“Nama aku Sally, jangan kamu kasi katawak aku ada juga yang ditempiling terguling-guling kapalanya aku kerjakan sampai palawuk (laut),” dan tak semena-mena kelas yang tadinya riuh dengan gelak tawa tiba-tiba sunyi sepi cuba memahami maksud percakapanku tadi. Padan muka, tu baru sedikit belum all out lagi, tahu pun diam. Tapi ternyata ada juga yang memahami kata-kata ku itu malah masih mentertawakan aku dan orang itu tidak lain dan tidak bukan Miss Anggun. Punyalah sakan dia gelakkan aku sampai aku naik seram mendengar hilai tawanya itu tapi dia masih ditatap manis di mataku. Eh aku ni dah kenapa, jangan cakap aku dah jatuh cinta pada Miss Anggun pula?
Aku masih jadi tak keruan dengan kehadiran Miss Anggun. Dia berhasil betul membuat aku jadi tak tentu arah. Aku berusaha mencari identiti Miss Anggun dan ternyata dia juga berasal dari Sabah. Aduh kebetulan pula, jangan-jangan inilah yang dinamakan jodoh. Aduh asyik!?
Urusan aku hari ini berjalan dengan lancar dan sudahpun selesai, dan aku segera berangkat pulang ke rumah. Telinga sudah siap ku pasangkan untuk mendengar ceramah dan tarbiah sentap dari ibu tentang penampilan ku ini.Aku melangkah malas menuju tempat letak motor, aku menghidupkan Vespa aku dan mulai menunggangnya dengan perasaan anggun persis diva. Angin sayup-sayup meniup rambutku dan juga skirt Tulle rona kelabu yang ku pakai, serasa seperti berada di Kota Paris saat ini.
Ketika aku berada di atas jalan, kebetulan aku terserempak dengan Miss Anggun. Dia kelihatan panik dan cemas kerana motorsikalnya rosak. Aku pun segera menghentikan motor dan mulai mendekatinya.
“Kenapa Miss Anggun?” Tanyaku sambil melihat aksinya yang sedang cuba memeriksa kerosakan motorsikalnya.
“Tak pastilah bang, aduh malangnya hari ni,” luah Miss Anggun. Amboi siap panggil aku abang, eh takkanlah suara aku macam jantan kot? Aku pun segera berdehem biar dia sedar dengan siapa dia sedang bercakap saat ini.
Share this novel