Beberapa minit kemudian, pensyarah yang berhijab itu memperkenalkan dirinya.
“Assalammualaikum dan apa khabar semua, a very good morning to all of you, let me introduce myself, mu name is Anggun Citra but you can call me Miss Anggun or Citra that also would be fine by me. I hope we can get along well and you guys can enjoy my class as much as I enjoy teaching you guys. But before that, do you know who I am?”’aduh sedap sungguh accent British pensyarah bernama Anggun ini, sumpah laju macam keretapi dan aku terpaksa bertatih cuba untuk memahami. Bahasa Inggeris macam air. Niat aku masuk bidang penyiaran untuk belajar jadi jurukamera atau juruvideo tapi pensyarah mudah ini siap speaking bagai buat cacing kerawit di perut aku ni kecut seribu.
“Teaching English Miss Anggun,” jawab semua pelajar ringkas sedangkan pensyarah di hadapan punyalah main panjang lebar becakap tapi ayat cinonet singkat tu yang mampu dibalas?
“Yes… correct! I will be teaching you English, so since you already knew my name it’s time for you guys introduce yourself to rest of the class ya. Starting from here,” kali ini bagai air terjun tujuh tingkat pula dia speaking dan dalam banyak-banyak perkataan yang sempat aku tangkap adalah perkataan ‘Me’, ‘class’ dan beberapa lagi patah perkataan yang aku pun tak berapa yakin nak cakap.
Semua mahasiswa sudah memperkenalkan diri masing-masing. Dan aku adalah orang yang terakhir. Sumpah aku nervous! Bukan sebab aku tak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris tapi kerana jantung ku berdegup kencang melihat penssyarah yang begitu cantik di hadapanku ini. Dah kenapa jantung ku berdegup kencang dan jadi tak keruan ini? Eh mana boleh jad macam ni, ini dah kira salah!
Segala rasa janggal dan cemas di hati mulai menyerang saat aku mulai memperkenalkan diri.
“Hi my name is Sally,” serentak itu semua yang ada di kelas mentertawakan aku termasuklah pensyarah itu yang turut sama join kelas ini ketawakan aku. Aku rasa tak ada yang salah dari segi percakapan ku, itu kan namanya basic English. Aku ulang semula kata-kata ku tadi dan kali ini sekali lagi seluruh kelas mentertawakan aku. Akhirnya darah aku mulai naik, bengang punya pasal aku terus cakap dalam loghat bahasa Sabah memandangkan ibu aku berbangsa Bajau dari daerah Semporna.
Share this novel