Bab 6

Romance Series 3454

"Ala mummy janganlah macam ni. Next week Izy datanglah visit mummy lagi,ok?" pujukku.

Izy adalah nama panggilanku di rumah sejak kecil lagi. Setiap minggu aku balik rumah, mesti ada drama 'air mata berlinangan' punya! Biasalah, anak bongsu katakan! Hubungan aku dengan mummy dah macam boyfriend and girlfriend. Melekat je mana pergi.

"Ish you ni! Asyik nak berdrama je tau. Anak kita tu tiap-tiap minggu balik kan? Lagipun i kan ada? You layan jelah i.." kata ayahku.

"Ala layan you nak buat apa? Macam tengah layan dinding je. I puas lah dok bercakap sorang-sorang, lepas tu i balik yang sakit hati. You asyik layan 'milah' and 'kasim' you tu je, bukan kisah pasal i pun!" rungut mummy.

" Haha! Kesian mummy Izy diduakan.. Eh,tak lah! Mummy ditigakan actually!" sindir ku.

Actually, Milah tu laptop manakala Kasim tu fail-fail daddy yang bertimbun macam gunung Kota Kinabalu.Aku dah faham sangat perangai daddy tu. Kalau aku jadi mummy pun, mesti aku dah lama masuk wad bahagia kat Tanjung Rambutan tu. Daddy tu memang workaholic gila!

"Daddy busy lah." daddy membela dirinya.

"Tu lah kitorang suruh daddy bersara, daddy yang tak nak." kata along ku.

" Yup that's right! Daddy ni bila nak bersara ni? Kesian mummy tu." sampuk angah.

" Kamu berdua ni lah! Cepat sikit kahwin! Kalau kamu dah kahwin, nanti daddy bersara lah." jawab daddy.

"Ah sudah!" dengus kedua-dua abangku.

Abang-abangku memang sama seperti daddy. Workaholic! Biasalah, bapa borek anak rintik.  Sampai tak ada masa nak 'usyar ' aweks-aweks kat luar sana. Masuk je tajuk 'nikah' ataupun 'kahwin', memang mereka sanggup tak keluar berak sebulan daripada kena menjawab soalan yang tiada jawapannya itu.

"Haha perangkap diri sendiri! Bye, Izy balik dulu!" ejek ku.

" Ceh! Hampeh punya adik! Bukannya nak back up !" marah along.

Cepat-cepat aku start engine kereta Suzuki Swift ku dan pulang ke rumah sewa ku yang boleh tahan jauh dari situ.

.............

Along ku sudah pun berumur 29 tahun. Sekarang dia memegang jawatan 'naib boss' di syarikat ayah iaitu 'Z&O Empire' .Masih 'single'.

Z&O adalah sempena nama datuk dan nenek ku merangkap parent daddy yang telah pun meninggal dunia iaitu Ziegler and Orlando. Daddy berasal dari darah orang putih dan telah masuk islam ketika umurnya 20 tahun. Kata daddy, dia telah nekad untuk memasuki islam kerana kawan islamnya yang banyak memberi semangat dan mengajar daddy untuk mempercayai agama islam setelah datuk dan nenek meninggal. Sehingga menyebabkan daddy jatuh cinta dengan agama islam.

Angahku pula berumur 28 tahun dan sedang menguruskan hotel-hotel mummy iaitu 'Inspire Company' yang terletak di seluruh negeri. Masih 'single'

'Inspire Company' adalah hasil titik peluh mummy ku sendiri. Berbeza dengan syarikat daddy kerana daddy hanya meneruskan kerjaya orang tuanya. Mummy memang berasal dari Johor,Malaysia dan telah menyambungkan pelajaran di Australia selama 3 tahun. Habis sahaja pelajaran angah, mummy terus menyerahkan syarikat tersebut kepada angah dengan alasan hendak berehat.

..............

Sampai sahaja aku di rumah sewa ku, Ash datang terjah aku.

"Woi Montana, aku ada berita tergempar ni! "

"Apa dia? Pasal si kerbau pendek tu lagi ke? Dia nak kahwin terus ke kali ni?" sengaja aku sindir Ash.

"Choi! Tak baik tau doakan yang buruk-buruk untuk aku! Alhamdulillah sangat...Dia langsung tak muncul-muncul dah lepas yang aku mengamuk tu. " kata Ash.

"Huh apa dia yang tergempar sangat tadi? Otak aku pun dah bergempar-gempar tau dengan kau ni! Tak sempat aku nak letak kepala kejap, kau dah datang terjah." rungutku.

"Hehe" sengihnya. Kemudian sambung semula.

"Kau tau tak.."

"Tak." namun tak sempat dia cakap habis aku dah sampuk.

Balasannya? Macam biasalah. Badan aku yang dah memang macam nak mati ni juga jadi tempat dia berlatih. Dia hempuk badan aku dengan kusyen sekuat hati betul!

"Hah amik kau! Padan muka! Menjawab lagi!"

"Yelah cakap lah tuan besar oii..."

"Kau nak tau tak?! Ada student baru from Canada pindah masuk U kita and dia akan jadi classmate kita!" kata Ash dengan teruja.

"So?" jawabku dengan malas sambil menjulingkan mata ke atas.

"Diorang kata dia handsome gila!"

"Kesian... handsome tapi gila. " omelku perlahan.

"Hah?"

"Tak..aku tanya..Macam mana diorang tau? Kata esok baru masuk." hahaha

"Diorang ternampak masa dia register kat office tadi."

"Ohhh."

"Kau rasa dia handsome tak?" soal Ash.

"Tak. Aku rasa dia tu mesti menyusahkan." jawabku ringkas.

"Kenapa pulak?"

"Entah lah..." jawabku. Sebenarnya aku malas nak layan ahaha.

............

"Ash! Cant you faster?!" jeritku dari dalam kereta.

"Yelah kejap! " jawab Ash sambil kunci pintu pagar.

"Hish kalah kura-kura lah kalau lawan ngan kau!" sindir ku.

"Ehehe..Jomlah, cepat. Aku dah tak sabar nak meet and greet mamat handsome aku dari Canada tu."

"Cehh! Baiklah boss besar!" jawabku.

.............

"Assalamualaikum, semua. Selamat pagi." sapa Prof. Hilmi yang berdiri di bahagian depan bilik kuliah.

"Waalaikumsalam prof. " meriah apabila seluruh warga dalam bilik kuliah tersebut menjawab salam dari prof.

"Sebelum kelas ni bermula, saya ada pengumuman sedikit ya."
kata prof.

"Hah! Ni mesti pasal abe handsome tu! " bisik Ash kepadaku.

"Urghh." rimas betul aku.

"Pengumuman pertama.Mulai hari ini, kelas kamu akan bergabung dengan kelas senior kamu selama 3 atau 4 bulan untuk melengkapkan tugasan yang perlu dibuat secara berkumpulan." kata prof dengan nada yang agak tegas.

"Alamak! Malasnya!" keluh seluruh kelas termasuk aku dan Ash.

Itulah respon yang diberikan oleh seluruh kelas setelah mendapat berita tersebut. Bukan kami tak suka tapi sudah semestinya kelas tersebut akan lebih membebankan. Kenapa? Sebab hampir semua orang tak suka group work! Leceh betul!

"Pengumuman kedua. Hari ini akan ada seorang student baru dari Canada yang akan join kelas awak semua."

Semua orang segera menoleh ke bahagian pintu masuk di sebelah kiri bilik kuliah. Aku seorang sahaja yang tidak ambil peduli. Malas lah nak ambil tahu. Aku terukan saja dengan menulis isi pengumuman tadi di dalam buku nota ku. Tiba-tiba, Ash bersuara.

"What the bapak! Perempuan?!" kata Ash perlahan dengan nada yang sangat hampa.

Dengan segera aku toleh ke arah pintu masuk. Seorang perempuan yang tidak bertudung sedang menapak ke dalam bilik kuliah ini.

"Hahaha kesian.??Abe handsome kau dah jadi sajat!" sindir ku.

"Huhuhu??. Eh! Montana! Cuba kau tengok muka dia! Macam familiar kan?!"

Puas aku tenung muka perempuan tu. Memang nampak familiar betul!

"Sila perkenalkan diri." kata prof Hilmi kepada student baru tersebut.

"Hi, nice to meet you guys. I'm Amanda Ann Ezzeryn. You can call me Ann." sapanya.

"Sedap nama dia. Cantik pulak tu." desis hatiku.

"Thank you. Have a sit." jawab prof.

Kemudian, Ann datang ke arah ku dan bertanya.

"May i sit here?" soalnya kepadaku sambil menunjukkan jari ke arah tempat duduk yang kosong di sebelah ku.

"Sure."

Oh My God! Baru aku perasan yang Ann ni ialah perempuan yang aku jumpa masa kat Popular hari tu!

"Yes, kita pernah jumpa sebelum ni." katanya apabila menyedari bahawa aku asyik tenung muka dia dari tadi.

...........

"Korang tau tak mana-mana rumah sewa yang still kosong area sini?" tanya Ann.

"Ermm tak taulah.. Rumah sebelah kitorang tu baru je ada orang yang menyewa semalam... jawabku.

"Apa kata kau tinggal jelah dengan kitorang?!" Ash menyumbang idea.

"Ha'ah! Rumah tu pun kitorang dua je yang tinggal. Ada satu lagi bilik kosong."

"Serious? Oh! Thank you so much!" ucap Ann.

.............

"Ha masuklah Ann." pelawa aku dan Ash sambil mengangkat beg Ann.

Banyak betul beg yang si Ann ni bawa! Nak pindah terus gamaknya!

"Sorrylah menyusahkan korang. Aku bawa extra barang sebab jauh lah rumah parent aku dari sini. 2 jam setengah baru sampai. Sorry!"

"Ohh, padanlah" desis hatiku.

"No, its okay." jawab aku dan Ash.

"Hah, ni bilik kau." kata Ash.

"Kemas barang kau dulu, lepas tu kita keluar makan nak?" soalku.

Jam dah menunjukkan pukul 8. Dah macam-macam jenis lagu dah perut aku dendangkan dari petang tadi. Lagu melayu dah, lagu cina dah, lagu korea pun dah. Jangan sampai lagu india sudah! Memang kritikal sangat lah tu!

"Okay!" balas Ann.

Setelah Ann siap mengemas barangnya, kami bertiga pun keluar makan di kedai berhampiran saja.

"Sikit nya kau makan Ann?" komen Ash.

"Aku diet sebab badan aku cepat naik kalau makan malam. hehehe." jawab Ann sambil tersengih.

"Oh, padanlah aku tengok kau ni tinggal rangka je. Dah macam skeleton dah! " sampuk aku.

"Hahaha dia kenalah diet so that nampak cantik depan boyfriend dia. Tak macam kita! Melantak lah banyak mana pun, tak gemuk gemuk!" balas Ash.

Lena betul kami tidur pada malam itu. Perut kenyang, hati senang, badan godang! Hahaha.

...........

" Cepatlah! Dah lambat ni! " jeritku dari dalam kereta.

Geram betul lah aku dengan Ash ni. Tiap-tiap pagi je, mesti perut dia bermasalah. Dari dulu lagi dah macam tu.Yang buat aku lagi geram ni sebab si Ann ni langsung tak nampak batang hidung! At least, si Ash dah turun dah. Dah nak kematu bontot aku ni barulah dia muncul, itu pun termengah-mengah.

"Ann, aku tau lah kau beria nak slim tapi tak payah lah bersenam pagi-pagi macam ni! Kejap lagi Prof. Hilmi tu buat senaman mulut baru kau tau!" bebelku apabila nampak dia termengah-mengah.

"Kau marathon ke tadi,Ann? Mengah semacam je aku tengok kau ni! Aku yang tengok pun rasa penat gila!"

"Alaa sorrylah... aku bukan exercise lah. Actually, im having the same problem macam Ash. My stomach memang problem sikit kalau pagi-pagi." jawab Ann.

"Kita geng!" kata Ash sambil membuat 'highfive' dengan Ann.

"Allah! Matilah aku nak menghadap korang dua ni! Aku ingatkan Ash a.k.a si perut gajah ni je yang bermasalah, rupanya Ann a.k.a si skeleton pun bermasalah jugak! Apa je yang ada dalam perut kau tu hah,Ann?" rungut aku.

"Aku memang tak boleh makan malam.. sebab tu jadi macam ni. Aku tipu je pasal diet tu."

"Kesiannn... Padanlah tak ada isi.. Habis semua terkeluar melalui bontot rupanya." komen aku dan Ash sambil geleng kepala.

..........

"Woi! Apa masalah kereta ni?! Buta ke apa?! Sedap-sedap kepala botak atuk dia je nak curi parking aku!" jerit ku dalam kereta.

Sakit betul hati aku dengan pemandu kereta depan ni! Biadab! Dari tadi aku dok tunggu kat situ sebab nak masuk parking tu, tiba-tiba dia pula yang masuk. Hancur mood aku pagi ni lah! Apa lagi? Mamat tu cepat-cepat keluar dari kereta lepas dah parking boek punya. Lepas tu aku nampak dia buka bonnet kereta.

"Woi sedara! Awak ni memang buta ke bodoh,hah?! Dari tadi saya dok tunggu kat sini macam kayu balak! Takkan awak tak nampak,hah?! Ingat kotak parking tu atuk nenek bapak mak unyang awak yang punya ke?!"  maki aku sambil ketuk-ketuk kereta dia.

"Alaa sorrylah! Saya tak sengaja! Saya nak cepat ni! Bye! See you again!" jawab mamat tu sambil ambil barangnya di bonnet. Langsung dia tak toleh ke arah aku.

"Shit! Kau tunggu kalau i see you again! " jeritku.

"Ala Montana, biarkan lah..kita cari jelah parking lain eh? Dah lambat dah ni.." pujuk Ash.

Cepat-cepat aku parking kereta di tempat lain apabila menyedari bahawa kami dah terlambat. Termengah-mengah kami bertiga berlari masuk bilik kuliah. Alhamdulillah prof.Hilmi tak perasan sebab waktu tu dia sedang sibuk menguruskan tempat duduk senior kami di belah kanan bilik tersebut.

"Ok. Sekarang saya akan edarkan kertas kecil kepada kamu semua. Kertas tersebut akan mengandungi nombor kumpulan kamu dan tajuk tugasan kamu,faham?" soal prof.

"Faham, prof!" jawab seluruh homo sapien di dalam kelas dengan serentak.

Prof. Hilmi sedang sibuk mengedarkan kertas kecil yang dimaklumkannya tadi. Sempat aku terdengar suara-suara kecil macam suara hasutan syaitan di meja hadapanku. Aku pun tak tau lah suara manusia mana.

"Aku harap aku satu kumpulan dengan senior hot a.k.a  abe handsome tu!" manusia gedik bersuara.

"Eiww!" desis hati ku.

"Gediknya minah-minah tu!" bisik Ash dan Ann kepada aku yang duduk di tengah. Ternyata bukan aku seorang sahaja yang meluat.

"Satu kumpulan akan ada sepuluh orang. Kita akan ada 4 kumpulan dan 4 tajuk ya. Saya nak kamu semua untuk membuka kertas tersebut sekarang dan berkumpul mengikut nombor kumpulan masing-masing ya. Dilarang sama sekali untuk menukar kertas, faham?" arah prof dengan tegas sekali.

"Faham!"

Kami pun mula mencari kumpulan masing-masing. Haha bagaikan ada jodoh pula! Aku, Ash dan Ann adalah kumpulan kedua. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang pelajar junior dan 3 orang pelajar senior iaitu 5 perempuan dan 3 lelaki.

"Eh mana dua orang lagi?" tanya salah seorang senior kami.

"Ha'ah lah" komen semua ahli kumpulan 2.

Tiba-tiba, ada manusia dari belakang yang bertanya...

"Ni kumpulan dua eh?"

"Yupp." jawab kami serentak sambil menoleh ke belakang.

Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak 2 homo sapien depan aku ni!

"Korang?!" jerit aku sekuat hati.

Namun bukan aku seorang sahaja yang memberi reaksi sebegitu. Ash juga...

"What the atuk nenek! Kau?!" teriak Ash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience