BAB 3

Romance Completed 42765

Qahar menunggu dengan sabar. Sebaik saja mereka sampai di klinik Razak, gadis itu sudah dibawa masuk dengan pantas. Tidak perlu menunggu lama, layanan padanya juga agak berbeza. Sudah pasti, dia bukan orang-orang biasa.

"Abdul Qahar?" Panggil seorang jururawat di muka pintu.

"Saya?" Jawabnya sambil mengangkat tangan.

Pelik. Bukan dia yang sakit kan? Tidak menunggu lama, Qahar berjalan masuk ke dalam bilik rawatan. Beberapa pasang mata yang memandang pelik padanya tidak dihiraukan. Dia hanya mahu tahu, kenapa dia yang dipanggil.

Seorang doktor muda sedang berdiri membelakangkan dirinya. Nampak mesra dan berbual rancak dengan Ferlina. Pegangan pada bahu gadis itu dipandang. Amboi? Siap pegang bagai?

"Abdul Qahar? Saya Faiz, abang dia. Terima kasih bawakkan adik saya ke sini." Ujar Faiz dengan senyuman.

Qahar hanya tersenyum sebaik saja tangannya digenggam kuat. Boleh tahan lelaki ini. Nampak biasa tetapi berbahaya.

"Kalau boleh saya tahu? Kenapa awak langgar dia?" Soal Faiz, serius.

"Ya Allah, bang. Saya tak nampak dia melintas tadi. Saya dah bawak kereta habis perlahan dah. Takkan saya suka-suka nak langgar dia?" Qahar hanya menjawab dengan tenang.

Faiz angguk kepala. Dia hanya diam sebelum memeriksa adiknya untuk sekali lagi. Ferlina hanya duduk diam di atas kerusi roda. Nampak macam tertekan dengan keadaan. Eh?

"Tak apalah. Nanti kalau apa-apa saya bayar balik."

"Bayar apa?"

"Kos rawatan dia. Kan saya salah?"

"Oh, jadi sekarang awak mengaku bersalah?"

Rasa macam nak ketuk kepala sendiri. Qahar hanya meraup muka. Apa masalah adik beradik ni? Tahu nak menuduh je.

"Kau yakin, kau tak sengaja langgar dia?" Tanya Faiz.

"Ya Allah, bang. Saya masih waras lagi. Cuma kereta saya yang tak waras, dia lupa bagitau siapa yang main lintas jalan tak tengok kiri kanan!" Balasnya dengan senyuman.

"Takkan Lina tak tengok dulu sebelum jalan?" Faiz sudah berpusing menghadap adiknya.

Gadis itu tersengih. Kepalanya digaru perlahan. Sudah tahu, siapa yang bersalah sekarang. Percuma saja kalau terus memarahi orang yang salah. Apa yang dia dapat nanti? Malu. Malu.

"Adik tak sengaja. Adik nak cepat, itu yang jalan je. Mana nak tahu ada kura-kura melintas jalan yang sama jugak!"

"Itu bukan kura-kura, cik adik. Itu kereta labu. Kan saya putera katak?"

"Tak habis lagi dengan loyar buruk!"

"Bila masa saya loyar buruk? Saya tengah cerita tentang kebenaran yang awak cakap tadi. Kan?"

Ferlina terdiam. Geram. Memang lelaki seperti Qahar suka menguji kesabarannya. Boleh sakit jantung kalau hari-hari berjumpa dengannya. Apalah.

"Adik kena mintak maaf dengan dia." Tegas Faiz.

"Tapikan adik tak sengaja?" Ujar Ferlina yang menjeling pada lelaki itu.

"Mana boleh macam tu? Adik abang kan good girl? Kena selalu faham, tak semua benda orang yang kena mintak maaf dekat kita. Kadang-kadang kita yang salah, Kita pun kena mintak maaf jugak. Okay dear?" Pujuk Faiz sambil menggosok kepala adiknya.

"Yalah. Adik mintak maaf." Jawab Ferlina dengan lembut.

"Comel jugak adik abang kalau behave. Ada tips?" Sampuk Qahar.

Dua beradik itu merenung dirinya dengan penuh marah. Qahar hanya tersenyum. Cermin mata dibetulkan. Alah, relax.

"Just kidding. Jangan marah-marah, semua. Saya mangsa keadaan ni." Qahar sudah membela diri sendiri.

"Tak apalah. Awak ambik nombor phone saya. Kalau perlukan apa-apa, call saya." Sekeping kad nama dihulurkan ke arah lelaki itu.

Faiz hanya tersenyum. Boleh tahan kelakar Qahar ni. Agak-agak adiknya suka atau tidak kalau ada lelaki macam dia?

"Kenapa bukan nombor adik doktor? Kan lebih senang?"

"Senang untuk?"

"Untuk saya mengorat dia. Kan tadi dalam kereta saya dah cuba tapi dia jual mahal."

"Abdul Qahar.."

"Ok, doktor. Sorry."

Sengihan Qahar kelihatan. Boleh tahan sporting doktor muda seperti Faiz. Ini kalau dapat tambahkan jadi kawan, mesti seronok. Kan? Alasan je, sebenarnya nak mengurat adik dia!

"Awak kerja apa, Qahar?" Tanya Faiz.

"Bengkel. Repair kereta." Jawab Qahar dengan pantas.

"I see. Dah kahwin? Tunang atau girlfriend?" Tanya Faiz lagi.

"Nope. I'm single. Tak pernah ada kekasih sekali pun walaupun umur saya dah nak dekat tiga puluh."

"Seriously? Awak nampak tua sikit."

"Amboi doktor, gurau kasar nampak?"

Faiz ketawa geli hati. Rasa kelakar kalau berbual dengan lelaki seperti Qahar. Alhamdulilah, nasib baik adiknya berjumpa dengan peramah seperti dia. Mahu jumpa jenis baran? Tak melayang gigi kena tampar?

"Saya muda lagi cuma saya putera katak!" Beritahu Qahar sambil menjongket bahu.

"Siapalah yang panggil awak macam tu, Qahar? Tak baik betul. Semua hamba Allah elok ciptaan Nya." Faiz masih dengan nada bersahaja.

"Itulah. Siapalah yang tergamak panggil saya macam tu kan, doktor? Kejam betul. Saya tahu saya tak handsome tapi ada ke patut dia samakan saya dengan katak? Buruk sangat ke saya?" Luah Qahar dengan muka keruh.

Suasana jadi sepi seketika. Faiz mengusap belakang Qahar, seakan memberi semangat. Rasa sedihnya hilang sebaik melihat Qahar yang sudah ketawa perlahan. Ah, dia main-main lagi.

"Nak saya belanja minum harini? Sebagai tanda terima kasih tolong adik saya?" Pelawa Faiz.

"No, thanks. Saya kena pergi kerja dulu. Bos saya boleh tahan bising mulut dia. Lain kali, Insha Allah!"

"Ok. Jangan lupa hubungi saya."

"Insha Allah."

"Bila sakit apa-apa datanglah sini,"

"Sakit hati?"

"Qahar.."

"I'm just kidding okay?"

Qahar ketawa perlahan. Matanya sempat memandang ke arah gadis itu. Langsung tidak berminat dengan perbualan mereka. Tangannya masih ligat membalas mesej do telefon. Kekasih kot?

"Tak apalah. Kalau macam tu, saya mintak diri dulu." Ujar Qahar.

Faiz hanya mengangguk kepala. Tidak mahu menunggu lama, Qahar melangkah keluar. Telefon yang berbunyi berkali-kali dibiarkan. Sudah dia tahu siapa yang menghubungi dirinya sebentar tadi. Lebih baik dia mengawal diri. Langkah dibawa ke luar klinik.

Sebelum melangkah pergi, telinga mendengar sesuatu.

"Ini nasib baik abang, kalau abang Fazi? Tak mengamuk dia belasah Qahar? Lain kali hati-hati, jangan main jalan je. Ini nasib baik takda cedera apa, pinggang je sakit. Kalau patah?" Bebelan Faiz kedengaran.

Oh, pandai jugak abang dia membebel.

Qahar hanya berjalan dengan tenang. Dia tidak mahu berfikir apa-apa lagi. Lebih baik dia cepat. Ada kerja yang belum selesai dan dia sudah terlambat!

Rintik-rintik hujan sudah membasahi bumi. Semakin lama semakin lebat. Qahar hanya menghela nafas perlahan sebelum menggaru kepala.

Kepalanya diraup perlahan. Langit yang sudah mendung dipandang. Habislah. Hari nak hujan. Keretanya terpakir jauh daripada sini. Basahlah nampaknya.

"Lupa pulak nak tanya siapa nama dia. Ah, biarlah. Bukannya penting pun kan?" Ujarnya sambil meredah hujan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience