BAB 11

Romance Completed 3222

Kami saling berbalas senyuman. Ah…manis sungguh Miss Anggun ini hingga buat aku jatuh cinta. Opps apa benar aku jatuh cinta?

“Sejujurnya selain buku yang diberi ini beserta teguran Tuhan pada saya sserta doa dari Ibu, ada satu perkara lagi yang telah membuat saya berubah Miss.” Jawabku.

“Kerana saya telah jatuh cinta Miss.” Tuturku tertunduk malu.

“Really? Wah dengan siapa??” Tanya Miss Angggun teruja namun masih menantapku dengan senyuman yang meluluhkan hatiku. Aduh tolonglah ubah wajah manis bagai puteri Persia ini jadi hantu Valak boleh tak? Sekurang-kurangnya tak juga aku merasa berdosa melihatnya.

“Jatuh cinta pada orang yang memberi buku ini kepada saya Miss,” ujarku sambil menunjuk buku pemberian Miss Angggun tempoh hari.

Serta merta senyuman manis yang lengkap dihiasi barisan gigi putih bak mutiara itu menjadi pudar.

“Sal…” panggilnya sambil menatap aku dengan pandangan sedkit serius.

“Ya, Miss!” Sahutku tersenyum gembira.

“Saya…”

“Ya… Saya apa miss” balas aku masih dengan riak muka yang sama, teruja bagai watak Joker yang dilakonkan oleh actor Heath Ledger, ya kesian dah arwah dah pun pelakon tu.

“Saya…”

“Mommy…!” Tiba-tiba terdengar teriakkan suara anak kecil memanggil ibunya dan aku segera menoleh ke arah suara itu.

“Eh.. Alina! Sini sayang! Sal kenalkan ini Alina anak dara saya,” ujar Miss Angggun dengan padangan sedikit janggal namun tersengih.

Aduh pandanganku kelam, aku segera mengingat bahawa namaku Salman Bin Farisi dan aku berumur 21 tahun. Dulunya aku dikenali sebagai Sally the real Sajat namun kini aku sudah metarmorfosis ke pangkal jalan, namaku Salman..

Aku bisikkan kata-kata itu dan sematnya ke dalam hati sebelum aku mulai merasa pandanganku kelam dan aku rebah di atas riba Miss Angggun.

Alahai melepas lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience