Cinta 1

Romance Series 4188

Dengan hanya mengenakan t-shirt sendat warna putih dipadankan dengan jeans lusuh jenis skinny, aisha mencapai kunci moto lalu bergegas keluar. Gadis tinggi lampai persis model berkulit putih kemerahan itu memecut laju moto cross milik along.
Dari jauh kedengaran ngauman ekzos moto cross laju menuju ke arah kedai braders cafe. ``gaya bunyi macam aisha je yg bawak, ayah''laung khairil dari belakang cafe.
``haii, mimpi apa sepupu awak tu bawak moto cross along? ''Soal haji yusuf yang lebih mesra disapa pakngah oleh pelanggan dan kenalan rapatnya. ``ayah ni macam tak kenal aisha tu. Semua disambarnya kalau dah lambat"khairil mengingatkan ayahnya tentang kelasakan gadis bernama zalikha aisha dato ashraf itu. Seluruh kaum kerabat mereka cukup mengenali aisha gadis serba boleh dan amat merendah diri walaupun dia dari keluarga berada.
Aisha tiba, lalu memakir moto di hadapan cafe bapa saudaranya itu memerangkap abang kepada babanya.
``ayah ngah jangan ketawakan aisha ya"aisha bersuara sebaik sahaja nampak muka ayah ngah menjengah dari dalam cafe. ``ishhh..ayah ngah tak cakap apa apa pun"balas haji yusuf sambil mengekek ketawa dengan gelagat anak saudaranya itu.dia cukup menyayangi aisha kerana dia lah yang memelihara seumur aisha dua bulan lagi kerana ketika itu adiknya dato ashraf terpaksa berada di luar negara atas sebab tuntutan kerja. Begitu juga umi aisha. Kedua duanya berada diluar negara. Setahun selepas itu baru aisha dan abangnya, along dibawa bersama. ``ayah ngah berangan ya? "suara lembut aisha menerbangkan kenangan itu.

Share this novel

Nurin Nisa'
2021-03-05 17:47:07 

bile nak sambung ??

Nurin Nisa'
2021-03-05 17:46:47 

best cerita dyee..5 star >_<


NovelPlus Premium

The best ads free experience