Completed
328
Ribuan para jundullah Persatuan Keamanan Sedunia sedang melaksanakan solat jenazah ghaib untuk dua orang serikandi mereka yang baru sahaja terkorban di medan jihad masing-masing.
Pejabat Urusan mereka sesak dengan kehadiran para ikhwah dan akhwat. Kelihatan para akhwat ada yang berpelukan sesama sendiri dan menangis dengan pemergian dua orang srikandi hebat itu. Hari itu, sekali lagi mereka kehilangan permata yang terlalu berharga.
******
Seorang gadis bertudung warna hijau muda pucuk pisang sedang duduk di atas rumput yang menghijau bersama dengan sahabat-sahabatnya.
Masing-masing sedang tenggelam bersama ayat-ayat cinta daripada Tuhan yang sedang dibaca.
Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara perlahan, “Mesti kak Insyi dengan Kak Zawiyah sedang sambung tebuk hafazan masing-masing di syurga sekarang, kan?”
Izzah mendongak ke langit sambil mengajukan soalan kepada akhwat sehalaqahnya. Serentak mereka berpandangan antara satu sama lain sambil menghadiahkan senyuman.
“InsyaAllah ukhti,” salah seorang daripada mereka membalas. Kolam mata Izzah yang terbentuk sedari tadi tumpah jua akhirnya.
Share this novel