Bab 7

Romance Series 3454

"Korang?!" jerit aku sekuat hati.

"What the atuk nenek?! Kau?!" teriak Ash.

Nak memancut taik aku bila nampak dua 'ekor' depan ni! Seorang ni 'kerbau pendek' dan seorang lagi tu 'kerbau tinggi'. Eh,tak! Seorang lagi tu 'target' salah aku!

Aku toleh memandang Ash. Aku nampak muka dia dah macam tercekik kaki orang pun ada. Pucat gila!

"Eh, Ash! What a coincidence! " ucap Harris dengan mukanya yang terlebih ajinomoto.

"Aduh! Macam petanda nak kiamat lah pulak bila jumpa dia ni!" rungut Ash perlahan.

"You? Again?" mamat tu pula yang bersuara.

Sehabis baik aku cuba untuk act normal. Alah, aku bukannya ada hutang apa-apa dengan dia lagi. Aku dah explain kan haritu, so kira kosong-kosong ah.

"Haha ni bukan again dah! " jawabku dengan tawa yang paling fake sekali.

"Ya Allah! Apasal lah malang sangat hari ni?!" desis hatiku.

"Kenapa group number 2? Ada masalah ke? Seingat saya, saya tak pernah lagi beri tajuk yang ada kena mengena dengan atuk nenek. " soal prof setelah mendengar ayat Ash tadi.

"Eh tak prof! Ash baru dapat berita yang atuk nenek dia pass away. Maaf prof!" tipu abang alif merangkap senior kami.

Tercengang habis semua orang termasuk aku dengan Ash bila abang Alif bersuara.

"Jadah dia?!" desis hatiku dan aku yakin Ash juga begitu.

"Innalillah...Takziah ye Asyikin." jawab prof dan students lain.

"Haha number one liar in the world dohh! You're the best kahkahkah." sampuk abang Adam sambil menepuk bahu abang Alif.

"Haha tu lah pasal! Terboek ah abang Alif !" puji Ash.

"Hish tak payah lah panggil abang dohh! Rasa tua siak! Panggil Alif dah ah." kata Alif haha.

"Ceh tak sedar diri haha!" ejek Ash dan Ann.

Seluruh team kami tergelak dengan gelagat mereka bertiga. Termasuklah Harris.

"Kau pahal gelak sekali?! Aku buat lawak bukan nak bagi kau dengar,syaitan! Menyibuk je..." sindir Ash kepada tunangnya a.k.a enemy dia tu.

Terdiam semua orang apabila Ash berkata sebegitu. Terkedu habis! Aku pun turut join semua orang dengan muka yang paling blur dan terkejut.

"Eh! Ash cakap kat dia ni sorang je. Pahal korang semua pun diam? Gelak lah balik! " kata Ash dan menyambung tawanya.

Semua orang rasa pelik gila tengok perangai Ash sekarang ni. Macam orang tak betul pun ada.

"Ha? Ohh...hahahahaha" gelakku dengan nada yang sangat pelik.

Bangang gila! Dan yang paling kelakar adalah semua team aku continue gelak balik lepas dengar aku gelak! Sengal!

"Ok, saya nak kamu semua mula dengan introduction sesama kamu dan mula membincangkan tentang tugasan yang diberi." kata prof. Hilmi

"Setiap satu tajuk besar yang diberi mempunyai 5 tajuk kecil. Oleh itu, saya nak satu tajuk kecil dihandle oleh dua orang. Makanya, 5 tajuk kecil untuk 10 orang. I need all of you untuk nuat presentation by next 3 week.Faham?" sambung prof. Hilmi.

"Faham prof!" jawab semua dengan serentak.

" You can start now." arah prof.

"Err.. kita intro dulu lah!" komen aku.

"Okey! Aku start dulu!" kata Harris.

"Urghh" rungut aku dan Ash sambil menjuling mata ke atas.

"Nama aku Harris Ezzery. Can call me Harris."

"Nama aku Alif Rizal. Do call me Alif."

"I'm Adam Adly. Call me Adam."

"I'm Amin Daniell. Please call me Amin."

"I'm Alex Ezzeryq." katanya dengan laju.

"What?! Alex Gastrik?! Such a weird name dohh!" komen aku.

"Wahahahaha!" semua team 2 gelakkan aku.

"Oh my god! Dear little deaf girl, my name is Alex Ezzerryq! Call me Alex. Not gastrik,okay?!" jawabnya dengan nada yang paling jelas sambil menjeling aku.

"Whatever! Wekk! " jawabku kemudian menjelir lidah.

"Korang dua ni sibling ke? Muka macam sama je?" soal Alif kepada Harris dan Alex.

"No! We're cousins." jawab Alex.

Oh padanlah! Aku pelik juga tadi bila nampak Alex dan Harris are together in one class. Sebab aku ingatkan Harris tu abang or adik Alex.

"Ok, its my turn! I'm Izyan Hannah." sapaku.

"Call her Montana!" kata Ash dan Ann dengan serentak.

Nak aje aku lumurkan najis babi kat mulut mereka berdua tu. Mulut celupar betul!

"What?! Montana?! What a funny nickname you have!" ejek Alex.

"Same goes to you gastrik!" balasku.

"Dah-dah tak yah gaduh. Dah macam babi dengan kucing dah aku tengok korang ni !" komen Alif.

"Aku kucing! And dia...hmm faham-faham lah ye." cepat-cepat aku jawab.

Sempat aku nampak dia jeling tajam ke arah aku. Ah! Ada aku kisah?

"Haha! Erm...aku Asyikin Ariana, do call me Ash. "

"Hai, i'm Amanda Ann. Just call me Ann.Nice to meet you guys."

"Hi,i'm Aqeela. And this is my bestfriend." katanya sambil menunjukkan minah sebelahnya tu.

Tak tanya pun! Who care?!

"Nama i Alynna Wafa. Boleh panggil i Lynna. But alex, you can call me Bi..." Lynna perkenalkan dirinya dengan suara yang paling gediks.

What the hell?! Bi? Babi? Haha. Belum apa-apa dah tayang gedik. Nampak sangat dia suka kat Alex tu! Eiww...

"Apesal dia je yang special sangat?" soal Ash.

"Sebab dia abe handsome i lah " jawab si gedik dan tersengih macam katak.

Oh! Lepas dengar suara dia, baru lah aku ingat. Suara gedik yang cakap pasal abe handsome sebelum class start tadi tu Lynna rupanya. Alex rupanya abe handsome tu.

Aku nampak si Alex tu dah tergaru-garu bahagian tepi kepala. Cuak betul muka dia. Memang jadi 'bahan' aku lah!

"Fuyyo! Si gastrik ada fan siot! Finally, gastrik dah jumpa alkali nya !" sindirku.

"Shut up !" jawab Alex dan Lynna serentak.

Haha aku nampak si Lynna punya muka dah macam sotong panggang manakala si Alex dah macam babi panggang! Haha! Habis merah-kemerahan muka Alex dan Lynna. Secocok betul!

"Haha dah lah tu! Okay, siapa nak jadi leader?" soal Alif.

"Kau je lah yang jadi leader!" cadangku.

"Ha'ah! Dari tadi kau je yang membebel mengalahkan orang tua! Haha." sampuk Ash.

"Yeah! You should be the leader !" kata Ann.

"Ok sure!" semua setuju termasuk Alif.

"Ok lah kalau macam tu..." jawab Alif.

"Satu tajuk kecil kena ada 2 orang kan? So, aku decided untuk letakkan sorang perempuan, sorang lelaki for each tajuk." kata Alif dengan tegas.

"What the hell?!" rungut Ash.

"What?!" Ann pun merungut.

"Wey, gila kuasa siot kau! Menyesal aku pilih kau !" aku pula yang bersuara.

"Yes!" jawab Lynna dan Aqeela.

Urgg! Kalau dah tiap-tiap hari makan ulat bulu, memang gatal semacam!

"Haha nice decision, lip !" sokong semua senior lelaki dalam bilik kuliah tersebut.

"Haha aku nak jugak guna kuasa veto aku! Alah sekali-sekala je pun." sindirnya kepada kami bertiga.

"Okay, aku dengan Ann satu group. Montana dengan Alex satu group. Harris dengan Ash satu group. Lynna dengan Adam. Aqeela dengan Amin." arah Alif.

"Ewah! Bukan main lagi kau ye! No! Kitorang tak setuju !" bantah aku dan Ash.

"Pahal pulak? Kalau kau bagi alasan munasabah, baru aku tukar. Kalau tidak, no. " jawab Alif.

"Kitorang bukan mahram! No! Haram! " balas aku.

Sebenarnya aku tahu yang alasan aku tu memang bodoh tahap bangang. Tapi nak buat macam mana kan? Aku dah tak ada idea nak bantah.

"Ha'ah! Aku dengan Ann tu memang dah lama kahwin pun! Dah beribu dah anak cacing kitorang! Bengong!" sindirnya.

"Bukannya aku suruh kau bermaksiat dengan si Alex tu bengap!" ejek Alif sekali lagi.

"Hahahahahaha!" terburai tawa semua orang termasuk group lain lepas terdengar jawapan Alif. Senak perut aku!

"Alasan kau tak diterima!" Alif mengreject alasan aku.

"Tak boleh! " balas Ash.

Entah apa pula lah idea Ash kali ni. Aku diam sahaja setelah meluahkan idea bangangku. Memang tak ada harapan nak menolak arahan si Alif tu.

"Apa pulak alasan kau kali ni? Tolonglah jangan bagi alasan yang buat aku rasa nak menyepak! Haha." sindir si Alif.

"Haha no...Kitorang tak boleh satu group sebab aku dengan Harris ni musuh ketat! Memang aku takkan work together punya kalau dengan dia! And one more thing, Montana tak boleh satu group dengan Alex! Sebab Alex couple ngan Ann !" hujah Ash haha.

Fuhlamak! Macam mana aku boleh tak terfikir pula pasal yang Alex couple ngan Ann tu. Aku dengan Ash pernah nampak mereka berdua kat Popular dulu. Time tu pula si Ann rangkul lengan alex, confirmlah pakwe and makwe,kan? So kami consider mereka tengah dating lah.

"Hah? " semua team 2 tercengang termasuk Ann dan Alex.

"Alah, tak yah lah sorok-sorok lagi." sindir Ash.

"Err... Nope! We're sibling actually."

"Hah?!" ternganga kami semua.

Nak terkoyak mulut semua ahli team 2 bila dengar jawapan dari mulut Alex tu. Kemudian semua toleh ke arah Ann untuk dapatkan kepastian. Dan Ann angguk! OMG!

Dan, ketua kami yang hampeh tu bersuara.

"Haha so kita teruskan plan asal kita tadi, ye cik Montana dan cik Ash ?"

*speechless??*

"Err..kejap !" jerit aku.

"Ya Allah! Apa lagi?" rungut Alif.

"Er...Lynna! Kau nak tukar partner tak dengan aku?" soalku.

Haha sengaja aku umpankan si Lynna tu! Mesti dia nak punya kan? Kata fan till jannah!

"Nak!" jawab Lynna sepantas kilat.

"Aku tak tau ape musuh sangat kau dengan si Alex tu tapi maaflah ye... sebab aku dah hand in kertas yang tulis nama tu kat prof! Wakakaka??" ejek Alif.

Rupa-rupanya, dia dah hantar dah kertas tu masa kami bertiga tengah speechless tadi. Hampeh!

.............

Habis je kelas tadi, kami bertiga pun ke cafè untuk isi perut yang dah lama kosong ni sementara menunggu kelas selepas ini.

"Sampai hati kau tak bagi tau yang Alex tu abang kau!" rajuk Ash.

"Hehe.??" sengih Ann.

"Apalah malang sangat hari ni? Huhuhu" tangis hatiku.

"Untung lah korang! Dapat group dengan abang handsome !" keluh Ash.

"Untung nenek kau!" desis hatiku.

"Kau lagi untung dapat group ngan tunang sendiri! Handsome jugak! Haha!" sindir Ann.

Ya, Ann tahu tentang pertunangan Ash dan Harris. Maklumlah, dia kan adik sepupu Harris.

"Yeah! That's right baby !" jawabku.

"Nyesal aku sindir !"

"Hahahaha !" pecah perut kami gelakkan Ash.

Belum sempat aku masukkan sandwich sardin ni dalam mulut, dah ada yang datang menyemak.

"Eh Montana! Kau sengaja kan tadi?!" hamun Lynna kepada aku.

"Sengaja? Sengaja ape? Kentut? Ha'ah memang aku sengaja kentut dakam kelas tadi. Dah tak tahan..Sorry lah kalau busuk sangat." jawabku.

Haha memang aku kentut dalam kelas pun tadi! Kebetulan pula, si Lynna dan si Aqeela ada kat belakang aku. Rasakan!

"Hah?! Sengal doh kau,Montana !" gelak Ash dan Ann.

"Eh kau ingat lawak ke? Kau sengaja kan acah-acah nak bagi aku group ngan Alex tadi?! Padahal kau sengaja nak malukan aku !" jawab Lynna dengan geram.

"Cehh tak hamak aku nak mengacah kau! Manalah aku tau yang si Alip tu dah hantar senarai nama kat prof. Memang awal-awal tu aku nak tukar partner ngan kau pun tapi dah tak boleh kan? Nak wat cam ne?" balas aku dengan nada yang tinggi sedikit berbanding dia.

"Ish kau ni! Aku nak kau suruh Alif tukar nama kita berdua!" arah Lynna kepada aku.

"Pahal lak?! Kalau kau nak sangat group ngan dia, kau pergi lah jumpa ngan prof sendiri! Berani ke?!" sindir aku.

"Ish !" rungutnya sambil mengangkat tangan untuk menampar aku.

"Ape? Nak lempang? Lempanglah !" lawan aku setelah berdiri tegak depan dia.

"Ceh! Tak padan dengan ketinggian macam smurf !" desis hatiku.

"Weh! Dah lah tu, Montana! Orang pandang lah!" bisik Ann.

"Caya lah, Montana! Go! Go! You can do it, Baby !" sokong Ash.

Tangan dia dah mula bergerak dan terbang menuju ke pipiku. Aku juga telah bersedia dengan mengangkat tanganku untuk menghalang perbuatannya itu. Namun, drama kami yang bertajuk 'Tangan Siapa Lebih Cepat' ini terbantut. Semuanya gara-gara seseorang yang telah menghalang tangan minah tu daripada terus berterbangan. Spoil betul lah!

"Hey, what's wrong with you guys?!" soal Alex kepada kami berdua.

Bagaikan seorang warden polis yang tengah marahkan banduan pula!

"Kau tu pahal? Sibuk je!" rungutku perlahan sambil memandang je arah lain.

"Dia ni ha! Dia nak lempang i !" si gedik bersuara.

"Ewah?! Pandai betul menipu ye?! Nak betul-betul ke? Hah! Sini lah! Aku nak bagi tapi kau pulak yang lari?!" cabarku.

Eiw! Gedik sangat! Geli aku tengok minah tu bila dia peluk lengan Alex dan menyorok di belakang nya. Dia ingat dia nyamuk ke nak nyorok belakang orang supaya orang tak nampak? Daripada depan ni hah pun boleh nampak badan dia tu!

"Dia yang cari pasal dulu !" Ash dan Ann yang sejak tadi hanya selesa menjadi audience kini bersuara.

Cepat-cepat si Alex tu lepaskan pelukan di tangannya selepas mendengar kata-kata dari adik dia dan si Ash.

"By the way, just wanna tell you a truth. Yelah, orang tua-tua kata tak baik kita menipu kan ?" kataku sambil memandang sinis terhadap ulat bulu depan ni.

"I was about to change partner with you but then i realised that Alex ni boleh tahan handsome and sexy jugak. Just like my ex-boyfriend! So i was thinking why not? Lets just give it a try, right ?" sambungku dengan senyum sinis.

Haha, memang aku sengaja kenakan dia. Padan muka! Nak terburai gelak aku bila nampak muka Ash dan Ann yang dah macam patung kat Batu Cave tu. Keras kematu! Kahkahkah!

"Wey, jomlah!" ajakku kepada dua patung itu.

"Jom, darling. I lost my appet" ucapku sambil menghadap muka Alex yang dah macam tembok ni.

Sengaja aku rangkul lengan dia supaya drama ni lebih sweet! Haha!

Sempat jugalah aku toleh ke belakang untuk tengok reaksi Lynna. Terkumat-kamit mulut dia memaki hamun aku. Mata dia dah macam boboiboy kuasa api!

Tiba-tiba, ada suara jantan...

"You buang tabiat ke ?" soalnya.

"Diam ahh !" potongku.

Cepat-cepat aku lepaskan tangan dia bila dah confirm yang Lynna tak ada kat belakang. Lantaklah dia nak cakap apa pun nanti!

"Jomlah korang! Lambat pulak karang !" kataku sambil berjalan dengan amat pantas sekali.

"Bye!" kata Ash dan Ann kepada Alex.

"Cehh! Kau yang syok sangat dok pegang tangan darling kau tu sampai lupa kitorang! Bukan main sweet lagi ya?! Bersemut !" sindir Ash.

"I ship !" sokong Ann pula.

"Shut up!" jawabku sambil lari daripada mulut puaka dua 'ekor' tu.

..............

"Eh, Ash! Orang yang sewa sebelah tu dah masukkan barang dia lah !" kata Ash lepas ternampak kereta Nissan Teana berwarna merah di rumah sebelah.

"Kau rasa lelaki ke perempuan ?" soal Ann.

"Arghh, malas nak ambil tahu! I miss my bed! Aku nak lambung badan aku atas katil sepenuh hati! Ngantuk gila !" luah aku.

Cepat-cepat aku parking kereta dalam pagar. Lepas je aku kunci kereta, Ash bersuara.

"Wey,ni macam kereta pagi tadi doh !" kata Ash.

Aku pura-pura tak dengar. Sebenarnya, dari tadi aku dah perasan kereta tu. Gila nak lupa?! Dendam seribu tahun!

Masuk sahaja Ash dan Ann ke dalam rumah, aku terus keluar daripada pagar kemudian pergi ke rumah sebelah.

"Haha right timing !" desis hatiku.

"Akhirnya, dendam aku terbalas !" luahku perlahan.

Habis sahaja aku laksanakan dendamku, terus aku masuk dalam rumah. Sempat aku terdengar jiran sebelah menjerit.

"Woi! Kau buat apa siak kat kereta aku ?!" teriaknya.

Hahahaha

Jangan lupa vote and comment, okay? So tht i can know what to improve, ya.
????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience