BAB 1

Romance Completed 42765

"Aku suruh kau pergi sambung belajar, balik jumpa aku setiap tahun, Qayyum. Bukannya balik terus macam ni. Sekarang siapa nak sembang dengan aku? Kau pun takda dekat sini. Aku sunyi. Kau apa khabar? Aku.. dah tunaikan janji aku untuk jadi orang baik." Baru nisan yang masih terletak elok disentuh perlahan.

Pusara lama itu dipandang dengan penuh rasa sayu. Siapa boleh menyangka? Pertemuan mereka beberapa tahun lepas adalah kali yang terakhir? Yang pulang bukan Qayyum tetapi jasad yang sudah tidak bernyawa. Lelaki itu sudah ditembak mati sewaktu pusat pengajian nya di Perth diserang oleh terrorist. Khabar hiba yang buatkan seluruh isi keluarga Qayyum berduka selama bertahun-tahun. Dan juga, pemergian yang merubah dia menjadi dirinya sekarang.

Cermin mata besar itu ditolak dengan hujung jari. Qahar hanya tersenyum memandang pusara sahabat baiknya itu. Qayyum. Kuburan yang sentiasa berbau wangi setiap kali dia datang ziarah. Entah apa amalannya selama ini sehingga begitu indah Allah menyusun segalanya tentang dia. Seawal jam tujuh pagi, dia sudah terpacak dihadapan kuburan. Ini kalau orang tengok mesti dah cakap yang dia gila.

Ah, biarkan. Dia tidak kisah.

Ada rindu yang harus dia lepaskan. Rindu pada sahabat baiknya, Qayyum. Sudah lima tahun semenjak pemergian lelaki itu. Dalam tempoh itu, macam-macam yang dah berubah. Ahli keluarga Qayyum juga menjadi rapat dengannya sekarang. Malah, adiknya juga sudah tumbuh dewasa dengan sihat. Yang tinggal hanyalah sisa kenangan bersama.

"Aku dah tunaikan janji aku. Pasal jadi orang baik tu. Kau ingat? Now, this is me. Kau tahu, aku tak dapat nak tunaikan janji kedua aku dengan kau. Ferlina. Aku tak tahu dia dimana atau apa dia dah buat. Aku tak boleh teruskan janji tu sebab aku bukan siapa-siapa dengan dia. Aku harap kau faham," ujar Qahar.

Ya. Ferlina. Gadis itu, kekasih Qayyum. Entah dimana dia sekarang. Kali terakhir dia melihat gadis itu sewaktu dia memberikan sapu tangan kepadanya. Selepas kejadian itu, dia hanya meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa sebarang rungutan. Sekarang juga, dia tidak mengenali siapa gadis itu. Wajahnya saja dia sudah lupa. Hanya saja gambar yang diberikan Qayyum masih di dalam simpanan nya.

"Aku dah teruskan jadi orang baik macam kau nak. Cuma sekarang, aku mungkin tak dapat datang sini. Aku baru dapat kerja baru. Kau tahu kan? Aku ni selalu main-main? Mana nak bertahan dengan satu kerja. Nanti ada waktu lapang, aku datang lagi. Ok?" Sambung Qahar lagi.

Yaasin dibacakan dengan perlahan-lahan. Usai membaca, Qahar bangun perlahan sebelum berjalan ke arah luar. Sebaik saja kakinya melangkah luar pagar, ada seseorang yang sedang menunggu disana. Dia hanya tersenyum sebelum berjalan ke arah gadis itu.

"Mastura buat apa dekat sini?" Sapa Qahar.

Gadis itu hanya tersenyum. Dia berjalan ke arahnya sebelum bersandar pada kereta.

"Saja. Rindu abang Qayyum. Abang Qahar buat apa dekat sini?" Soalnya.

"Well I miss him too." Jawabnya dengan senyuman.

Mastura. Adik perempuan Qayyum yang umurnya jauh lebih muda daripada mereka. Setahunya sekarang umur gadis itu baru saja mencapai angka dua puluh. Masih budak-budak yang perlukan bimbingan. Cuma saja dia sudah berubah dewasa sepenuhnya.

"Abang Qahar selalu datang hari jumaat ya? Mas selalu nampak abang. Mama ada tanya, bila abang nak singgah rumah lagi?" Soalnya.

"Nantilah, bila-bila free. Abang sibuk kerja sekarang. Mas buat apa je sekarang?" Soalnya sambil membuka pintu kereta.

Enjin Volkswagen Jetta berwarna ungu itu dihidupkan. Dia menutup kembali pintu kereta sebelum bergerak ke arah gadis itu. Mastura memakai baju kurung harini. Baru nampak macam orang melayu walaupun terkadang pakaian nya agak menjolok mata. Dia tidak kisah sebab memang semua ahli keluarga Qayyum begitu. Dari dulu sampai sekarang, sama je. Cuma mungkin masih berduka selepas kehilangan lelaki itu.

"Belajar. Eh lupa nak bagitahu. Besok ada birthday party mama. Abang Qahar datang eh?" Ajaknya dengan teruja.

"Insha Allah. Tak berani janji. Sebab kadang sibuk jugak!" Dalih Qahar dengan pantas.

Mastura mengeluh. Sudah faham kalau dengan perangai Qahar. Lelaki itu selalu mengelak darinya. Walaupun sekarang, perubahan nya agak berbeza tetapi dia masih orang yang sama. Lelaki yang sama pernah mendapat tempat dalam hatinya. Jujur dia katakan, dia sukakan Qahar tetapi lelaki itu sering jual mahal.

Apa dia boleh buat? Selagi Qahar belum berpunya, dia harus mencuba. Siapa tahu impiannya hendak menjadi kekasihnya akan tercapai?

"Janganlah buat muka macam tu. Nanti bila-bila abang tak sibuk, abang pergi. Insha Allah. Mama dengan papa apa khabar?" Soalnya.

"Sihat. Macam biasalah diorang. Cuma mama tu, kadang termenung sana. Termenung sini, lepastu menangis. Kadang Mas pun tak tahu nak buat apa. Abang kena tolong kami. Cari kekasih lama arwah abang. Papa nak jumpa dia."

"For what?"

"Untuk soal dia. Sama ada dia terlibat dalam pembunuhan arwah abang dekat sana atau pun tidak."

Qahar ketawa perlahan. Daripada jenazah arwah Qayyum pulang, itu saja yang mereka katakan. Apa yang gadis biasa-biasa seperti Ferlina mampu lakukan? Membunuh Qayyum? Tidak mungkin. Sudah terang dia terbunuh diluar negara dan bukannya sini. Kebenaran apa lagi yang Datuk Uwais mahukan?

"Kan abang dah cakap? Benda dah jadi, bukan salah kekasih dia. Dah terang arwah dekat sana. Mana mungkin perempuan tu upah orang? Dia mana ada duit!" Qahar bernada santai.

"Abang selalu back up perempuan tu. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahulah. Perempuan tu je yang tahu semuanya pasal abang. Jadi mesti dia subahat!" Nada sinis Mastura kedengaran.

"Jangan menuduh tanpa usul periksa. Dengan kebolehan yang papa ada, tak mustahil dia akan tahu kan? Terrorist ni dia muncul tak ikut time. Bila-bila je boleh berlaku dekat negara barat tu. Arwah Qayyum pulak orang Islam, tak mustahil dia jadi mangsa disebabkan dia beragama Islam. Sudahlah cari perempuan tu, buang masa."

"Kenapa abang selalu bela dia? Abang pun sama macam arwah abang! Selalu sangat back up perempuan tu! Entah apa yang baiknya dia, Mas pun tak tahu! Perempuan tu cuma nak duit dia je! Kenapa abang Qahar tak nampak semua tu?"

"Sebab aku percayakan arwah Qayyum. Aku yakin dia takkan cintakan perempuan yang sia-sia even sampai akhir hayat dia. Dia perempuan baik. Cakap dengan papa, hentikan. Sebelum abang sendiri cakap dengan dia."

"Jangan back up dia! Mas tak suka! Sebab dia, Mas pernah kena marah dengan abang sendiri tau! Perempuan tu dah gunakan abang Qayyum untuk kepentingan dia!"

Berombak dada Mastura yang sudah mula naik angin. Dia tidak boleh bersabar lagi. Kenapa dengan semua orang? Apa yang susah sangat hendak percaya padanya? Dan Qahar, lelaki itu sering saja memastikan tiada yang boleh menganggu Ferlina!

"Macam nilah, Mas. Abang bukannya nak back up dia atau apa. Tapi dengan cara macam sekarang, tak boleh buat macam tu. Perempuan tu, dia pun manusia jugak. Ada hati, ada perasaan dan paling penting dia cintakan arwah Qayyum tanpa harapkan apa-apa. Tentang apa yang arwah bagi pada dia, kita anggap yang tu semua hadiah arwah sendiri bagi pada dia. Janganlah Mas marah-marah depan kubur macam ni. Tak elok." Tenang saja Qahar menegur.

Boleh tahan sikap gadis itu sekarang. Kalau dulu Mastura seorang yang sangat baik dan lemah lembut. Sekarang? Garang semacam. Nak marah-marah je dia tahu. Dah macam papa dia, Datuk Uwais tu. Tak faham betul dia. Apa yang susah sangat nak buang dendam lama tu? Bukannya Ferlina tu buat salah ke apa.

"Susah cakap dengan abang. Abang tak ada dekat tempat kami, bolehlah cakap macam tu. Lepas arwah abang takda, semuanya berubah. Mama, papa, semuanya. Abang tahu apa?"

"Berdoalah. Mohon pada Allah supaya diberikan pentunjuk. Insha Allah, Mas akan dapat jawapan tu."

"Abang Qahar jangan nak acah baiklah. Abang lebih jahil dulu."

"Sekurang-kurangnya abang ada niat nak berubah dan abang ada sebab abang sendiri."

Qahar hanya tersenyum manis. Dia memandang ke arah Mastura. Gadis yang memiliki wajah seiras arwah Qayyum. Ya. Sangat sama. Seperti kembar yang terpisah. Dia tahu, kehilangan seorang ahli keluarga itu sangat menyakitkan tapi macam mana pulak kalau diri sendiri yang tidak mahu menerima semua itu?

"Abang faham, sakitnya kehilangan tu. Tapi jangan sampai kita hukum orang lain disebabkan rasa sakit kita. Tak adil." Pesan Qahar sambil tersenyum.

"Jangan cakap pasal tak adil. Masa arwah abang Qayyum bercinta dengan perempuan tu, ada dia fikir perasaan kami? Perasaan mama? Perasaan papa? Takda. Dia cuma pentingkan perempuan tu je!"

"Tapi arwah anak yang baik. Rasanya semua kehendak yang mama nak, dia turut je. Termasuk tinggalkan kekasih dia."

"Itu tak cukuplah kalau nak dibandingkan dengan apa kami rasa. Malu tau tak kalau dapat kakak ipar macam dia. Entah apa yang perempuan tu dah buat dekat arwah abang. Papa dah cukup tanggung malu bila abang bawak perempuan dari keluarga biasa-biasa tu datang rumah."

"Tapi dia perempuan baik. Solehah dan dia tutup aurat dengan baik. Insha Allah dia ok. Cakap dekat papa, jangan buang masa pada benda yang tak penting."

"Apa yang buatkan abang rasa tak penting?! Apa yang abang Qahar dah janji dengan arwah abang Mas sampaikan setiap kali Mas cakap pasal perempuan tu, abang nak back up dia?!"

Qahar masih dengan senyuman. Terkadang, dia sendiri tidak faham. Apa sebenarnya di dalam fikiran Qahar. Ada ketika, dia menjadi serius dan menakutkan. Ada kalanya, dia menjadi seseorang yang asing. Dan sekarang dia menjadi orang yang selalu saja tenang dalam apa jua situasi. Hairan. Ke mana Qahar yang dulu?

"Abang dengar Mas dah nak kahwin?" Qahar mengubah topik perbualan mereka.

"Itu semua papa. Dia cuma tahu suruh Mas kahwin dengan anak kawan dia. Katanya nanti hidup senang." Jawab Mastura sambil berpeluk tubuh.

"Oklah tu. Jodoh orang tua atur ni, kadang baik. Cuma bergantung pada kita macam mana kita nak handle benda tu."

"Abang Qahar nak suruh Mas kahwin?"

"Itu keputusan Mas, abang tak tahu."

"I don't even like him."

"But at least, you can try to love him."

"No. Never!"

Lelaki itu ketawa perlahan. Entah apa yang lucu. Tidak mungkin dia menerima pilihan papa. Untuk apa dia menurut apa saja yang papa mahukan? Dia masih muda dan dia juga berhak memilih. Semua itu adalah pilihan dirinya sendiri. Dengan siapa dia mahu bersama atau siapa yang dia pilih, pastinya papanya akan membantah habis-habisan.

"Abang Qahar pulak? Dah ada girlfriend?" Tanya Mastura, serius.

"Belum. Masih single. Tengah mencari tapi hold dulu. Malas fikir." Santai saja Qahar menjawab.

"Kenapa? Abang ada rupa. Mesti ramai perempuan suka." Ujar Mastura.

Qahar ketawa lagi.

"Ini? Ini yang Mas cakap ada rupa? Mata Mas ada problem kot?" Ujar Qahar sambil menunjuk ke arah diri sendiri.

Ya. Diakui, Qahar sekarang bukan lagi Qahar yang dulu. Memakai kaca mata besar, rambut sikat tepi, t-shirt lengan panjang bercorak beruang, memang tidak sesuai dengannya. Dia sukakan Qahar yang dahulu bukan sekarang.

"Kalau dengan cara sekarang, ada perempuan sukakan abang, abang terima Insha Allah." Luah Qahar.

"Tapi Mas dah lama suka abang. Kenapa abang tak boleh suka Mas?" Tanya Mastura.

"Sebab Mas belum pasti dengan perasaan sendiri. Suka tu, sesiapa ja boleh cakap. Abang pun boleh cakap. Cuma sekarang, Mas kena tengok diri sendiri. Mas pasti Mas sukakan abang?"

"Abang kalau nak reject Mas, cakap. Tak payah nak berdalih macam sekarang."

"Abang cuma anggap Mas macam seorang adik. Tak lebih daripada tu."

Suasana jadi sepi seketika. Qahar hanya berjalan ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka luas sebelum dia memandang pada Mastura.

"Jangan terlalu berdendam dengan orang tak berdosa. Nanti makan diri. Orang yang kita sangka jahat tu, sebenarnya baik. Berhenti salahkan Ferlina." Pesan Qahar lagi.

Mastura mendengus kasar. Geram dengan sikap lelaki tu.

"Suka hati abanglah. Mas nak masuk tengok kubur abang dulu." Mastura terus berjalan pergi.

Dia hanya tersenyum sebelum berlalu pergi. Qahar melangkah masuk ke dalam kereta. Volkswagen Jetta yang sudah tua dan terkadang rosak merata-rata. Itulah satu-satunya harta yang dia ada. Tidak menunggu lama dia memandu dengan perlahan. Masih awal lagi. Lebih baik dia singgah untuk membeli nasi lemak dahulu. Boleh makan dekat bengkel nanti.

Telefon di atas dashboard berbunyi. Laju saja dia mencapai sebelum diangkat.

"Hello bos!" Sapanya.

"Hello, Qahar. Kau dekat mana? Harini aku lambat sikit. Kau dekat luar atau dah sampai?" Soal suara di dalam talian.

"On the way cari nasi lemak, bos!"

"Bagus, beli dekat aku dengan budak-budak sekali."

"Duit saya lagi ke bos? Ini kalau hari-hari boleh muflis saya bos!"

"Muflis apanya? Aku bayar kau! Banyak songeh pulak!"

Talian dimatikan. Qahar garu kepala. Memang begitulah kebiasaan kehidupan sekarang. Dia hanya menghela nafas sebelum meneruskan pemanduan. Signal kiri diberikan sebelum dia membelok ke arah satu kawasan perumahan. Di situlah dia membeli nasi lemak hari-hari. Sedap dan murah. Bukan kedekut tapi kena berjimat!

Otaknya masih ligat berfikir. Besok, majlis harini Datin Naemah. Patutkah dia pergi? Atau sebaik saja dia duduk saja dirumah? Fikirnya.

Gedegang!

Ah, sudah! Dia langgar kucing ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience