Bab 4

Romance Series 3454

"I hate him even more right now !" jerit Ash.

............

Flashback perjumpaan pertama Ash dan Harris

"Wei Montana! Aku rasa aku ada crush lah !"

"Sape? Pak cik guard ?" 

"Kau ni kan! Ape jadah pakcik guard?! Aku potong rambut kau pastu buat penyapu nanti kau jangan salahkan aku eh !"

"Wekk ?? "

"Kau cuba tengok that guy yang baru masuk tu! Baby face siot !"

"Kau ni kan dalam class pun sempat nak bercrush ye!Hampeh! Cuba tengok aku ni ha, baik je dalam class kahkahkah !"

"Ha'ah! Tapi kat luar class macam bapak syaitan ye!Weh tengoklah cepat! Kalau tak, aku report kat mummy kau yang kau pernah tampar budak laki kat U ni !"

"Ishh! Balik-balik benda tu jugak yang kau nak ungkitkan! Mana? Mana? Mana? Mana mamat yang malang sangat tu hah ?"

"Tu sana tu hah! Handsome kan ?"

"Wow! Wow! Wow! Incredible !"

"Kau ni pahal over pulak ni, Montana? "

"First time taste kau elok sikit! Bagi aku, muka dia biasa je sebab aku kan taste tinggi hahaha tapi kalau untuk orang yang tasteless macam kau.. Boleh lahh...Not bad... Muka dia ada jugak lah rupa orang sikit !"

"Cehh kau nak cakap ex-crush aku semua tak ada rupa orang ke?!"

"Kau sendiri yang cakap! Aku tak cakap pape pun !"

Terkejut habis aku dengan Ash bila mamat tu tiba-tiba datang duduk sebelah Ash.

"Hai, boleh I duduk sini ?" tegur mamat tu.

"Err..err..." ?? speechless si Ash.

"Orang tua kata kalau diam tanda setuju. Thank you !"

"Eh tak malu betul !"  omel aku sendiri.

Rimas aku pandang mamat sebelah sana tu, dia memang teleng ke apa? Daripada tadi dia asyik pandang Ash je, langsung dia tak heran Prof. Azhar kat depan tu. Nak aje aku cungkil biji mata dia tu!

"Hai,Im Harris Ezzery. You? "

"Im Asyikin Ariana."

"Beautiful name for beautiful girl! By the way, can i have your number ?" tanya mamat tu.

" Sorry to disappoint you but no hehehe. " jawab Ash sambil tersengih.

Haha Ash memang macam tu! Even crush pun dia takkan bagi phone number dia sebab terpengaruh dengan perangai aku! Sebab tu kami boleh serasi! Dalam contact number kami ada lebih kurang 15 orang je haha.Group Whatapp pun ada 1 je.

"Why ?" mamat tu still nak try.

"Rimas kalau banyak sangat mesej masuk !" Ash berterus-terang.

"Ohh..Ada boyfriend ?" mamat tu tak nak give up.

"Ha? Hmm...A..a..ada, kenapa?" tipu Ash.

"Ohh..Study kat sini jugak ke ?"

"Ha'ah !" sampuk aku.

Menyampah betul aku tengok mamat tu tak habis-habis mencuba nasib. Memanglah dia tu sebenarnya crush si Ash tapi Ash sengaja tak layan. Katanya dia tak nak ada boyfriend time belajar, dia just anggap mamat tu crush dia je.

.............

Flashback punca pergaduhan Ash dan Harris

"Kau ke boyfriend Ash? " tanya Harris kepada Izzul Aiman.

Izzul Aiman ialah bestfriend aku dengan Ash. Ke mana sahaja kami pergi, pasti bertiga. Izz seorang yang rajin belajar dan tidak berminat untuk bercouple ketika belajar. Orang lain selalu katakan dia 'nerd' tapi aku rasa tak pun sebab dia memang bergaya habis. Ramai kot yang pernah suka kat dia cuma dia je yang tak layan! Oleh kerana itulah kamu bertiga memang serasi.

"Yup, kenapa ?" tipu Izz sebab kami bertiga memang dah berpakat awal-awal lagi.

"Aku dengar citer yang kau ni jenis tak layan pompuan. Asal tetiba boleh couple ngan Ash?" Harris ingin mencungkil rahsia.

"Dah Ash suka kat aku dan aku pun suka kat dia so ape masalahnya?" jawab Izz dengan yakin.

"Aku nak kau break dengan dia! She's mine !" tengking Harris

"Eh!Eh!Eh! Hati aku memang atuk nenek kau yang dermakan ke? Hah? Sesedap taik lembu je kau nak bagi instruction kat aku, pahal ?!" Izz melawan.

"Kau belum kenal aku sape lah bro! Jangan cabar aku! Jangan sampai kau kena buang dari U ni !" Harris mula bengis.

"Biar kena buang U daripada kena buang dari hati Ash macam kau! Hahahahaha! Eh,kejap! Pernah ke kau ada dalam hati Ash? Rasanya tak pernah! Alololo keshiannya baby bucuk sekor ni !"
sindir Izz.

Sebenarnya kami cuma plan untuk tidak bagi chance dekat Harris untuk dekat dengan Ash je . Ash yang suruh buat macam tu sebab Ash memang tak boleh nak anggap Harris sebagai kawan biasa je. Maklumlah crush katanya! Tapi si Izz ni pula tukar plan bila Harris mula ugutnya. Mesti diajar katanya!Tapi akhirnya Izz kena pindah U juga. Katanya dia tak boleh belajar disebabkan gangguan daripada Harris. Aku dengan Ash memang sedih gila bila hilang satu bestfriend til Jannah kami tu! Sejak daripada itulah Harris bertukar menjadi musuh Ash!

...........

" Dah lah tu Ash! Tak payah sedih lagi! Inilah masa kau bertukar jadi Incredible Hulk macam dulu untuk plan yang boekk punya supaya korang putus tunang !"

Sedih aku tengok Ash. Dia dah macam Robocop dah sejak balik dari kampung haritu! Dah dekat seminggu kot! Pagi pergi kelas dengan muka toya, makan satu senduk,langsung tak bercakap dan bila cukup masa je dia pun tidur. Bukan main awal lagi dia tidur! Bosan aku!

"Betul jugak kan !" akhirnya Ash bersuara.

"Hah! Betul,betul,betul! Kalau macam tu, jom temankan aku makan kat luar jom! Perut aku ni dah ada bertan-tan anak cacing tau! Tak habis-habis makan maggi! Habis maggi,terus tidur. Kau punya pasal tau !" bebel aku.

"Haha. Ceh! Kau sengaja guna ayat manis untuk ajak aku makan lah ni?! Hampeh betul !"

"Sorrylah tapi perut aku pun nak kena survive jugak! Dah jom! Kita makan kat Pavillion nak? "

" Sure! Hooray !" jerit Ash.

"Bab makan kau laju pulak ye! "

.........

"Dah tiga kali kita round, kau nak makan ape sebenarnya ni?!"
rungut Ash.

"Ermm entahlah. Err.. kita makan dekat Ben's jelah eh? " tanya aku.

"Jom!"

Sebaik sahaja kami duduk, pelayan tetamu pun datang untuk ambil order.

"Just give me 2 salmon teriyaki and 2 iced lemon tea." pesan aku.

Itulah makanan favourite kami kat sini. Aku pandang ke arah luar sambil menunggu makanan siap manakala Ash pula sibuk dengan iphone nye tu. Tiba-tiba, aku ternampak seorang lelaki yag agak familiar bagi ku!

"Alamak! Grimm reaper datang! Mampos aku !" rungut aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience