Completed
328
“Kenapa pandang macam tu? Enti tahu tak tu pandangan maut?” Zawiyah mengomel. Zafira tergelak kecil.
Sambil membetulkan duduk, Zafira menyelak halaman seterusnya untuk menebuk si Juliana ayu di hadapannya. Sememangnya dia sengaja mahu mengusik sahabat tersayang yang sentiasa dirindui selamanya itu.
“Ukhti… macam mana enti boleh berada dalam golongan yang sedikit ni?” Zafira menyoal Zawiyah usai habis menebuk hafazannya. Zawiyah yang sedari tadi tersenyum puas, memandang tepat ke arahnya.
Share this novel