BAB 2

Romance Completed 42765

Meja makan yang nampak kosong dipandang. Ferlina hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Aik? Bukan sepatutnya penuh atas ni? Ya. Sebab dia kenal macam mana suasana rumahnya kalau waktu pagi. Penuh dengan menu menarik. Harini? Kosong. Pelik. Pelik. Mungkin emaknya keluar?

"Dah bangun kamu? Nak pergi kerja harini? Kan motor kamu rosak?" Soal Faizah yang baru muncul dari arah dapur.

"A'ah mak, kerja. Tak apa, Lina naik grab je dekat simpang jalan sana. Kenapa meja kosong?" Soal Ferlina sebelum duduk di kerusi.

Faizah hanya tersenyum sambil membawa sarapan pagi. Sepinggan mee goreng diletakkan di atas meja. Anaknya hanya memandang tanpa kelip.

"Seriously? Ayah tak merungut ke? Dia kan selalu nak menu sihat?" Sakat Ferlina.

"Mana ada? Ayah kamu cakap, harini cheat day. Dia nak makan nasi lemak dengan budak-budak dekat bengkel. Harini semua kerja, mak masak untuk kamu jelah." Jelas Faizah.

Anaknya hanya mengangguk kepala. Faizah memandang pada gadis itu. Ferlina hanya makan dengan perlahan. Sesekali dia menarik tudung yang nampak menganggu waktu sarapannya. Apa boleh buat? Ferlina adalah satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Lain semua anak lelaki. Jadi kasihnya melebih kepada anak itu.

"Mak nak tanya, macam mana anak kawan ayah? Lina suka tak?" Soal Faizah dengan nada teruja.

Ferlina angkat tangan sebelum membuat isyarat x. Itu tandanya tidak suka. Apa lagi yang tak kena? Kesemua calon yang suaminya carikan, tidak pernah anak itu suka. Dia hanya mahu mengelak dan memberi pelbagai alasan.

"Tak berapa suka dia. Dia minat motor, suka pergi ride apa semua tu. Nanti kalau kahwin, takkan Lina nak kena ikut dia? Tak naklah. Tak suka." Jawab Ferlina sambil makan.

"Kamu memang semua tak suka. Janganlah macam ni. Umur dah berapa? Tiga puluh kan? Takkan nak memilih lagi kot? Atau..Lina masih tak dapat lupakan arwah Qayyum?" Faizah bertanya dengan lembut.

Tepat tekaan darinya, Ferlina nampak keruh. Tangannya menjadi perlahan menyentuh sudu. Pastinya dia masih terkesan kehilangan seorang kekasih hati. Tapi sampai bila?

"Kita dah cakap pasal semua ni, kan? Lina nak tenangkan diri dulu. Mak sendiri tahu, macam mana susahnya Lina nak lupakan dia."

"Tapi kamu patut cari kebahagiaan kamu. Mak risau. Kamu tu perempuan, macam mana kalau semua abang-abang kamu kahwin? Kamu nak expect diorang jaga kamu? Takkanlah. Kamu kena fikir diri kamu, Lina. Kamu bukan budak-budak lagi."

"Tapi hati Lina ni, mak. Susah nak bukak pada orang lain. Susah nak terima orang baru."

"Sebab kamu masih mencari jawapan. Jawapan kenapa Qayyum berpisah dengan kamu, kan? Nak persoalkan apa lagi? Dah terang dia bagitau dia ada orang lain. Kenapa kamu tak dapat terima?"

"Sebab Qayyum bukan macam tu. Lina kenal dia, mak."

"Mungkin bukan sepenuhnya. Kalau betul dia sayangkan kamu, dia takkan tinggalkan kamu untuk pergi ke Perth tu."

Ferlina sudah terdiam. Apa yang dikatakan oleh emaknya seakan duri. Siapa boleh faham? Tiada. Mereka semua menyangka, dia adalah seorang gadis yang terlalu berpegang teguh dengan masa lalu. Walhal, dia sendiri tidak faham kenapa dan apa yang jadi dahulu. Semuanya terlalu pantas. Dia cuma mahu tahu, kenapa dan mengapa lelaki itu mempunyai orang lain. Salahkah?

"Lina, mak sayang kamu sangat. Cubalah bukak hati. Siapa tahu, Allah akan bagi kamu seorang suami yang baik?" Suara Faizah seakan merayu.

"Insha Allah, mak. Lina cuba," Ferlina senyum kelat.

Apa boleh dia buat? Kedua orang tuanya mendesak agar dia berkahwin tetapi pernah mereka tanya? Apa sebenarnya dia mahu? Sedalam apa luka di dalam hatinya? Tiada. Mereka hanya tahu bercakap dan tidak mahu ambil peduli. Yang menderita adalah dia.

"Bukan mak nak paksa kamu lupakan dia, Lina. Tapi mak cuma nak kamu tahu yang tak semua benda kamu mampu buat sendiri. Dah bertahun arwah Qayyum meninggal. Kamu sepatutnya bagi peluang pada diri sendiri." Ujar Faizah.

"Lina dah cuba mak, bukan tak cuba. Tak semudah cakap daripada buat. Bukannya Lina tak nak move on daripada masa lalu, mak. Tapi keadaan sekarang tak macam dulu. Lina.. Lina.."

"Kamu trauma? Atau kamu masih terikat dengan janji-janji lama? Mak tak nak kamu dapat masalah. Kamu sendiri tahu keluarga Qayyum tak henti salahkan kamu atas kematian anak mereka. Mak tak nak apa-apa jadi pada kamu, Lina."

Ferlina bangun perlahan dari kerusi. Tangan wanita itu dikucup perlahan sebelum dia kembali bersuara.

"Lina pergi kerja dulu, mak. Nanti kita sembang. Asalamualaikum." Ujarnya sebelum berlalu pergi.

Kasut sneakers disarung ke kaki. Ferlina mengambil beg sandang sebelum berjalan pergi. Sebuah keluhan dilepaskan sebaik saja kakinya mula berjalan. Betul ke dia yang tak boleh terima keadaan sekarang? Tidak. Bukan salahnya. Dia hanya perlukan masa untuk menerima orang baru. Atau mungkin, seseorang yang boleh buatkan dia jatuh cinta sekali lagi. Seseorang yang jauh lebih hebat daripada Qayyum.

Pastinya ada. Cuma mungkin belum tiba.

Langkahnya dipercepatkan. Ferlina mengerling jam ditangan. Sudah lambat. Dia harus tiba dengan lebih awal lagi. Sekarang, dia hanya perlu berjalan dengan pantas. Tidak peduli dimana dia sekarang, Ferlina berjalan sepantas mungkin. Setibanya disatu persimpangan, dia hanya berjalan tanpa menoleh sehingga dirinya tergolek di atas jalan raya.

"Aduh!"

Tidak sedar dia sudah terbaring di atas jalan raya. Inilah padah kalau tak tengok kiri kanan tapi ikut suka je melintas. Ferlina hanya memejamkan mata menahan sakit dipinggang.

"Ya Allah cik!! Saya mintak maaf!! Ya Allah hidup ke mati ni?!!" Suara lelaki garau menjengah telinga.

Ferlina membuka mata. Lelaki yang memakai kaca mata besar itu dipandang. Macam pernah dia nampak? Mungkin khayalan sahaja. Matanya dipejamkan sekali lagi.

"Cik? Cik? Saya tahu saya salah, biar saya bantu. Cik cepatlah bangun. Takkan cik nak jadi ikan duyung dekat sini?" Ujar lelaki itu lagi.

Apa dia cakap?! Dia ingat aku main-main terbaring macam sekarang?

"Cakap banyak! Saya sakit ni! Ingat saya suka terbaring macam ni?!" Marah Ferlina.

"Uish, garang cik ni. Jangan marah dulu ok? Saya cuma nak tolong. Bukan apa, kalau cik terbaring macam ikan duyung ni, nanti apa orang fikir? Budak-budak ni buat apalah pagi-pagi macam ni?" Lelaki itu masih dengan loyar buruk.

Bibirnya digigit. Ferlina bangun perlahan sebelum duduk menegak. Pinggangnya dipegang. Sakit. Dia mendongak memandang ke arah lelaki itu. Lelaki yang sedang duduk melutut seakan putera raja tapi versi putera katak! Sakit pulak hati!

"Saya tak boleh bangun! Pinggang saya sakit! Tolonglah angkat! Tengok je dapat apa?" Marahnya lagi.

Apalah dosanya harini? Awal pagi sudah mendapat sakit.

"Seriously? May I touch you?" Lelaki itu sudah keluarkan nada sopan.

Ferlina julingkan mata. Malas mahu melayan. Lebih baik dia bangun sendiri sahaja. Belum sempat dia bangun, tubuhnya sudah dicempung oleh lelaki itu. Kuat dan pegangan lelaki itu sangat kemas. Pandangan mata bertemu. Ferlina terpana. Anak mata berwarna coklat itu nampak kosong. Kalau dilihat dari dekat, boleh tahan kacak mamat ni. Sempat dia memuji.

"Maaflah kalau rupa saya buruk. Saya cuma nak tolong cik. Jangan salah faham ok?" Ujar lelaki itu.

"Saya cuma nak awak letakkan saya sekarang, sebelum saya belasah mulut awak yang suka cakap benda merapu ni!" Balas Ferlina dengan sinis.

Qahar ketawa perlahan. Entah apa yang lucu. Wajah cantik dengan kerudung dikepala. Bawak satin putih. Bersinar seakan memakai veil pengantin. Cantik. Sangat cantik. Hatinya mula bergetar hebat.

"Awak nak jadi putera katak pulak dekat sini?" Sindir Ferlina sebaik menyedari lelaki itu seakan berangan.

"Jahatnya mulut. Tak baik tau? Saya ni kalau jadi handsome banyak perempuan beratur nakkan saya!" Ujar Qahar dengan tawa perlahan.

Pintu kereta Volkswagen Jetta berwarna ungu dibuka. Dengan penuh berhati-hati dia meletakkan gadis itu ditempat duduk sebelah pemandu. Qahar hanya memakaikan tali pinggang keselamatan sebelum bergerak ke tempat duduk pemandu. Macam mana dia boleh cuai? Apalah nasib dah terlanggar anak orang? Perempuan pulak tu.

"Cepatlah jalan! Bawak saya pergi klinik, saya sakit ni!"

"Ya. Ya. Sabar, cik. Ini kereta tua. Mana boleh speed laju-laju? Nanti meletup!"

"Kenapa bawak kalau boleh meletup?!"

"Dah ini je harta yang saya ada. Cik nak tumpang saya atau pergi sendiri?"

"Oh! Jadi awak dah langgar saya lepastu senang pulak awak nak tinggal saya tepi jalan? Banyak cantik muka awak! Saya report dekat balai polis nanti awak langgar saya!"

Qahar hanya pekakkan telinga. Boleh tahan bising gadis disebelah nya. Dia hanya mahu bergurau, alih-alih dia yang kena. Apalah nasib jumpa dengan perempuan garang macam dia? Aduh.

"So, nak pergi klinik mana satu?" Soal Qahar.

"Klinik Razak." Jawab Ferlina yang sedang menahan sakit.

"Wow. Sejak bila bekas perdana menteri kita bukak klinik baru? Saya tak tahu pun?"

"Saya tak ada masa lah nak layan loyar buruk awak! Saya sakit ni!"

"Ok..ok..gurau je pun. Kecoh,"

"Apa awak cakap?!"

Lelaki itu mengangkat tangan tanda menyerah. Ferlina menahan geram. Sakitnya pinggang. Dengan cara pemanduan yang sangat perlahan, lambat lagilah mereka boleh sampai. Dia menghela nafas. Kepalanya bersandar pada kerusi. Bau minyak wangi lelaki itu seakan pernah dia bau. Tapi dimana? Ah, mungkin saja orang-orang lain juga memakai wangian sama.

Dia tidak mahu berfikir. Bertenang. Sebelum dia tendang lelaki skema yang tengah memandu macam orang baru dapat lesen! Sakit pulak hati! Orang tengah sakit, dia pulak perlahan!

"Tapi dah alang-alang kita dalam satu kereta ni kan, boleh saya mintak nombor phone awak?" Pinta Qahar dengan santai.

"For what?" Ferlina kerutkan dahi.

"Compensation. Manalah tahu ada patah ke? Boleh saya bayar nanti."

"Tak perlu. Saya tak nak duit awak."

"Tapi saya nak nombor phone awak?"

Ferlina menjeling tajam. Lelaki disebelah nya hanya ketawa perlahan. Jangan marah, kawal diri. Bibirnya diketap. Ya Allah kenapa dalam banyak-banyak orang, dia yang langgar aku?! Sakitnya hati.

Share this novel

Niana
2023-10-28 14:23:38 

HAHAHA part lelaki tu angkat perempuan tu dh terbayang ????


NovelPlus Premium

The best ads free experience