Cinta 15

Romance Series 4188

Sedang aisha leka melayan kesedapan tomyam air tangan ayah ngahnya itu, aisha terkejut dengan sergahan mira. ``jom teman aku beli barang dekat bandar. Segan pulak aku nak berdua duan dengan abang putih. "Ajak mira. Aisha teguk air laju. Mencari alasan untuk mengelak. ``tak boleh kali ni mira. Aku minta maaf. Aku ada hal sikit nak settle. "Aisha memberi alasan. Sememangnya dia perlu membuat persiapan keberangkatannya ke jepun nanti. Mereka menoleh serentak apabila terdengar bunyi deruman enjin kereta mitsubishi milik putih. Aisha terkaku. Bergetar seluruh jiwa. Bagaimana aku harus mengelak dari terus terserempak dengan putih sebelum aku berangkat. Otak aisha ligat mencari cara. aisha angkat punggung lalu berlalu pergi meninggalkan mira dan putih kebinggungan. ``kenapa dengan aisha, ayah? "Soal mira pada haji yusuf tatkala melihat kelibat haji yusuf menuju ke arah mereka berdua. ``aisha nak ke Jepun hujung minggu ni. Ada banyak kerja dia nak buat lah tu. "Jawab haji yusuf. ``apa?? Kenapa mira tak tahu?? "Mira terasa hati dengan aisha. ``dia tak nak ganggu mira. "Ringkas haji yusuf menjawab. Putih kedu. Jauhnya aisha nak bawa diri.
Mira tak banyak bicara petang itu ketika bersama putih. Hatinya masih terasa dengan aisha yang menyembunyikan akan ke Jepun. ``mungkin aisha tak nak ganggu mira"putih cuba menenangkan mira. ``aisha tak pernah menyusahkan saya. Saya sikit pun tak anggap apa apa tentang aisha menyusahkan saya. "Jawab mira sebak. Bukan pasal itu sahaja sebenarnya yang mengusik hati mira tapi mira merasakan aisha ada yang dirahsiakan dari pengetahuan dirinya. Tiap kali di ajak bertiga dengan putih, aisha seakan cuba mengelak. Putih juga seperti resah tiap kali mereka bertiga bertembung.

Share this novel

Nurin Nisa'
2021-03-05 17:46:13 

bile nak sambung ???


NovelPlus Premium

The best ads free experience