BAB 8

Romance Completed 3222

“Ya apa boleh saya bantu?” tanyanya sambil merenggangkan kaca matanya dari hidungnya.

“Masih ingat saya, Miss?” Tanyaku sambil tersenyum penuh makna.

“Maaf, apa kita pernah bertemu sebelum ini?” tanya Miss Anggun seolah dia benar-benar tidak mengenali ku.

“He He.. nampak gayanya Miss tak ingat saya, apa miss ingat pada buku ini?” tanyaku sambil menyerahkan buku pemberiannya minggu lepas kepadaku. Dia memandangku lalu memandang semula buku yang dipegangnya kemudia tersenyum manis.

“Sally?” Kamu betul-betul dah berubah? Syukur Alhamdulillah, mari masuk!” pelawa Miss Anggun dengan senyuman bahagia, aku melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

“Silakan duduk Sally!” Ucapnya mempelawaku duduk di sofa yang berada di hadapannya lalu kembali menatap ku dengan senyuman manisnya yang telah membunuh jantungku berkali-kali.

“Ap ceritanya ni? Bagaimana boleh berubah sepantas ini?” Tanya miss Anggun teruja sambil menghentingkan kerjanya sebentar tadi.

“Saya telah sedar selepas membaca beberapa hadis yang terselit di dalam buku ini. Saya tahu apa yang saya lakukan selama ini salah. Dan saya benar-benar merasa berdosa atas perbuatan saya ini.” Ucap aku penuh dnegan nada penyesalan sambil menatap bungkam meja kerja miss Anggun di hadapanku ini.

“Maaf bertanya, tapi boleh tahu apa yang buatkan kamu tergerak hati berubah seperti sebelum ini?” Tanyanya lagi.

“Saya trauma Miss.” Balasku dengan nada sedikit hiba.

“Trauma? A[a boleh kamu ceritakan pada saya?” Aku mengangguk lalu mulai bercerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience