BAB 3

Romance Completed 11331

Rasanya Anne tengah mengikuti pertandingan berjalan laju. Hayunan langkahnya memang laju saja. Tak pandang kiri kanan dah. Jam ditangan dipaandang. Lagi 5 minit! Ahhh! Lepas ikut lorong ni, dah sampai kampus dah. Harap-haraplah Prof Hadi belum masuk. Prof singa tu tak boleh masuk sebelum aku. Kalau tak… matilah aku!

“Cik…”

Anne tetap meneruskan langkah.

“Cik… cik…”

Anne sudah mengerutkan dahi. Haish, siapa pulak yang panggil aku ni? Dia tak tahu ke yang aku tengah nak cepat?

“Cik… cik… tunggu.”

Anne hanya buat-buat pekak. Tak ada maknya dia nak berhenti mahupun memperlahankan langkahnya. Aku tahulah aku cantik, tapi kalau nak mengurat tu tunggu esok-esok je la. Aku nak cepat ni! Aiseh… perah santan!

“Cik…”

“Eee!!! Kalau nak usha orang tu esok-esok je la! Orang dah nak cepat ni! Ugh!!!” pekik Anne tanpa berpaling. Langkahnya semakin dilajukan tetapi derap langkah yang mengekorinya semakin dekat la pulak. Yalah… selaju manalah dia boleh berjalan dengan baju kurungnya itu.

“Miss Rapunzel!”

Anne mengerutkan dahi. Kenapa pulak dia panggil aku Miss Rapunzel? Aiseh… ini strategi baru lelaki dalam usaha mengurat perempuan ke? Tapi peliklah pulak. Dia macam tahu-tahu je aku ada rambut panjang paras bawah punggung.

“Miss Rapunzel!”

Langkah lajunya diberhentikan secara mengejut dan Anne pantas menoleh. Namun, sebaik saja tubuhnya berpaling ke belakang, Anne tersentak. Mak aii! Beberapa inci lagi hidung mancungnya akan terlanggar dengan dada lelaki itu. Dekat sangat!

Anne berundur setapak ke belakang. Wajahnya didongak memandang si pemuda yang telah memanggil dan mengekorinya tadi. Tetapi sekali lagi Anne tersentak. Masa bagaikan berhenti saat matanya menyapa wajah putih bersih si pemuda.

“OMG!!!” jerit Anne di dalam hati.

Gulp! Anne menelan liur yang terasa sukar untuk ditelan. Lelaki ni… lelaki ni… Wah!!! Prince charming pujaan hati ku, Nik Daniel Hakimi!!!

Bulat matanya memandang wajah Daniel. Selama ini dia selalu usha Daniel dari jauh. Kalau mempunyai kesempatan pasti dia akan curi-curi tengok lelaki itu. Di library, di kantin, di mana-mana saja la. Sekarang dah berhadapan, memang tak berkelip mata Anne melihat wajah putih bersih Daniel. Fuh! Hensem giler pujaan hati aku ni!

“Cik?” Daniel menegur. Mungkin pelik apabila Anne melihatnya dengan mata yang bulat tanpa berkelip.

Anne pantas melarikan pandangan mata daripada wajah Daniel. Dia berdehem untuk membuang rasa gugup. Oit, Anne! Jangan pandang anak teruna orang lama sangat. Zina mata tu! Ala… dia hensem sangatlah! Eh, kejap… tadi aku ada marah Daniel sebab kejar aku kan?

Mata Anne terbuntang. Ya Allah! Malunya aku! Anne… kenapa kau malukan diri dengan pujaan hati kau ni? Ahhh!!!

“Awak okey ke?” Berkerut dahi Daniel. Tadi tengok dia macam tak pernah tengok lelaki. Sekarang pula wajah dah merah macam buah tomato. Apa masalah gadis ni?

“Ehem.. tak… saya tak… emm… saya tak apa-apa.” Malu plus gugup. Gugup sebab ini merupakan kali pertama dia bercakap dengan Daniel. Wah! Maskulin betul la suara dia! Amboi Anne… Gediknya!

“Betul ke?” soal Daniel lagi prihatin.

Anne hanya tunduk memandang lantai. Dia hanya menjawab soalan Daniel dengan anggukan. Tak berani nak pandang wajah kacak Daniel. Nanti dia tak boleh tidur malam, tak ke naya tu?

“Emm… kenapa awak panggil saya?” soal Anne sambil jari jemari bermain dengan tudungnya. Duk tersipu-sipu pulak si Anne ni.

“Emm… sebenarnya…” Daniel menggaru kepala. Terasa agak berat mulutnya untuk mengungkapkan kata-kata yang bermain di dalam kepala.

Anne hanya diam menunggu kata-kata yang bakal terbit daripada bibir Daniel. Jantung pun dah dup dap dup dap. Gaya Daniel sekarang ini bagaikan seorang lelaki yang mahu luahkan isi hatinya saja lagaknya. Wah! Dia nak cakap yang dia cintakan aku ke? Tinggi betul la angan-angan kau ni, Anne. Dah! Berhenti merapu!

“Sebenarnya… sebenarnya saya nak beritahu awak yang…”

Semakin berdebar jantung Anne kala ini. Bagaikan ingin terkeluar saja jantung dari dadanya. Suspen! Suspen!

“Rambut awak…”

Anne sudah mula mengerutkan dahi. Kenapa dengan rambut aku pulak?

“Rambut awak…” Daniel memuncungkan mulut. Menunjuk ke arah belakang Anne.

Walaupun masih bingung, tangan Anne meraba belakang kepalanya. Aik! Kenapa leper semacam belakang kepala aku ni. Kemudian, tangannya memegang belakang tubuhnya pulak.

Anne terbuntang apabila tangannya dapat memegang sesuatu pada belakang tubuhnya itu. Rambutnya! Rambut panjangnya yang diikat ekor kuda itu terkeluar daripada anak tudung!

Anne berundur beberapa tapak ke belakang. Tangannya memegang rambutnya di belakang agar tidak kelihatan oleh Daniel. Merah wajahnya usah dicakap! Merah yang amat bagaikan sedang terbakar!

“Emm… saya toleh belakang… supaya awak boleh kemaskan balik rambut awak,” ujar Daniel sambil matanya memandang kakinya dengan tangan kanannya di pangkal leher.

Kemudian, dia menoleh membelakangkan Anne untuk memberi ruang kepada gadis itu. Dia berasa serba salah jugak sebenarnya sebab dia tahu Anne pasti tengah malu yang amat dengannya. Tetapi dia menegur kerana dia tidak mahu gadis itu dimalukan oleh semua pelajar di kampus nanti. Pasti Anne akan menjadi lebih malu apatah lagi semua orang pasti akan mengetawakannya.

Dengan pantas Anne menggulungkan semula rambutnya dan memasukkan semula ke dalam anak tudung. Ternyata kerongsangnya sudah hilang entah ke mana. Ugh! Patutlah rambut aku boleh terlepas! Anne menggunakan kerongsang yang sememangnya ada di dalam beg kuliahnya itu untuk menguatkan cengkaman. Setelah selesai, Anne berdehem. Kepalanya pula sememangnya langsung tidak didongak tatkala Daniel sudah pun berpaling menghadapnya semula. Malu! Malu! Malu!!!

“Awak… awak okey?” Daniel menahan dirinya daripada menguntumkan senyuman. Dia tidak mahu gadis itu bertambah segan dengannya. Wajah gadis itu yang merah bagaikan udang terbakar amat mencuit hati. Comel pulak gadis ni, bisik Daniel di dalam hati.

Anne hanya menganggukkan kepala. Dia sudah tidak mampu mengeluarkan suara. Dia berada di dalam zon ingin bunuh diri kerana malu yang teramat. Ya Allah! Aurat aku tu! Malunya!!!

Anne menarik nafas dalam. “Te… terima kasih… sebab… sebab…” Anne sudah tidak mampu meneruskan kata-kata. Sungguh dia malu dengan Daniel kala ini.

“Tak apa. Saya tegur sebab…” Belum sempat Daniel menghabiskan kat-kata, Anne terus berlalu pergi dengan langkah yang laju dan kalut. Daniel pulak sudah tercengang apabila dia tiba-tiba ditinggalkan terpinga-pinga.

Anne sudah tidak sanggup mendengar suara Daniel. Dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan lelaki yang telah dia puja selama tiga tahun berada di kampus tempat belajarnya itu. Betapa dia amat amat amat malu! Malu wei! Malu!!!

Daniel hanya melihat langkah gadis itu berlalu darinya. Terbit senyuman lebar di pinggir bibir. Comel pulak perempuan tu.

“Hmm, miss Rapunzel…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience