PROLOG

Romance Completed 42765

Qayyum memandang sahabat baiknya dengan penuh rasa sayu. Berat hatinya nak meninggalkan Malaysia. Lebih berat dengan segala bebanan yang dia simpan selama ini. Sebuah keluhan berat dilepaskan sebaik saja dia melihat beberapa anak kecil yang sedang berlari di airport itu. Matanya memandang ke arah hadapan. Lelaki yang masih khusyuk dengan permainan video. Wajah yang tegang, seperti sengaja mengawal diri dari rasa amarah.

"Qahar, kau marah aku ke?" Tanyanya.

Lelaki itu diam. Jemarinya masih ligat menelan skrin telefon.

"Qahar. Aku tanya kau ni. Kau.. marah aku ke?" Tanyanya sekali lagi.

Lelaki bernama Qahar mendongak. Pandangan redup itu menerpa bebola mata Qayyum. Senyumannya tampak tawar. Sesekali dia menggeleng perlahan sebelum kembali bersuara.

"Kau dah nekad nak pergi?" Soalnya.

Qayyum angguk kepala dengan pantas. Ya. Dia sudah mengambil keputusan dengan tekad yang kuat. Pemergian nya kalini adalah untuk membuktikan kepada seseorang. Seseorang yang ingin dia lupakan.

"Jujur dengan aku, Qayyum. Kau pergi sana sebab sambung belajar atau kau nak lari daripada kekasih kau?" Tebak Qahar, serius.

"Maksud kau, Ferlina?"

"I don't care what's her name. Tell me."

Qayyum mengeluh. Dia bersandar pada kerusi. Tiket kapal terbang ditangan dipusingkan berkali-kali. Mukanya diraup perlahan. Apa sebenarnya alasan yang dia ada? Belajar? Nah, itu cliché. Sejujurnya apa Yang Qahar katakan, benar. Dia mahu lari daripada gadis itu.

"Keluarga kami tak setuju kalau aku teruskan hubungan ni. Jadi, untuk buat dia lupakan aku.. aku tinggalkan dia. Lagipun kalau aku teruskan jugak, Ferlina akan jadi mangsa. Kau pun tahu, family aku macam mana kan?" Ujarnya dengan muka ketat.

Seperti cinta antara dua darjat. Kedua orang tuanya tidak pernah setuju dengan apa dia lakukan. Tambahan lagi hubungan istimewa dia dengan Ferlina memang mendapat tentangan hebat. Untuk apa dia pertahankan? Cinta? Tidak. Itu hanya menjadikan gadis itu mangsa kepada amarah keluarganya. Jadi, lebih baik dia buat keputusan begini.

"Aku faham yang family kau memang ada problem sikit dengan girlfriend kau tu. Tapi macam tak logik je? Kau pun kenal siapa girlfriend kau tu. Takkan kau nak jadikan perempuan sembarangan sebagai isteri kan?" Qahar cuba membela keadaan.

"Itulah. Kau pun tahu, Qahar. Family aku nak aku kahwin dengan Suzy tu." Luah Qayyum dengan perlahan.

"Suzy? Anak kawan papa kau tu? Gila. Budak tu baru sembilan belas tahun kot? Apa kena dengan orang dalam rumah kau? Tersampuk jin?" Suara Qahar kedengaran tak puas hati.

Qayyum mengeluh lagi. Bahunya Di jongket perlahan. Dia pun tidak faham dengan mereka. Salahkah kalau mahu bersama dengan gadis yang berasal dari keluarga biasa-biasa?

"Habistu kau? Kau sanggup lukakan perasaan dia? Kau dah bagitau dia yang kau nak pergi Perth harini?"

"Dah."

"Then where is she? Aku tak nampak pun? Family kau pun takda?"

"Aku dah mintak putus dengan dia minggu lepas. Sebab tu dia tak datang, maybe marahkan aku. Family aku sibuk semua, itu aku sorang je. Nasib baik ada kau, Qahar."

Qahar geleng kepala. Macam tak percaya dengan apa dia dengar. Ada ke ahli keluarga yang tak datang until hantar keluarga sendiri yang nak terbang jauh? Ada, kalau tak berkemampuan. Ini lebih daripada mampu kot? Budak ni anak Datuk! Ferlina? Gadis itu tiada, mungkin masih marah atau kecewa? Entah. Dia tidak kenal siapa gadis itu. Melihat wajahnya saja tidak pernah.

"Kenapa kau putus dengan dia?" Tanya Qahar.

"Sebab keadaan tak menyebelahi kami. Aku tak nak dia jadi mangsa so aku putuskan semua ni. Dia marah tapi lepastu dia merayu tanya aku kenapa aku buat dia macam tu. Kau tahu apa aku cakap? Aku dah berubah hati and aku ada someone else. Kau rasa? Aku rasa aku teruk doh time tu!" Qayyum pekup mukanya.

"Dahsyat jugak eh kau? Pandai cipta alasan dalam waktu yang singkat!"

"Kalau nak tambahkan sakit hati aku, kau jangan ada sini."

"Kau nak suruh aku balik?"

"Noooo.."

Mereka berdua diam seketika. Beberapa pengumuman kedengaran. Perlepasan dibeberapa buah negeri dan negara. Qahar hanya diam. Tidak tahu apa patut dia lakukan.

"Aku sayang dia, Qahar. Aku sayang dia. Tapi keadaan sekarang tak boleh buat aku bersama dengan dia. Kalau aku teruskan, papa dah ugut nak mansuhkan nama Ferlina daripada seluruh universiti dekat Malaysia ni. Kau rasa? Tak meroyan aku?" Luah Qayyum dengan nada kesal.

"Faham. Kau pernah cakap dengan aku yang girlfriend kau tu nak jadi nurse." Jawab Qahar dengan laju.

"Bukan nurse, dia nak bukak farmasi. Jadi doktor dekat situ." Qayyum betulkan semula kenyataan kawan baiknya.

Qahar garu kepala. Salah ke? Macam sama je?

"Oh tak sama eh? Aku ingat sama je. Dah elok nanti dia kerja bagus, papa kau pulak tak nak. Tak faham aku," ujar Qahar sambil membelek telefon.

"Kau tu, apa cerita? Asyik cakap pasal aku je. Kau masih marah dengan abi kau?" Soal Qayyum.

Wajah Qahar bertukar tegang. Dia hanya diam dan tidak menjawab. Sudah paham kalau reaksi sebegitu yang keluar. Pastinya dia tahu, Qahar masih marahkan lelaki tua itu.

"Kau kena tahu, dia kan bapa kau? Tak baik tau marah orang tua lama-lama?" Pesan Qayyum.

"Habis apa dia buat dekat umi aku, baik? Kalau baik mana umi aku? Kenapa sekarang dekat dalam kubur?" Kasar Qahar menjawab.

Qayyum diam sejenak. Risau. Takut nak menjawab sebenarnya. Qahar kalau marah memang menakutkan.

"Kau kena tahu, Qahar. Semua orang buat silap. Dan kau pun tahu semua tu. Jangan hukum abi kau. Kesian aku tengok dia." Ujar Qayyum.

"Lepas apa dia buat, aku dengan umi aku macam pengemis! Dia? Dengan tenang lari daripada tanggungjawab. Sampai umi aku dah meninggal? Apa aku dapat dari dia? Maaf. Maaf. Maaf. Aku dah bosan dengar semua tu. Kau jangan nak nasihat kan aku. Kau tak duduk dekat tempat aku, Qayyum. Kau.. tak ada hak nak cakap macam tu." Tegas Qahar dengan muka tegang.

"Aku faham. Sorry okay?" Qayyum tepuk bahu lelaki itu dengan perlahan.

Kalau dia hanya kisah cinta, tapi Qahar? Kisahnya lebih menyayat hati. Siapa yang boleh bertahan kalau berada ditempatnya? Dia pun tak boleh. Kuat betul Qahar, mampu bertahan sehingga sekarang.

"Lepas aku pergi, tolong jaga Ferlina, Qahar. Kau je orang yang aku percaya." Pinta Qayyum dengan nada sayu.

"Aku tak nak. Aku tak kenal pun dia siapa dan macam mana rupa dia. Aku tak nak!" Dalih Qahar dengan pantas.

Qayyum ketawa. Dia mengambil sesuatu dari dalam beg gelas. Sekeping gambar dikeluarkan dari sebelum bertukar tangan. Kedua lelaki itu menatap gambar yang sama. Gambar seorang gadis yang sedang tersenyum.

"Ini, Ferlina. Tolong jaga dia? Kalau jadi apa-apa dekat aku, sekurang-kurangnya aku tahu dia selamat dalam jagaan kau." Ujar Qayyum dengan senyuman.

"Not bad,huh? Taste kau boleh tahan kan? Macam minah salleh gitu dia. Tapi dia pakai tudung. Ok. Aku simpan! Aku buat demi kau je, itu pun kalau aku rasa perlu lah." Balas Qahar sebelum menyimpan gambar itu ke dalam poket jaket yang dia pakai.

Ferlina? Kenapa pulak dia bersetuju? Ah, lantaklah. Asal saja boleh buatkan Qayyum tersenyum dengan tenang, dia sanggup. Kerana Qayyum adalah satu-satunya kawan yang dia ada. Seseorang yang tahu segalanya tentang dia.

"Tinggalkan dunia gelap tu semua, Qahar. Aku tak nak kau terus hanyut dalam dosa. Aku tahu kau orang baik. Tolong tinggalkan semua tu, demi aku? Siapa tahu, mungkin ni kali terakhir kita dapat jumpa." Suara lembut Qayyum seakan menangis.

Qahar terdiam. Permintaan yang agak mustahil. Lengan kiri yang ditutupi jaket disentuh perlahan. Dia hanya mengetap gigi. Permintaan itu seakan mustahil. Mana mungkin dia boleh lari?

"Aku nak kau jadi orang baik. Cukup jadi diri sendiri. Bukannya jadi macam sekarang. Itu je aku mintak, Qahar." Pinta Qayyum lagi sambil memandang lelaki itu.

"Insha Allah. Aku tak berani janji. Kau pun tahu, aku macam mana kan?" Jawab Qahar dengan nada tegang.

"Sebab aku kenal, aku mintak benda ni dekat kau. Qahar, kau boleh marah pada orang lain tapi bukan pada diri kau sendiri. Jangan seksa diri kau. Kau pun manusia, Qahar. Kau boleh dapat apa kau nak dengan usaha dan kepandaian yang kau ada. Kau pun tahu benda tu. So, please. Tinggalkan dunia gelap tu."

"Tengoklah macam mana."

"Kau nak tunggu aku mati dulu baru nak tinggalkan semua tu? Qahar.."

"Ajal bukan ditangan kau, Qayyum. Ajal tu semua kuasa Allah. Kau jangan lupa. Orang macam aku pun masih merangkak memohon taubat!"

"Aku pasti kau boleh. Qahar. Kau kawan baik aku tau? Selamanya macam tu."

Lelaki itu ketawa perlahan. Lesung pipit dikedua pipinya nampak manis. Qayyum hanya tersenyum sebelum memandang ke arah cermin kaca besar itu. Rasa sayu yang menerpa diri. Kenapa dengan dia?

"Aku tahu benda tu. Kau jangan nak buat drama pulak dekat sini. Kau kena balik setiap tahun untuk jumpa aku tau? Jangan mengelak pulak!" Qahar sudah memberi arahan.

Qayyum ketawa.

"Insha Allah aku cuba. Kalau kau tak dapat jasad aku, kau pun dapat berita aku je."

"Tak best doh, kau buat loyar buruk."

"Ingat aku macam kau? Suka main-main? Dahlah, aku nak kena gerak dulu."

Qayyum sudah bangun berdiri. Luggage besarnya ditarik perlahan. Qahar hanya tersenyum sebelum memeluk dirinya.

"Jaga diri, bro. Aku tunggu kau balik!" Ujar Qahar sambil bercekak pinggang.

"Jangan tunggu aku balik, Qahar. Jangan tunggu aku. Kau kena buktikan pada aku yang kamu pun mampu jadi orang baik! Ingat janji kau! Jumpa nanti!"

Lambaian tangan Qayyum kelihatan. Qahar hanya ketawa. Tidak peduli beberapa pasang mata memandang pada mereka kerana berbalas lambaian. Semakin lama semakin jauh. Susuk tubuh Qayyum semakin jauh sebelum hilang dari pandangan mata. Qahar hanya mengeluh. Janji? Janji apa? Atau yang mana satu? Janji nak jadi orang baik atau janji jagakan Ferlina?

Ah, dia tak suka.

Bukannya dia bencikan gadis itu. Cuma dia tidak mahu menyentuh apa-apa yang menjadi milik Qayyum. Mahu atau tidak, dia kena tunaikan. Itu janji bukan? Nanti jadi orang munafik pulak.

Kepalanya digaru perlahan. Qahar berjalan sebelum dia melihat seseorang. Seorang gadis yang berpakaian baju kebarung labuh berwarna putih. Tudung bawal yang berikat dibahagian hadapan bersama kasut sneakers comel. Wajahnya cantik, macam budak-budak baru habis kelas tuisyen. Qahar berhenti berjalan. Dia tahu. Itulah Ferlina.

Gadis itu nampak tidak gembira. Dia berjalan ke arah kaunter untuk memeriksa sesuatu. Berjalan berulangkali dihadapan dirinya sebelum akhirnya duduk di kerusi. Cantik. Dalam menangis pun boleh nampak comel eh? Patutlah Qayyum tergilakan gadis itu.

Tanpa sedar dia tertawa perlahan. Sapu tangan hitam dikeluarkan dari dalam poket seluar belakang. Qahar berjalan perlahan mendekati Ferlina sebelum menghulurkan sapu tangan itu.

"Beautiful people can't cry," ujarnya sebelum sapu tangan itu bertukar tangan.

Terpana. Anak mata hitam pekat itu nampak cantik walaupun sudah berair. Pakaian yang serba putih itu nampak sesuai dengan gadis itu. Persis pengantin.

Sempat lagi hatinya memuji dalam diam.

Qahar tersenyum. Kedua tangannya diletakkan di belakang kepala. Dia berjalan pergi dengan perlahan. Dia bernyanyi riang sebelum meneruskan langkah. Otaknya masih merakam saat itu tadi. Ferlina, gadis cantik pujaan sahabat baiknya Qayyum. Jadi dia perlu menjaga gadis itu? Susahlah kalau begitu.

Kalau jaga, dalam erti kata lain awasi. Payah sebab dia manusia bergerak. Jadi nak buat apa? Ah, pedulikan saja permintaan Qayyum. Bukannya gadis itu di dalam bahaya atau apa. Kan?

Lovers don't finally meet somewhere.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience