The Broken Heart

Cik Nurul

Romance Completed 42319
4.9
(105 ratings)

Synopsis

Insiden terlanggar ditepi jalan menjadikan titik pertemuan pertama mereka berdua. Bukan salah orang lain, tapi salah timing. Yalah siapa nak jangka ada orang tiba-tiba saja melintas kan? "Saya tahu saya salah, biar saya bantu. Cik bangunlah cepat. Takkan cik nak jadi ikan duyung dekat tengah jalan macam ni?" - Abdul Qahar Abdul Qahar, lelaki skema yang suka sangat menjawab dan loyar buruk! "Saya tak boleh bangun! Pinggang saya sakit! Tolonglah angkat! Tengok je dapat apa?!" - Ferlina Uqasha Ish, garang dia boleh tahan. Niat dah baik nak tolong. Sampai-sampai kena soal pulak dengan abang dia. Ah, sudah! "Kau yakin kau tak sengaja langgar dia?" - Fauzi "Ya Allah, bang. Saya masih waras. Cuma kereta saya yang tak waras dia lupa bagitau saya siapa melintas tak tengok Kiri kanan dulu!" - Abdul Qahar Yang lebih mengejutkan, gadis itu sebenarnya adalah kekasih sahabat baiknya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Kebetulan apa ni? "Qayyum. Kau ingat nama tu? Aku rasa kau ingat, sebab kau sebenarnya kekasih dia kan?" - Abdul Qahar "Saya tak rasa saya patut jawab soalan tu. Awak siapa nak masuk campur dalam urusan peribadi saya?" - Ferlina Uqasha Punya nak lari, last last jumpa jugak. Siapa ja boleh sangka, perempuan garang macam tu sebenarnya anak bos? Masak. Masak. Habislah semuanya. Tapi orang kata, kalau asyik bergaduh nanti jatuh sayang? Oranglah kata. Dia tak kata. "Saya ni cuma pendosa yang aib nya ditutup sempurna oleh Allah. Kalau je semua tu terbuka, awak sanggup terima siapa saya?" - Abdul Qahar "Saya tak ada jawapan untuk semua tu. Yang saya tahu, takkan abang saya nak carikan lelaki jahat untuk adik dia. Kalau awak ada perempuan lain cakaplah jelah, jangan bagi alasan tak logik untuk saya menolak awak.!" - Ferlina Uqasha Itu orang cakap, lain orang lain kisahnya. Satu persatu rahsia lelaki itu terbongkar sehingga mereka semua mula mempersoalkan siapa dirinya. Takkan lelaki skema, pakai cermin mata besar, rambut belah tepi tu sebenarnya bekas gangster?! Ish tak logik! "I already gave you a warning, Ferlina. You don't know me. Sekarang ni jangan sebut perkataan menyesal tu." - Abdul Qahar "Macam mana saya nak percayakan awak?! Awak sendiri tak pernah jujur dengan saya!" - Ferlina Uqasha Rasa sakit. Marah. Kecewa. Semuanya terlalu sukar untuk ditahan. Tiada lagi apa lagi untuk dia pertahankan kalau Ferlina sendiri yang memilih untuk tidak mahu percaya. Sehinggalah berlaku satu kejadian yang merubah segalanya tentang mereka. Tentang rasa cinta, tentang rasa yang ditinggalkan dan juga perpisahan. The Broken Heart.


Share this novel

Rate this story


Comments

ct ayu
2023-12-26  2 Replies

Nain mcm sesuai je utk Ferlina ...

aafi arfan
2023-12-19  1 Replies

kenapa pulak Qadir nak salahkan Ferlina. dia nampak adegan curang depan mata. diceraikan dan dihantar ke luar negara. xde sorang pon yg bgtau dia kisah sebenar. Dia pon menderita sebenarnya

ct ayu
2023-12-16  1 Replies

u make me cry... sedih..

Cik Nurul

927 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience