Bab 5

Romance Series 3454

"Alamak! Grimm reaper datang! Mampos aku! " rungut aku.

Nak terbelah dua punggung aku bila ternampak 'target' salah aku haritu masuk restoran yang sama. Alamak! Time ni pulak lah otak aku nak stop! Macam mana ni?

"Hah? Grimm reaper? Kau ni syiriklah,Montana! Ape jadah grimm reaper nak buat kat dalam restoran,hah?! Merepek je kau ni lah! " bebel Ash.

"Aduuuuh! Penat aku belajar berpuluh tahun tapi kenapa tak pernah nak ada subject 'cara nak larikan diri' hah ?" keluh aku.

"What? Aku tak dengarlah! Kau ni kenapa? Macam nak terberak aje muka kau! Pucat habis! Ke kau dah tercirit ?!" tanya Ash.

Tiba-tiba otak aku berfungsi balik. Ting!??

"Ha'ah lah! Aku dah nak tercirit ni! Aku pergi tandas dulu eh !"

Macam mana lajunya kentut manusia keluar dari dubur, macam tu jugalah lajunya aku berlari pergi tandas. Termengah-mengah aku dibuatnya. Lepas 5 minit menyorok dalam tandas, aku still tak dapat idea macam mana nak escape dari mamat tu! Aku pun intai lah dan nampak dia duduk meja depan kami. Allah!

Perlahan-lahan aku menyelinap pergi kat kerusi depan Ash. Kerusi aku betul-betul belakang kerusi mamat tu! Kerusi aku menghadap Ash manakaka kerusi mamat tu menghadap perempuan depan dia. Kalau aku bergerak ke belakang sikit je, memang berlaga lah belakang badan kami ni!

"Ash cepatlah makan! Letak handphone kau tu !"

"Yelah tapi kalau ye pun janganlah gelojoh sangat, Montana oii! Bukannya makanan tu ada kaki nak lari maraton daripada kau pun !" bebel Ash.

"Memanglah makanan ni tak lari tapi hati aku yang tengah lari pecut sekarang ni !" omelku perlahan.

Habis je si Ash makan, aku pun cepat-cepat ajak dia keluar dari restoran tu.

"Jom, cepatlah Ash !" rungut aku.

"Hish Montana, kau ni kenapa sebenarnya? Ke kau dah tercirit,hah? Tadi kau yang kata lambat sikit pun takpa sebab bosan. " tanya Ash.

"Jap lagi lah aku story kat kau." jawabju ringkas.

Nasib baik mamat tu langsung tak perasan muka aku. Fuhh.

"Eh Montana, aku pergi toilet jap eh. " kata Ash.

"Ah ok. Aku tunggu kat Popular eh."

Puas aku tercegat macam tengah buat mannequin challenge pulak kat depan rak buku yang tingginya mak ai ni. Aku still confuse nak beli novel yang mana sebab tak mampu nak beli 3 sekali gus, maklumlah student life. So aku kena reject satu tapi masalahnya tiga-tiga best!  Itulah dia perangai aku yang semua orang tak boleh tahan.

Lepas aku dah pilih dua, aku pusinglah nak pergi bayar kat kaunter. Tiba-tiba, ada mamat halang jalan aku. Habis terjatuh buku aku. Ni yang aku geram ni!

"Pahal do halang-halang? Pastu bukan nak tolong kutipkan buku aku ni hah! Kalau dah berangan sangat nak jadi JPJ, pergilah buat praktikal kat tempat lain! Dah bosan sangat ke, hah?!" bebel aku tanpa tengok muka dia.

"Yeah! I was right! " kata mamat tu.

"I was right toyol kau !" kataku sambil toleh ke arahnya.

Allah! Mati aku!

"Ha ni lah dia toyol yang u sepak sekuat hati hari tu! Kenapa? Dah tak ingat ke?" sindir mamat tu.

"Allah! Hidup lagi rupanya mamat ni. Aku ingatkan dah 7 kaki ke bawah! Saka apa yang dia pakai ni sampai boleh tau aku kat sini. Liat betul nyawa mamat ni lah! Urghh " omelku perlahan cukup sekadar untuk pendengaranku sahaja.

"I can hear you. Alhamdulillah still alive.Nak buat macam mana kan, dah ajal belum sampai." sindirnya sekali lagi.

"Err...saya pergi dulu lah eh !"  cepat-cepat aku cuba larikan diri.

Namun tangan lelaki tu panjangnya mengalahkan tangan monyet. Sempat dia tarik lenganku perlahan. Memanglah lengan tu tak terasa sakit pun tapi hati aku yang tangah menggelegak macam volcano sekarang ni.

"Woi sedara! Awak pahal pegang-pegang?! Ingat lengan saya ni parking lot ke? Suka-suka nak parking tangan tu! For your infornation, kulit saya allergic lah dengan sentuhan dari unsur-unsur yang haram !" rungutku.

"Unsur yang haram? Awak cakap saya haram? Hello! Saya human macam awak jugak, okay ?!" soal mamat tu.

"Memang haram pun. Haram jadah. Haha " kataku dengan sangat perlahan.

"What did you say? I can't hear you."

"Orang tua-tua kata kalau dah start tak dengar tu maknanya, dah tak lama lah tu. Maaflah tak ada siaran ulangan ye?. " kataku sambil menunjukkan tangan 'peace'.

"Ceh! By the way, you owe me an explanation. Remember? " soalnya dengan nada sarcastic.

"Err..saya tak ingat pape pun. Ohh yelah! Saya kena amnesia 3 hari lepas sebab tu tak boleh ingat. Hehehe " tipuku dengan harapan dia akan biarkan aku pergi.

"Amnesia ye? Pandainya menipu, ish ish ish !"

"Urghh rimaslah dengan awak ni! Yelah, saya explain! Saya ingatkan awak si kerbau pendek tu, so saya just nak revenge kan untuk Ash je. Sape suruh awak yang muncul time tu?! Padan muka !" rungutku.

"Sape kerbau pendek tu?"

"Tak taulah adik ke abang awak, si Harris tu !"

"Ohh... dia tu..."

Tak sempat dia cakap habis, Ash pun muncul.

"Wey, sorrylah lambat.. sakit perut! Jomlah." ajak Ash.

Tiba-tiba, ada seorang perempuan datang tarik lengan mamat depan ni. Girlfriend dia kot. Cantik betul muka perempuan depan ni! Tinggi, langsing and of course pandai bergaya. Muka perempuan tu nampak macam 'minah saleh' tapi fasih betul berbahasa melayu. Ha'ah, baru aku perasan yang mamat depan ni pun ada rupa mat saleh! Tinggi, body memang 'goal', muka baby face, hairstyle pun kemas je.

Eh! Apa benda lah yang aku merepek ni. Sempat pulak aku 'usyar' muka dia.Sekian sahaja sesi puji-memuji ya.

"Abang, jomlah! Dah habis beli dah." minah tu bersuara.

"Oh, okay."

Aku cepat-cepat blah dari situ dan pergi ke kaunter untuk bayar dua buku novel yang aku dah pilih tadi. Baik aku pergi cepat sebelum perempuan ni pula yang mula tanya pasal aku. Habis je bayar, aku dengan Ash pun balik.

...............

"Sapa mamat kat Popular tadi tu, Montana ?" tanya Ash.

Geram betul aku dengan perangai Ash ni. Degil betul! Sumpah kalau aku ada anak nanti, aku takkan letak nama Asyikin Ariana. Daripada dalam kereta tadi, dia tak henti-henti asyik tanya pasal mamat tadi tu.

"Hish kau ni! Degil betul lah !" jawabku.

"Alaa storylah cepat !" gesa Ash.

"Kau ingat kau sorang je ke yang ada bad moment time engagement kau tu? Haha, aku pun kena bad luck aw haritu !" kataku.

"Hah? Serious lah? What happened? Ape kena mengena mamat tu dengan bad luck kau haritu ?" tanya Ash.

"Haha! Dia tu 'target' salah aku sebenarnya." jawabku sambil tertawa mengingatkan hari memalukan tu.

"Hah? Jangan cakap dengan aku yang kau tampar dia?!" soal Ash.

"Taklah... Aku ter tendang private part dia. Hahaha !"

"What?! Are you crazy, Montana?!" jerit Ash

"Haha aku ingatkan dia si kerbau pendek tu, so aku pun acah nak revenge untuk kau lah. Manalah aku tau dia pula yang muncul! Tapi salah dia lah! Sape suruh dia pegang bahu aku?!" bebelku untuk bela diri sendiri.

"Ya allah, Montana! So, kau nak cakap salah dia lah?! Haishh" bebel Ash.

"Hahahaha" gelakku.

"Habis tu tadi dia marah kau ke?"

"Tak lah.. dia tanya aku kenapa aku tendang dia hari tu." jawabku ringkas.

"Kau jawab ape?"

"Aku cakaplah yang dia tu 'target' salah aku. Buat apa nak tipu kan?" jawabku jujur.

"Ish..ish..ish.. mesti dia trauma dengan kau, kan?" kata Ash sambil geleng kepala.

..................

"Who's that girl?"

"I dont know her name actually. I met her at Harris's engagement last week."

"Ohh.. she looks pretty. Is there anything between you and her? Do you like her?"

"Come on! Never judge a book by its cover. Yes, i admit she looks really pretty but you can never imagine what she did to me."

"Huh?"

"You know what? She kicked my private part! Praise to God, i tak mandul haha."

"You must have done something wrong to her, right? "

"Come on, Im a good guy okay! She said i was her wrong target. "

"Target?"

"She wanted to take revenge toward Harris. I mean on behalf of her friend. She thought i was Harris so...yeah. I was her victim."

"How come she thought you were Harris?"

" I saw her handphone on the floor so i wanted to give it to her but tak sempat cakap she already kicked me.

"Haha, oh my god !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience