BAB 5

Romance Completed 11331

“Anne…”

“Hmm…” Anne tidak menghiraukan Mira.

“Pssst! Anne…”

Anne tetap tidak mengendahkan Mira. Tangannya tetap laju mencatat nota. Tumpuannya diberikan sepenuhnya pada nota yang dibuatnya.

“Anne!” Jerit Mira tetapi masih lagi dengan nada yang perlahan. Berada di perpustakaan membuatkan nada suaranya terbatas.

“Apanya? Aku sibuk ni Mira. Janganlah kacau aku.” Berkerut dahi Anne apabila dirasakan Mira telah mengganggunya. Orang nak buat nota pun susah.

“Aku tahulah kau sibuk tapi kau dengarlah dulu apa yang aku nak cakap.” Mira mendekatkan wajahnya ke hadapan.

“Apa? Cakap je la. Telinga aku masih boleh dengar suara kau tanpa pandang muka kau.”

“Prince charming kau baru masuk library la, wei!”

Serentak tangan yang ligat menulis nota terhenti. Perlahan-lahan, kepala didongak memandang Mira.

Mira mengangguk kepala apabila melihat wajah Anne seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia katakan.

“Dan…” Mira berjeda.

Anne menggigit bibir. Mira buat orang suspen je! “Dan apa?”

“Aku rasa dia tengah menuju ke sini.” Mata Mira memandang ke arah belakangnya.

Gulp! Anne berasa kecut perut. Matanya serta merta bulat dan bibir pulak bertukar pucat apabila mendengar kenyataa Mira itu. Memandangkan dia tengah membelakangkan pintu perpustakaan, jadi dia tidak tahu sama ada Daniel betul-betul tengah berjalan menuju ke arahnya atau tidak.

“Aku tak nak jumpa dia, Mira! Nanti dia cam aku macam mana? Ahhh!” kalut tangan Anne mencapai buku di atas meja dan menutup wajahnya.

Mira menahan ketawa. Dia tahu Anne masih lagi tenagh malu dengan Daniel disebabkan kejadian tempoh hari. Apabila mengenang kejadian tersebut yang diceritakan oleh Anne, memang lawak la! Macam nak ketawa lagi tetapi senyuman yang ingin terbit mati apabila ditegur oleh seseorang.

“Sebelah tempat duduk awak tak ada orang kan?”

Mata Anne terbuntang. Oh my! Itu bukan suara Daniel ke? Bukan dia tengah mengajukan soalan kepada Mira ke? Mira! Tolong jawab ya… jawab sahaja ya!

Mira mengerling ke arah Anne di hadapan sebelum kembali melihat wajah Daniel di tepi meja. Kemudian, matanya meliar pulak memerhatikan sekeliling.

“Kalau awak tak keberatan, boleh tak saya duduk sini. Tempat lain dah penuh,” ujar Daniel lagi.

Mira melemparkan senyuman kepada Daniel. Memang kuat betul la jodoh kau dengan si Daniel ni, Anne.

“Memang saya dan kawan saya yang seorang ni saja yang duduk sini. Eh, duduklah! Saya tak kisah pun sebab saya pun dah nak beredar ni. Ada hal so… apa kata awak temankan kawan saya ni.” Mira segera berdiri bersama sengihan di bibir. Ala, sengaja nak beri peluang kepada tuan puteri kita ni.

Anne menggigit bibir. Tak guna kau, Mira! Kenapa tinggalkan aku sorang dengan Daniel? Wei, aku tak nak!

Daniel tersenyum sebelum mengambil tempat duduk Mira sebentar tadi. Mira pulak sempat lagi menepuk bahu Anne sebelum beredar. Anne sudah menjeling maut ke arah Mira. Jaga kau, Mira!

Daniel menjeling sekilas ke arah hadapannya. Wajah si gadis yang tertutup dengan buku itu membuatkan dia berkerut dahi. Sebenarnya, yang membuatkan dia pelik ialah buku yang dipegang itu dalam keadaan terbalik. Ada ke orang baca buku terbalik.

Anne menjadi panas punggung kerana dia tahu dihadapannya kini ialah Daniel. Pujaan hatinya dan orang yang telah menegur rambutnya minggu lalu. Rasa nak bunuh Mira! Ugh! Bukannya Mira tak tahu tentang kejadian tu.

“Cik…”

Anne menelan liur yang terasa kelat. Aduh! Dia tegur aku? Takkan la dia cam aku kut? Wahhh!!!

“Awak…”

Anne langsung tidak mengendahkan Daniel. Buat-buat pekak je la, Anne oi.

“Awak… Awak tengah baca buku terbalik tu,” tegur Daniel dengan senyuman nipis di bibir. Lucu pulak apabila melihat orang membaca buku terbalik.

Anne sudah terlopong di sebalik buku. Kemudian, dia membaca muka surat yang terbentang di hadapan mata dan ternyata apa yang dikatakan Daniel itu benar. Ya Allah! Aku dah malukan diri aku depan Daniel buat kali kedua! Apa kena dengan kau ni, Anne?!

Dengan pantas Anne membetulkan posisi buku agar tidak terbalik tetapi disebabkan gugup dan kekalutan yang melanda diri, buku yang dipegang terjatuh.

Anne terkejut. Tidak sangka buku yang dipegang akan terjatuh dan sekali gus mendedahkan wajahnya kepada Daniel. Berkelip-kelip matanya memandang wajah Daniel yang pada masa yang sama juga tengah memandangnya.

“Awak… Bukankah awak…”

“Bukan!” Ujar Anne separuh menjerit.

Daniel terkejut begitu juga dengan Anne. Anne pantas menekup mulut dengan kedua-dua tangannya. Aduh! Berhenti malukan diri sendiri depan lelaki ni boleh tak, Anne???

“Tapi… bukankah awak…” Sekali lagi, belum sempat mengabiskan ayat, Anne sudah pun mengemaskan barangnya di atas meja dan berlalu meninggalkannya.

Daniel sudah terpinga-pinga. Lagi! Lagi dia tinggalkan aku. Haish! Tak boleh jadi ni. Pantas Daniel pun bangun dan mula mengejar Anne.

Anne tidak henti-henti menggumam mengutuk diri sendiri. Ya Allah, Anne! Kenapa selalu malukan diri depan Daniel? Tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti apabila mendengar panggilan nama yang amat dikenali.

“Miss Rapunzel!” Kini Daniel sudah pun berada di hadapan Anne dengan nafas yang tercungap-cungap.

Anne menelan liur yang terasa kelat. Uarghhh!!! Dia cam aku!

“Awak Miss Rapunzel kan?” tanya Daniel dengan senyuman tersungging di bibir. Sudah seminggu dia mencari gadis ini dan akhirnya dia bertemu juga.

“Eh, tak tak tak! Saya bukan Miss Rapunzel. Awak salah orang ni. Haish! Mana ada orang namanya Miss Rapunzel kan?” Anne menggigit bibir. Dia ingin segera berlalu tetapi Daniel meghalang laluannya. Apa pulak lelaki ni nak?

“Memanglah nama awak bukan Miss Rapunzel tapi awak Miss Rapunzel yang saya tegur minggu lalu kan? Awak yang… hmm…” Nak cakap pasal rambut dia ke tak eh? Bisik Daniel di dalam hati.

Mata Anne membulat. Jangan! Jangan cakap pasal rambut aku! Aku masih lagi malu pasal rambut tu!

“Aduh! Sakit perut! Saya kena pergi. Nak cari tandas. Bye!” Dengan tangan memegang perut dan ekspresi wajah yang menggambarkan betapa sakitnya perut kala ini, Anne berlalu. Langkah kakinya dihayun laju tanpa menoleh ke belakangnya lagi. Panggilan Daniel yang memanggilnya Miss Rapunzel pun tidak diendahkan langsung. Panggilan Miss Rapunzel membuatkan dia teringat kembali kejadian memalukan minggu lepas. Ahhh! Tak nak dengar! Tak nak dengar!

Daniel hanya mampu memandang tubuh Anne yang semakin menghilang. Namun, bibirnya tidak sudah-sudah menyungging senyuman. Comel!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience