Cinta 12

Romance Series 4188

Putih mencari kelibat aisha dari tadi. Mata zahir galak memerhati gelagat putih. Senyuman terukir dibibir.
Mana aisha. Mana aisha. Mana aisha. Hanya itu sahaja bicara hati putih. Debaran kuat bergetar di lubuk hati.
Selesai majlis, semua dijemput menjamu selera. Dalam kekalutan, ada sesosok tubuh berjalan sambil menatang sedulang pencucimanja mt. Orang yang dinanti nantikan oleh putih telah munculkan diri. Putih menoleh tatkala terperasan ramai mata memandang kearah belakangnya. Aisha! Indah sungguh ciptaan maha esa. Semua terkedu melihat kecantikkan aisah hari itu.Warna Kuning diraja yang membalut tubuh aisha menyerlahkan lagi kecantikkannya. Aisha jadi segan lalu menyuruh mira mendahuluinya. ``aikkk.. Malu kucing pulak diaaa. "Bisik mira. Cubitan ketam berapi hinggap dibahu mira. ``aoouuchhh. "Mira terjerit kecil.
Gembira putih bukan kepalang. Senyuman tidak dapat ditahan lagi. Ingin sekali dia menjerit disitu dan memberitahu sekalian yang ada. Lamarannya diterima. Aisha berlagak seperti biasa walaupun hati menahan segala rasa.
Malam itu, mira menelefon aisha. Katanya dia perlu berjumpa segera dengan aisha. Ada berita gembira ingin disampaikan. Sangka aisha, mira mendapat tawaran belajar setempat dengannya.
Aisha memilih untuk bertemu dicafe ayah ngah. Ayah mira.
Aisha ditemani umi dan baba. Mereka mengambil keputusan untuk makan malam dikedai abang babanya itu. ``umi rehat malam ni. Baba belanja makan dekat luar. "Dato asyraf mencuit dagu isterinya, datin rubiah sambil memeluk erat bahu puteri bongsunya, aisah. Aisha senyum manja menyukai tindakan babanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience