Cinta 2

Romance Series 4261

Malam itu, di rumah penghulu karim terang benderang kerana malam itu ada pertandingan silat di antara kampung. Pertandingan itu juga akan melayakkan pemenang mara ke pertandingan peringkat negeri. Ramai belia yang hadir malam itu selain daripada guru guru silat yang terlibat. Aisha agak sibuk didapur milik tok abah dan tokmaminya itu sambil ditemani mira sepupu yang paling rapat dengan aisha. Mereka bagai belangkas. Sukar dipisahkan. Segala pahit manis kehidupan remaja mereka, dikongsi bersama. Digenggam erat segala rahsia antara mereka. Malam itu para peserta akan dijamu dengan nasi berlaukkan masakan kampung dan kuih muih. `kau rasa pasukan tok abah menang tak? "Soal mira memecah kesibukan mereka. ``mestilah boleh"balas aisha. ``kau tengok dalam ramai ramai anak murid tok abah, siapa yang paling handsome? "Senyum kambing terukir dibibir mira. ``oooo.. Ada udang disebalik mee kari ya? Patut la tiap kali diorang berlatih silat, kau mesti nak tengok. Rupanya kau ada admire kt seseorang. "Aisha menggeletek mira. Mengekek mira dibuatnya. Makcik makcik yang ada didapur turut ketawa melihat gelagat dua orang gadis jelita itu bergurau.
Ramai yang akui keterampilan anak muda bernama putih mikael menarik perhatian ramai gadis di kampung parit dan kampung berhampiran. Berpewatakan tegas dalam lembut, budi bahasa yang ditutur lembut tersusun, cukup disegani belia dan dikagumi orang tua. Putih juga bakal dinaikkan menjadi guru silat muda menggantikan tok abah. Pada mulanya lima gelanggang milik penghulu karim ingin diserahkan kepada dato ashraf tapi ashraf menolak kerana dia belum bersedia walaupun semua tahu ilmu persilatan yang dimiliki ashraf cukup hebat.
Kehadiran aisha di gelanggang disambut dengan senyuman dato ashraf dan tok abah. Bagi mereka aisha lah pengubat duka lara mereka dengan kelembutan hati yang dimiliki aisha. Umi menarik aisha agar berada rapat dengannya. ``aisha dah makan? "Soal umi. ``belum umi". Ringkas balasan aisha. ``nanti gastrik pulak.
". Umi mengingatkan aisha. Aisha tersenyuman manis pada uminya. ``jap lagi boleh tak umi?. Nak makan sekali baba". Umi mencuit dagu runcing anak gadisnya itu.
Dari jauh putih memerhati gelagat aisha. Gadis yang telah lama menawan hati dia dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience