Completed
328
Di satu sudut yang lain, di sebuah bangunan di hujung kota di bumi anbiya’ itu, sekumpulan jundullah dilihat sedang berbincang sesama sendiri untuk menghadapi sesi tunjuk perasaan keesokan harinya.
Usai musyawarah, mereka melakukan solat hajat berjemaah untuk memohon kekuatan dan pertolongan Allah agar tunjuk perasaan secara aman pada hari esok, kemenangan berpihak kepada golongan yang benar.
Sungguh, tidak ada siapa yang akan menyangka pengakhiran gadis tinggi lampai kelahiran negeri jelapang padi itu akan berakhir di tali gantung.
Apabila kebenaran di atasi oleh kebatilan, dunia juga sunyi seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Zawiyah tertanya-tanya di manakah hilangnya kemanusiaan di hati pemimpin-pemimpin dunia yang bertanggungjawab.
Zawiyah melangkah keluar dari kandang pesalah sambil diiringi dua orang pegawai polis wanita. Zawiyah dijatuhkan hukuman gantung atas ketidak adilan pihak yang menjatuhkan hukuman atas ‘kesalahannya.’
Mahkamah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman ke atas Penghulu sayap kiri Keamanan Sedunia itu susulan daripada rusuhan yang berlaku hingga menyebabkan beberapa orang pegawai polis mengalami cedera parah dan berlaku kehilangan nyawa dalam kalangan pihak berkuasa.
“Ukhti…” Kedengaran suara serak di corong telefon. Di hadapan Zawiyah , duduk seorang gadis dalam lingkungan 20-an, tinggi lampai, berkulit putih kemerah-merahan, riak wajah yang tenang.
Mereka dipisahkan oleh sebuah cermin kaca. Hanya bisa berhubung melalui talian telefon yang disediakan.
“ Zafira … doakan ana, tak pernah sekali pun dalam hidup ana, akan terlintas untuk sampai ke tahap ni, sesuatu yang tak disangka-sangka. Pasti ada hikmah yang sangat besar Allah mahu tunjukkan pada kita, kan ukhti?”
Zafira tidak dapat mengawal tangisnya. Sayu hatinya melihat tubuh Zawiyah yang cengkung dan matanya yang lebam serta wajahnya yang penuh kesan calar-balar dan entah apa lagi kesakitan dalaman yang dihadapinya.
Melihat wajah Zawiyah yang masih mampu melemparkan senyuman terhadapnya, Insyi maklum bahawa Zawiyah benar-benar seorang daieyah yang meyakini pertemuannya dengan Yang Maha Esa.
Perlahan dia memaksa dirinya menuturkan, “Kita jumpa di syurga ya, Insyi. Kita sambung tebuk hafazan enti di syurga nanti, insyaAllah.”
Senyap. Talian diputuskan. Yang didengari hanyalah hembusan nafasnya sendiri. Zawiyah bangkit dari kerusi sambil berdiri menghadap Zafira di hadapannya.
Perlahan dilekapkan tangannya kepada cermin yang memisahkan mereka. Serentak Zafira melekapkan tangannya di cermin, seakan mereka berpegangan tangan buat kali terakhir, buat selamanya di dunia.
Share this novel