BAB 8

Romance Completed 11331

“Saya balik dulu ya, Nita. Bye, assalamualikum!” Anne melambaikan tangannya ke arah Nita yang masih lagi berada di kaunter pembayaran.

“Alright! Take care tau. Waalaikumsalam.” Nita turut membalas lambaian tangan Anne dan melemparkan senyuman manis.

Buk!

“Fuh!” Anne melepaskan lelah sebaik saja menutup pintu kereta. Buat seketika matanya dipejam rapat sambil badannya tersandar pada kerusi.

Beberapa saat kemudian, mata dibuka dan pandangannya tepat menghala ke arah kedai butik milik ibu saudaranya, Butik Balqis. Sudah tiga tahun dia bekerja dengan mak longnya di butik pakaian dan kecantikan di hadapannya ini. Kadang kala terdetik juga di hatinya, kenapalah aku kerja dekat butik ni? Dulu belajar nak jadi akauntaun. Bertahun-tahun belajar dengan nombor sampaikan malam pun termimpi tentang nombor. Tup tup lepas dapat ijazah, jadi penjaga butik mak long pulak.

Anne menghidupkan enjin keretanya. Perlahan-lahan kereta mula bergerak. Tangan kanannya memegang stereng kereta manakala sebelah tangan lagi meraba leher yang dirasakan berpeluh.

Tiba-tiba kereta diberhentikan secara mengejut. Anne mula panik dan cemas. Matanya bulat dan jantungnya sudah tidak keruan. Rantai kunci aku! Rantai kunci aku dah hilang! Dengan pantas, Anne memandu keretanya kembali ke hadapan butik mak longnya.

“Nita! Ada nampak rantai kunci aku tak?”

Nita yang sedang mengira duit tersentak tatkala disapa secara mengejut oleh Anne. Pucat seketika wajahnya kerana terkejut sebelum dahinya berkerut. Aik? Bukan Anne dah balik ke tadi?

“Nita! Aku tanya ni. Kau ada nampak rantai kunci aku tak?” soal Anne lagi sambil tangannya sudah sibuk mencari di celah-celah sofa yang tersedia di dalam butik tersebut.

“Rantai kunci? Rantai yang kau gantung dengan kunci tu ke yang kau maksudkan?”

“Ya ya ya! Kau ada nampak tak?” Tiada di sofa! Anne semakin gelisah. Dia mula mencari di lantai butik. Aduh! Aku ada tercicir dekat mana-mana ke?

“Aku rasa kat tandas kot.”

Dengan pantas Anne menuju ke tandas. Alhamdulillah! Anne mengeluh lega. Bibirnya mengukir senyuman lebar tatkala rantai lehernya sudah di jumpai.

“Sayang betul kau dengan rantai kau tu, eh?” soal Nita tatkala Anne sudah muncul di depan kaunter sambil memegang rantai kuncinya. Nita menjadi pelik. Tak ada yang spesial pun tentang rantai tu. Nak kata cantik dan menarik memang tak la.

“Aku tak kisah kalau rantai ni hilang tapi aku akan kisah kalau kunci ni hilang.” Anne memakai rantai kuncinya pada leher. Nasib baik jumpa. Fuh!

“Kenapa dengan kunci tu? Kunci rumah kau ke?” Berkerut dahi Nita. Apa punya fesyen gantung kunci rumah dekat rantai?

“Ish, tak ada la! Bukan kunci rumah aku la.” Anne mencebik tatkala melihat Nita tersengih-sengih.

“Dah tu. Aku tengok kau macam ayam berak kapur je bila rantai kunci kau tu hilang.”

Anne tersenyum. “Aku pun tak tahu ni kunci apa.”

“Hah?” Nita terkebil-kebil.

***

Klink! Klink!

Loceng pintu butik kedengaran. Anne menghadiahkan senyuman kepada seorang pelanggan wanita yang baru saja masuk. Tetapi sebaik saja melihat dia, wanita itu seakan-akan tersentak. Anne mula mengerut dahi.

‘Terkejut tengok muka aku kenapa? Muka aku macam hantu ke?’

“Awak ni…”

“Kenapa dengan saya?” soal Anne kepada wanita anggun itu. Fulamak! Memang mengancam betul la wanita ni. Macam mak datin but versi baik and tak over. Walaupun tak over macam kebanyakan datin zaman sekarang ni, wanita dihadapannya ini tetap cantik dan anggun.

Wanita dihadapannya itu hanya melemparkan senyuman manis sambil menggelengkan kepala. Anne juga membalas senyuman wanita itu.

Kemudian, wanita itu mula beralih membelek-belek pakaian yang sedia tergantung. Tetapi tidak lama kemudian, wanita itu kembali memandang ke arah Anne. Soalan yang tidak terduga daripada wanita itu membuatkan Anne terkebil-kebil.

“Awak ada borfriend tak?”

“Hah???”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience