BAB 1

Romance Completed 11331

Hidup ini persisnya ada pelbagai terowong dan di dalam terowong itu juga adanya bahagian yang dipanggil jatuh. Ia terserah pada kita untuk menjalaninya dengan cara yang betul atau mahu ia disulami dengan rasa insecure, egois dan dusta. Kedua-duanya bisa membawa kamu kepada JATUH. Sama ada berada di laluan yang membuat kamu jatuh cinta tapi selamat mahupun menang dalam egois diri kamu dan jatuh lemas dalam pilihan kamu. Itu terpulang pada pilihan kamu.

“Assalamualaikum,” suara seorang gadis yang penuh kelembutan kedengaran menyapa telinga. Kemudian, Intan menggaru kepala yang tidak terasa gatal.

“Assalamualaikum, wahai saudari seislam ku,” sekali lagi dia memberi salam tetapi sekujur tubuh yang dibaluti selimut itu masih lagi tidak bergerak walau seinci.

Intan meluruskan badan yang terbongkok tadi. Kedua-dua tangan sudah mencekak pinggang memandang si sleeping beauty yang masih tidak mahu sedarkan diri itu.

Haish! Minah seekor ni nak tunggu prince charming bagi kiss baru nak bangun ke?

“Intan! Dah ke belum tu?”

Intan menoleh memandang temannya yang berada di muka pintu.

“Belum lagi la Mira. Tuan puteri kita ni tak nak bangun.”

Mira menapak masuk ke dalam bilik dan berdiri di sisi intan.

“Macam mana kau bangunkan tuan puteri kita ni?” soal Mira bersama kerutan di dahi.

“Emm… aku bagi salam la. Aku dah bagi salam lebih dari tiga kali dah. Tapi dia tak bangun-bangun lagi.”

Mata Mira terbuntang. “Kalau kau bagi salam dengan tuan puteri kita yang sedang tidur ni, sampai tahun depan pun belum tentu dia akan bangun, ustazah Intan oii!”

Intan tersengih apabila melihat Mira yang jelas tengah geram dengannya. “Dah tu, takkan nak sergah dia kut? Eh, tak baik la.”

Mira hanya menggelengkan kepala. Haih! Kalau tak sergah, jangan harap tuan puteri yang masih lagi tengah enak membuat tahi mata itu akan bangun.

“Kalau tak sergah, jangan harap dia akan bangun, ustazah Intan.”

Intan sekali lagi tersengih-sengih. Dia sudah biasa dengan perlian Mira memanggilnya dengan gelaran ustazah. Sudah sememangnya sifat semula jadinya seorang yang lemah lembut. Lagipula ibu bapanya ialah seorang ustazah dan ustaz yang mengajar di sekolah menengah.

“Apa bising-bising ni? Kalau nak buat bising jangan kat sinilah. Aku nak tidur pun tak senang.”

Serentak Intan dan Mira memandang wajah si sleeping beauty yang nampaknya terganggu lena dek pertengkaran kecil mereka. Intan sudah menggelengkan kepala. Mira pula sudah menjegilkan mata. Orang bagi salam tak pandai bangun. Orang yang tengah bercakap, boleh pulak tersedar.

“Oit, cik kak! Bangunlah!” Mira sudah bercekak pinggang.

“Ala, masih awal lagi la. Aku mengantuk ni…” gumam suara serak si sleeping beauty. Mata pun tak buka lagi.

“Anne Razeonna Ahmad Kamil! Kelas kau akan bermula dalam masa 30 minit lagi!”

Pantas saja mata yang terpejam rapat itu terbuka luas. Mahunya dia tidak bangun. Suara Mira yang bagaikan halilintar itu sudah cukup menggegarkan rumah sewa mereka. Tapi apa yang paling penting, dia bangun kerana dia sudah lewat ke kelas.

“Ya Allah! Kelas aku, wei!” Dengan terkocoh-kocoh Anne bangun dan terus meluru ke arah bilik air. Siap terlanggar Intan dan Mira yang berada di sisi katil pulak tu. Kalut sangat.

“Oit, minah! Kau tak bawa tuala ke?” Sekali lagi Mira menjerit mengingatkan Anne.

“Arghhh!!! Tuala aku mana?” Kedengaran jeritan Anne dari dalam bilik air. Mira sudah tergelak manakala Intan pula hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ada saja sketsa yang dicipta Anne setiap pagi. Memang sleeping beauty betul la. Tak pernah tak bangun lambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience