BAB 11

Romance Completed 11331

Perlahan-lahan Anne turun daripada teksi. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Rumah banglo berwarna putih di hadapan dengan penuh misteri.

“Kenapalah aku kena pergi sini? Huh…”

Ya. Anne telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan si pengirim bunga. Itupun setelah dia mendapat mimpi semalam. Entah mengapa, firasat hatinya mengatakan bahawa dia harus mengikuti apa yang dikatakan didalam kad yang diterimanya kelmarin.

Pintu rumah yang besar dipandang. Dengan lafaz bismillah, dia mengetuk pintu. Jantungnya juga sudah berdetak laju semamacam.

Krik!

Tiba-tiba pintu utama terbuka sendiri. Mata Anne membuntang. Serta merta bulu romanya meremang.

“Ini memang kerja gila la, Anne! Yang kau ikut sangat kata hati kau tu kenapa? Huh! Siapa suruh aku dapat mimpi pelik semalam?” Anne berbisik kepada dirinya sendiri.

Sekali lagi, dengan lafaz doa dia masuk ke dalam rumah. Dahinya berlapis. Segala yang ada di rumah tersebut semuanya tersusun dan terjaga rapi. Seperti ada orang yang menghuni rumah tersebut. Tetapi… kenapa tiada orang pun.

“Assalamualikum!”

Anne memberi salam. Sekali. Dua kali. Tiada yang menjawab. Hanya sunyi sepi. Dengan rasa berat hati, Anne melangkah. Tiba-tiba matanya tertancap pada lantai yang ditabur dengan kelopak bunga mawar. Taburan kelopak bunga mawar menuju ke tingkat atas itu diikuti sehinggalah Anne kini berada di tingkat atas.

Anne terpempan. Lorong di tingkat atas ini sama seperti dengan mimpinya. Anne perlahan-lahan bergerak ke hadapan. Sekali lagi Anne bagaikan tidak percaya apabila dia sedang menghampiri sebuah pintu warna putih. Sama seperti apa yang dimimpinya!

Sampai saja di hadapan bilik, tangannya terasa kebas dan sejuk. Adakah semua ini hanya kebetulan?

“Dah la rumah tak ada orang. Aku pun dah ceroboh masuk ke dalam rumah orang ni. Sekarang kena ceroboh bilik orang lagi ke?” monolog Anne sendiri.

Rantai leher dipegang. Keputusan dibuat. Dia akan membuka pintu ini. Dengan tangan yang sudah terketar-ketar, kunci dimasukkan. Dipulas dan… dapat! Kunci itu padan dengan pintu tersebut!

“Takkanlah ini bilik…? Takkanlah…”

Pintu dikuak luas. Sebaik saja kaki pertama melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, Anne terkesima. Ini… ini…

“Kenapa ada gambar aku dekat sini?”

Ya! Bilik itu dipenuhi dengan gambarnya. Gambarnya yang sedang senyum, ketawa, merajuk, marah, bengang dan macam-macam lagi.

“Apa semua ni?” soal Anne kepada dirinya sendiri sambil tangan kanan memegang potret dirinya yang sedang tersipu malu. Loh? Gambar aku yang sedang malu pun ada? Siapa yang stalk aku ni?

Pak!

Anne menoleh ke arah tingkap yang terdapat di dalam tersebut.

Pak!

Anne mengerutkan dahi. Aik? Ada orang lempar batu kecil ke dekat tingkap tu?

Pak!

Lambat-lambat Anne menghampiri tingkap tersebut. Tanpa ragu-ragu, dia membuka tingkap tersebut. Kepalanya menjenguk ke luar dan saat matanya melihat ke bawah, mulutnya terlopong dan matanya membulat.

“Hai!”

Terkelip-kelip mata Anne. Dia! Kenapa… Kenapa dia ada kat bawah tu?

“Miss Rapunzel! Can you let down your hair?” soal gerangan yang berada di bawah tingkap itu.

Mata Anne terbuntang. Let down your hair? Dia ingat rambut aku ni betul-betul rambut rapunzel ke?

“Tak boleh.” Ujar Anne sambil menggelengkan kepala.

“Tengok kat meja sebelah awak tu.”

Anne menoleh ke sebelahnya dan ternyata ada sebuah tali yang… yang ditocang? Apa ke peliknya tali ni?

“Turunkan tali tu.” Arahnya lagi.

“Awak naik je la dari tangga. Nak naik dengan tali buat apa?” soal Anne. Pelik betul la lelaki ni.

“Please…”

Anne mengeluh. Bukannya tak suka tapi hatinya cair apabila mendengar rayuannya daripada lelaki tersebut.

Sebaik saja tali diturunkan, lelaki tersebut panjat dan akhirnya masuk ke dalam bilik tersebut.

“Hi!”

“Daniel…” Ya! Lelaki tersebut ialah Daniel. Lelaki yang sudah tiga tahun tidak dia jumpa. Lelaki yang pernah dia puja dan cinta malah sehingga kini, hatinya tetap mencintai lelaki dihadapannya itu.

Daniel tersenyum. “My Miss Rapunzel. Syukur sebab awak ikut apa yang saya tulis dalam kad kelmarin.”

“Nasib baik saya ikut. Kalau saya tak ikut macam mana?” soal Anne sambil menjongket kening. Daniel ni buat kerja gila. Sudah bertahun tidak berjumpa. Tup tup sekarang dah ada depan mata.

“Kalau awak tak ikut, terpaksa la saya datang rumah awak. Then, lempar batu kat tingkap bilik awak dan tell you to let your hair down so I can get into your room.”

Anne tersenyum. Alolo… sweetnya. Macam fairytale pulak tu.

“So… awak dah tahu dah kegunaan kunci tu?” soal Daniel sambil mata tidak lepas memandang wajah Anne yang tertunduk.

Anne yang sedang memegang kunci tersebut hanya menganggukkan kepala.

“Awak ke yang buat semua ni?” tanya Anne.

“Yup!”

“Motif?”

“To show you how much I love you.”

Pantas Anne mendongak merenung mata Daniel yang redup. Matanya juga sudah berkaca. Tak sangka bahawa Daniel juga turut mencintainya. Adakah ini semua mimpi?

“Kenapa baru sekarang?” Anne kembali menundukkan kepala.

“Sebab waktu tu saya nak smabung belajar. You know… saya tak suka bercinta ketika sedang belajar. But, tak sangka saya boleh jumpa dengan Miss Rapunzel ketika saya sedang bersiap untuk berangkat ke luar negara. Lagi tak sangka Miss Rapunzel tu dah curi hati saya.” Ujar Daniel sambil tersenyum.

Anne sudah tersipu malu. Ouch! He is so sweet and romantic.

“Come!” ajak Daniel.

Anne mengerutkan dahi sambil memandang wajah Daniel dengan penuh tanda tanya.

“Nak pergi mana?”

“One last surprise for you,” kata Daniel sambil mengenyitkan mata kepada Anne.

Serta merta pipi Anne berona merah. Aduh! Dia ni suka sangat buat aku malu.

Anne hanya menurut langkah kaki Daniel. Mereka menuju ke tingkat bawah dan sebaik saja berada di ruang tamu, dia disuruh duduk di salah sebuah sofa. Daniel pulak bergerak ke arah sofa yang bertentangan dengannya. Gitar diambil dan diletakkan di riba lelaki itu.

“Miss Rapunzel, listen yeah?”

Anne sudah tersenyum manis. Wah! Dia nak nyanyikan untuk aku la!

Daniel mula memetik gitar.

A hundred and five is the number that comes to my head

When I think of all the years I wanna be with you

Wake up every morning with you in my bed

That’s precisely what I plan to do

And you know one of these days when I get my money right

Buy you everything and show you all the finer things in life

We’ll forever be in love, so there ain’t no need to rush

But one day I won’t be able to ask you loud enough

I’ll say, “Will you marry me?”

I swear that I will mean it

I’ll say, “Will you marry me?”

Singing

Ooh whoa ooh oh

Ooh whoa ooh oh

Ooh whoa ooh oh

Oh, yeah

How many girls in the world can make me feel like this?

Baby I don’t ever plan to find out

The more I look, the more I find the reasons why

You’re the love of my life

You know one of these days when I get my money right

Buy you everything and show you all the finer things in life

We’ll forever be in love, so there ain’t no need to rush

But one day I won’t be able to ask you loud enough

I’ll say, “Will you marry me?”

I swear that I will mean it

I’ll say, “Will you marry me?”

And if I lost everything

In my heart it means nothing

‘Cause I have you,

Girl, I have you

To get right down on bended knee

Nothing else would ever be better, better

That day when…

I’ll say, “Will you marry me?”

I swear that I will mean it

I’ll say, “Will you marry me?”

I’ll say, “Will you marry me?”

(I’ll get down on one knee)

I swear that I will mean it

I’ll say, “Will you marry me?”

Got me singing

Ooh whoa ooh oh

Got me singing

Ooh whoa ooh oh

Would you marry me, baby?

Ooh whoa ooh oh

Ooh whoa ooh oh

Ooh whoa ooh oh

A hundred and five is the number that comes to my head

When I think of all the years I wanna be with you

Wake up every morning with you in my bed

That’s precisely what I plan to do, yeah.

Anne sudah terkaku. Suara Daniel yang merdu sudah cukup memukaunya tetapi yang membuatkan jantungnya bagaikan ingin berhenti kala ini ialah maksud lagu itu.

Daniel mula melangkah ke arahnya. Anne sekali lagi menerima kejutan tatkala Daniel melutut di hadapannya dan…

“I’ll say, “Will you marry me?”

I swear that I will mean it

I’ll say, “Will you marry me?”

Kala ini, Air mata sudah pun mengalir di pipi. Perlahan-lahan Anne menganggukkan kepala. Daniel tersenyum begitu juga dengan Anne. Kemudian mereka berdua berdiri.

“Thank you,” ucap Anne dengan senyuman yang jelas menggambarkan betapa bahagianya dia kala ini.

“No. I’m the one who should thank you,” ujar Daniel pulak bersama senyuman memikat.

“Kenapa?” soal Anne dengan kerutan.

“Yalah, saya dah cukup bersyukur awak tak marah dengan saya sebab buat semua ni secara mengejut. Mesti awak terkejut kan?”

Anne tersenyum. Memang pun. Memang nak marah tapi tak sampai hati pulak.

“Come!’

“Oh, no no no!” Anne menggelengkan kepala sambil berundur setapak demi setapak.

Daniel sudah tergelak kecil. “Don’t worry, dear. I promise you this is the one last surprise and will not get you a heart attack.”

Anne mencebik tetapi kakinya tetap juga berjalan seiring dengan Daniel. Mereka berjalan menuju ke belakang rumah.

“Saya nak kenalkan awak dengan parents saya.” Kata Daniel sebaik saja mereka sampai di belakang rumah.

Anne sudah terlopong. Keluarga Daniel sedang berbeku di tepi kolam renang dan apa yang lebih mengejutkan ialah keluarganya turut ada bersama. Aiseh! Sejak bila diorang berkomplot untuk berbeku di sini ni? Patutlah tadi aku tanya mak nak ke mana pakai baju cantik-cantik, mak kata biarlah rahsia. Rupanya berkomplot dengan Daniel.

“How’s your plan, son?” soal seorang wanita kepada Daniel. Agaknya ibu Daniel kut? Wait! Bukan itu wanita yang datang ke butik mak long ke hari tu? Yang terkejut tengok muka aku tu? Okey, I geti it. Daniel dapat jejak aku sebab ibu dia yang beritahu dia. Hmm…

“Great, mom! Dia dah terima lamaran Daniel,” ujar Daniel sambil mengenyit mata ke arahnya.

Sejurus itu semua orang bersorak dan mengucapkan kesyukuran. Anne pulak sudah tersipu-sipu malu.

“Hah, bagus sangatlah tu! Jaga baik-baik sleeping beauty tu ya, Daniel.”

Anne sudah mengetap bibir sambil merenung tajam ke arah Mira yang sedang tersengih-sengih bersama Intan disebelahnya. Ugh! Mira ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku.

“Don’t worry.”

Anne menoleh ke arah Daniel.

“I know how to wake you up, sleeping beauty. After all, I’m your prince charming right?” ujar Daniel sekali lagi bersama kenyitan mata.

Wajah Anne membahang bagaikan buat tomata. Daniel tergelak kecil. So cute.

“Oh my Miss Rapunzel, you are so cute! Awak tahu tak awak boleh buat saya jadi gila?”

Anne sudah tersipu malu.

“Awak… Nama saya bukan Miss Rapunzel la.” Anne menggelengkan kepala. Haih! Asyik-asyik panggil aku Miss Rapunzel.

“I know, dear. Tapi saya lebih suka panggil awak Miss Rapunzel. That reminds me the first time we met.”

Anne hanya mampu tersenyum dengan pipi yang merah. Yeah… I am his Miss Rapunzel.

“Miss Rapunzel, jangan gunting rambut awak tau. I like your long hair.” Ujar Daniel sambil menyerahkan segelas air kepada Anne.

Gadis manis itu tersenyum. “Of course! I am your Miss Rapunzel, right?” dan untuk kesekian kalinya aku jatuh cinta. Ini adalah pilihan yang tepat. Aku telah melalui terowong yang gelap dan di penghujungnya aku menemukan cahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience