#SWB 9

Fantasy Completed 4500

Malam nan dingin menyukarkan Yuuki untuk mencari bahan bakar yang banyak untuk memanaskan badannya dengan lebih lama.

*situasi 1 (tersesat)

Terkedek-kedek dia mengutip kayu api yang lembab dan sejuk itu.

"Se..sejuknya."-Yuuki

Yuuki melukis medan sihir dengan menggunakan batu berwarna yang ada di hutan itu,setelah ia selesai melukis medan tersebut,dia pun mendepakan tangan lalu membaca mentera.

"Ku seru kehangatanmu mentari,hangatkanlah diri ku ini untuk sementara waktu,meskipun aku hanya meminjam kuasa mu,akan ku persembahkan padamu dengan mengembalikan musim panas."

Setelah membaca mentera,Yuuki merasakan ada sedikit kehangatan di dalam tubuhnya yang dingin itu.

Dia bersemangat untuk meneruskan kerjanya iaitu mengumpulkan kayu untuk membuat unggun api bagi menghangatkan dirinya dengan lebih lama, agar dia tidak demam selsema.

...........

*situasi 2 (kehilangan Yuuki)

"Mana Yuuki ni,dari tadi tak muncul-muncul.Takkanlah dia sesat?"-kata Yuuri sambil mundar-mandir di ruang tamu(risau).

"Wei,Yuuri.Aku takut dia sesatlah,dia belum 'pro' lagi kalau bab cari buah yang kau nak tu?" -Len

"Edward dan Aryne pergi cari kat bahagian timur hutan depan rumah ni.Edrie dan Anne pula cari kat sebelah barat.Aku dengan Len akan cari Yuuki di bahagian Utara.

Jika tak jumpa dalam masa 2 jam,kita berkumpul semula di halaman rumah ni semula untuk membuka medan teleport supaya kita dapat menjejaki keberadaan Yuuki,Faham!" -Arah Yuuri.

"Faham!"-jawab mereka semua(serentak).

"Jangan kau apa-apakan adik aku,kalau kau apa-apakan dia,nahas kau ku kerjakan." - Aryne(amaran keras).

"Kau dengar tu Edrie,nahas kita nanti" - kata Edward menggunakan hubungan minda.

Mereka dilahirkan dengan kebolehan berhubung dengan minda,mereka(Edward dan Edrie) mempunyai kuasa hubungan minda yang sangat kuat,mereka juga boleh membaca fikiran orang lain.

"Ok,guys.Aku nak, kita ikut kumpulan masing-masing dan berpecah sekarang!"-Arah Yuuri lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience