Bab 3

Romance Series 3454

Memang terperanjat beruk aku dengan Ash bila nampak mamat tu yang muncul. Habis ternganga mulut! Rasanya boleh muat berpuluh ekor lalat dalam mulut sekarang ni! Gila tak terperanjat? Mamat tu Harris Ezzery a.k.a. ex- crush si Ash!

" Kamu berdua dah kenal ke? " parents mamat tu pula yang bersuara kali ni.

" Huh! Lebih dari kenal dah! "

Sakit hati aku tengok mamat depan ni asyik tersengih-sengih dari tadi. Aku nampak si Ash pun memang tengah tahan kaki dia daripada sampai kat muka mamat tu. Yelah, tak elok juga kalau sambut tetamu dengan drama ' Kakiku Di Pipimu ' kan?

" Baguslah kalau macam tu! Senang kerja! " kali ni parents Ash yang tak tau cerita sebenar di sebalik 'kenal' ni pula yang bersuara.

" Betul sangat tu ayah! " mamat tak tau malu tu pula yang buka mulut. Sekali buka mulut, memang berbau loji betul! Belum ape-ape dah ada hati nak panggil ayah. Ayah bontot hang!

Ash ape lagi, memang dia lancarkan perang mulut dan perang mata lah! Aku tengok mata dia pun dah berapi dah macam Boboiboy tu.

" Saya minta maaf ye pakcik makcik tapi saya tak nak terima pinangan ni. "

" Hah?! " satu rumah terkejut dengan keputusan mengejut Ash.

Sikit pun aku tak bantah keputusan Ash sebab mamat tu memang  kulit tebal setebal kamus Dewan dan tak layak langsung untuk Ash a.k.a. friend till jannah aku ni!

"Err, ayah mak...Saya rasa saya ada cadangan. " si kulit tebal mula memancing perhatian.

Tak sempat aku kelip mata, si Ash dah menjawab!

" What are you trying to proof here, Harris? Im dying in curiosity to know what is your real plan but SHOOT ! "

Fuyyoo! Serious boleh dapat nightmare tengok Ash macam ni. First time in my life! Eh, no! Ni second time sebab dulu Ash pernah juga jadi macam ni sebab tahap kesabaran dia memang hilang lepas Harris buli dia dulu.

" Saya cadangkan kami bertunang dulu tanpa pergetahuan orang luar. Kalau kami rasa kami serasi, kami nikah selepas Ash habis buat master dia. Tapi kalau kami rasa tak serasi, kami putus tunang dan tak ada siapa yang akan tau.So, tak ada pihak yang akan dapat malu. "

Wuish gila betul idea si Harris ni! Tak sangka langsung! Takkanlah otak dia dah terkeluar lepas kena tampar dengan Ash dulu!

"Tapi ayah rasa ada betul juga kata Harris tu. Give it a try,Ash. Ash pun dah 25 tahun. " ayah Ash pun mula setuju.

Ah sudah! Kesian aku kat Ash bila parents mamat tu dah setuju dengan idea 'minta kaki, minta maki' mamat tu. Aku faham sangat kenapa Ash langsung tak menjawab sekarang ni sebab dia sayang sangat kat ayah dia dari kecil. Dia tak pernah bantah cakap ayah dia.

" Okay,fine. Ash accept. "

Lepas habis sarung cincin, parents mamat tu pun blah sebab mamat ni boleh pula request nak some space to talk with Ash. Tapi aku lah yang jadi orang ketiga sebab Ash langsung tak bagi aku bergerak. Sempat pula dia cengkam baju aku tadi!

" You're crazy! You are totally out of your mind, Harris! "

"Hahaha dont say that because you gonna fall for me! "

"Dont you dare talk to me anymore! "

"Bye, fiancè! "

" Shit! " jerit Ash.

Kesian aku tengok Ash..Dia berlari masuk bilik lepas mamat tu turun tangga tadi, mesti dia nangis tu! Cis, tunggu kau Harris! Nanti aku lumur taik Atan kat muka kau tu!

" Err... " Terkejut aku tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku. Hah, ni mesti si Harris biadab tu! Ape lagi?! Aku pusing 180 darjah dan tendang private part dia sekuat hati! Hah! Ambik kau, jantan!

" Aduhh! "

Tapi kenapa suara mamat ni macam lain je? Sekali dia pandang aku...

"What?! " Alamak, salah orang siot!  Ya Allah, nak aje aku cabut kulit muka aku sekarang buat beg daripada kena menghadap target aku yang tersalah ni! Malunya!

"a..a..awak? Sakit sangat ke? " Aku tau soalan aku memang bangang tahap gaban sebab muka mamat tu dah kerut berjuta dah menahan sakit tapi aku memang dah mati akal kot! Memang padu habis tendangan aku tadi!

" Takdelah! Rasa dia macam menang loteri! One in a million! Happy gila! Nak rasa jugak ke? "

Ceh! Boleh tahan sarcastic juga mamat ni! Tak jadi aku nak minta maaf!

" Hek eleh! Bukan salah saya sorang! Salah awak jugak! Sape suruh pegang bahu saya? Haram tau tak! "

" Ewah,sesedap tapak kaki je awak nak salahkan saya pulak! "

" Whatever! "

"Wow! Tak say sorry terus blah?! Hey! Saya nak bagitau yang handphone awak tercicirlah! "

Aduh! Malunya aku!

"Bak sini! By the way, terima kasih! Bye. "

"Thank you pun macam tak ikhlas! "

"Eh bersyukur jelah! Dah sakit pun sempat membebel macam nenek kebayan! Saya kalau cakap thank you memang macam tu! Lain daripada lain! "

Merah habis muka aku!! MALU! Huh,lantaklah! Baik aku pergi pujuk Ash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience