BAB 4

Drama Completed 328

“Ukhti,” Zawiyah mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi Zafira . Usai Zawiyah bercerita tentang kisahnya, mereka saling berpandangan.

Zafira menghulurkan tangannya, Zawiyah membalas dengan menggenggam erat tangan sahabat yang dicintainya itu.

Perlahan, Zawiyah menarik tubuh Zafira ke dalam pelukannya, sambil berbisik ke telinga Zafira , “Ana tunggu ukhti, di sini,”

Zafira meraup wajahnya, debaran di dadanya masih belum reda. Dia baru sahaja bangkit dari tidurnya, bermimpi tentang sahabat yang amat dirinduinya.

Zafira memandang kedua-dua tapak tangannya, sewaktu di dalam mimpi Zawiyah menggenggam erat tangannya, seakan masih dirasai.

Lama Zafira termenung, memikirkan rasional mimpi yang dialaminya. Tidak pernah seumur hidupnya di dunia dia melihat dan merasai suasana tempat yang begitu memukau mata memandang, tidak pernah terfikir dek akal, dilihat oleh mata dan didengar oleh telinganya.

Sungguh, hatinya berkobar untuk ke sana lagi! Perlahan nafas dihela, Zafira bangkit dari katilnya dan menuju ke bilik air.

Dalam tahajjudnya, doa dipohon sesungguhnya agar dia bisa beroleh pengakhiran yang indah seperti mana sahabatnya di Mesir.

Zafira berjalan menuju ke hospital sambil tergesa-gesa menyarung kot putihnya. Seperti kebiasaan, dirinya perlu menyelesaikan satu tugas besar yang penting. Nyawa anak-anak dan rakyat Syria berada pada tangan Allah.

Namun akan dikerahkan seluruh usahanya untuk menyelamatkan mereka sehingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata kritikan berbaur sinis, salah seorang rakan sebiliknya sewaktu zaman persekolahan tingkatan 3 dahulu apabila satu ceramah kesedaran tentang saudara Islam yang ditindas kerap diadakan dua minggu sekali berturut-berturut.

Hatinya benar-benar meronta-ronta untuk membalas kritikan rakannya itu yang berbunyi, “Alahh, balik-balik ceramah pasal Palestin, Gaza, Syria, bosan tahu tak?? Benda sama je nak ulang!”

Mujur dirinya masih setahun jagung pada ketika itu. Dan pada saat ini, pedih sekali hatinya apabila teringat semula kata-kata rakan sebiliknya itu.

Sungguh, entah bila agaknya rakyat di negara berkenaan akan bangkit dari lena yang terlalu panjang itu.

“Andainya dirimu berada di tempat rakyat dan anak-anak Syria, Gaza atau mana-mana negara yang tertindas itu, atau ahli keluargamu adalah dalam kalangan mereka, mampu lagikah kamu tidur dengan lena sepanjang malam?” Zafira meraup wajahnya. Entah siapa yang akan mendengar monolog dalamannya pada hari itu.

Zafira baru sahaja selesai merawat seorang kanak-kanak Syria yang hancur kakinya akibat terkena bedilan bom Bashar Al-Assad laknatullah apabila satu gegaran kuat dirasai oleh semua warga hospital yang mereka diami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience