Cinta 10

Romance Series 4188

Hari ke hari bulan ke bulan. Rahsia perhubungan mereka masih utuh dan masih terkunci rapat dibibir masing masing. Bertemu jauh dari kenalan dan ahli keluarga. Masih bergerak sendiri jika ingin bertemu.
Maafkan aku mira. Merahsiakan perkara terbesar dalam persahabatan kita. Aku masih mencari kekuatan. Bicara hati aisha tiap kali bertentangan mata dengan mira. Masih seperti biasa kelakuan mereka berdua. Usik mengusik, ketawa riang, merajuk, kesana kesini berdua masih erat terpahat indah dalam persahabatan mereka.
Hari itu haji yusuf mengadakan sedikit majlis makan untuk ahli keluarga terdekat. Juga dijemput pesilat pesilat penghulu karim termasuk putih. Aisha kekok apabila asyik diperhatikan dari jauh oleh putih.Ada kerinduan dihati masing masing. Hanya telefon menjadi perantaraan antara mereka berdua tapi masih mengawal batas perbualan antara mereka. Kekangan masa membataskan perjumpaan mereka. Putih terlalu sibuk dengan pertandingan-pertandingan yang disertai. Bagi putih aisha cukup sempurna dari zahir hinggalah ke budi pekerti. Pertuturannya yang lemah lembut walaupun berperwatakan ceria dan lasak. Kekuatan cinta mereka, kesabaran aisha yang cukup tinggi. Hebat hati minah celup ni. Bisik hati putih. Walaupun sentiasa berjaga jaga, namun ada mata zahir yang memahami gerak tubuh mereka berdua. Mata hati itu terlebih dahulu melalui kehidupan. Mata zahir itu tersenyum restu. Aisha meminggir sebentar tatkala telefon pintarnya berbunyi tanda ada mesej diterima.
(Cantik)
(Trm ksh)
(Besok dpn rumah. 7pgi)
(Ok)
Pagi pagi rumah aisha hanya ada dia seorang. Kerana umi dengan baba akan kebandar. Urusan pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience