang apa aku nak jawab?"

"Kalau datang, kalau tak?"

Dahliya terdiam. Ada benar juga kata temannya itu.

"Dengan tak ada surat beranaknya lagi. Kalau mak ayah dia sengaja buat macam tu untuk dapatkan duit macammana?"

Dahliya menggaru kepalanya tidak mengerti. "Maksudnya?"

"Dia sengajalah nak buat macam tu supaya dia boleh saman kau atas dasar penculikan. Hah, macammana? Orang nak duit,kan?"

Dahliya mengerutkan wajahnya memandang Luqman. "Kau janganlah cakap macam tu. Kan ada nota tu!"

"Bukan ada apa-apa bukti sahih pun yang mengatakan nota tu daripada diaorang,kan?"

Gadis itu terdiam sekali lagi. Betul juga apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Kalau macam tu, aku akan daftarkan nama aku sebagai penjaga kepada baby ni!" Balas Dahliya sambil berpeluk tubuh dan tersenyum sinis. Gayanya mengundang tawa Luqman. Kali ini dahinya dijentik Luqman.

"Kau ingat ni drama? Bukan mudah nak daftarkan nama kau sebagai penjaga baby ni. Ada banyak prosedur tau. Sama ada kau akan menang, atau baby ni akan diambil oleh jabatan kebajikan masyarakat."

"Lagi pulak kau belum ada suami. Pendapatan dan lifestyle kau pun diaorang kaji tau." Luqman menyambung lagi. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Dahliya mengambil risiko besar untuk menjaga bayi yang tidak dikenali itu. Silap hari bulan tekaannya adalah benar.

Dahliya menghampiri bayi tersebut. Tangannya mengelus rambut yang lebat itu. Luqman berpeluk tubuh melihat situasi mereka berdua.

Bibirnya mencium pipi si bayi. Dia risau akan keselamatan dan kesejahteraan bayi itu jika berada di bawah jagaan pihak kebajikan masyarakat. Fikirannya mula membayangkan perkara yang bukan-bukan. Bagaimana jika bayi itu diserahkan kepada pasangan yang membuat permohonan penjagaan anak angkat? Bagaimana jika pasangan itu tidak amanah dalam menjaga bayi itu? Dan yang paling teruk sekali adalah apabila ibu bapa bayi itu datang semula ketika bayi itu berada di bawah jagaan jabatan kebajikan masyarakat? Matanya terpejam rapat. Bimbang akan nasib yang bakal ditempuh oleh bayi ini.

"Aku nak tunggu sehari dua ni macammana, kalau mak ayah dia tak datang juga... aku tetap dengan keputusan aku untuk daftarkan nama aku sebagai penjaga yang sah kepada baby ni." Ujar Dahliya. Luqman sudah bertepuk dahi.

"Untuk jimatkan kos penjagaan dia, aku nak minta tolong kau boleh?"

Luqman meletakkan kedua-dua tangan ke dada seraya menjarakkan dirinya daripada Dahliya, si gadis gila baginya. Bukan boleh percaya sangat dengan sikap melulunya itu. Tegak bulu romanya berdiri.

"Kau jangan cakap yang kau nak aku kahwin dengan kau, eh? Ingat, aku dah ada Wafa tengah tunggu aku kat kampung sana."

"Tak, bukan benda tu. Tapi tolong bantu aku jadi ibu susuan kepada baby ni."

Share this novel

Ffffiqah
2023-08-14 11:49:55 

I cant* amend. In order to forward the email... please remove the '.my' from my email address. Thank you again

Ffffiqah
2023-08-14 11:36:14 

Or you can contact me through the number since i can amend my email address in the app

Ffffiqah
2023-08-14 11:34:15 

Waalaikumsalam, mr syahril. Im risya amanda, can you forward the email to ? Cause i dont find your email. Thank you


NovelPlus Premium

The best ads free experience