#SWB 6

Fantasy Completed 4500

Pak cik Mashiro Yuuri nak pulang.." sambil menangis.

Puteri Shira Yuuri menangis di bawah pokok sambil menjerit meminta tolong.

Setelah kepenatan Yuuri pun tertidur di bawah pokok tersebut.

----------
-----

Dalam perjalanan menuju ke istana

"Bagaimana ni Shino,apa yang kita nak jawab dekat permaisuri." menggigil ketakutan.

"Rileks lah Takana ,aku dah ada bukti yang kita dah bunuh Putera dan Puteri walaupun kita tak bunuh mereka,ni jantung monyet baru tadi aku bunuh untuk bahan bukti kita dah bunuh diorang,kau jangan bocorkan rahsia ni ,faham!" kata Shinosuke

-----
------------

Mujur seorang wanita itu datang lalu merawat beberapa luka di sebelah mata Yuuri akibat terkena ranting pokok yang tajam ketika dia tersadung akar pokok itu.

"Adik ,jangan takut kakak ada .Mari ikut kakak pulang ke rumah kakak.Di sana adik akan jumpa ramai kawan." kata wanita itu sambil tersenyum.

Wanita itu menuntun Yuuri untuk masuk ke dalam kereta kuda.

Apabila mereka sampai di kota ,wanita itu mempelawa Yuuri masuk ke dalam Rumah anak yatim.

Semua kanak-kanak di dalam rumah tersebut berlari menuju wanita tersebut.

"Miss Freryna,siapa dia.Adakah dia kawan baharu kami semua?" tanya sepasang anak kembar tersebut.

Miss Freryna tersenyum melihat gelagat kanak- kanak itu.
"Ya Aryne,Anne.Dia kawan baru kamu.*membawa Yuuri ke hadapan semua kanak- kanak tersebut."

"Siapa nama kamu?"

"Na..ma.. Sa..ya..erm..Yuuri"

Semua kanak-kanak itu memperkenalkan nama mereka.
Mereka melayan Yuuri dengan baik sekali.

Yuuri akhirnya rapat dengan semua warga rumah anak yatim tersebut

Setelah beberapa bulan dia tinggal di rumah anak yatim tersebut,kampung tersebut di serbu oleh perompak.

Perompak-perompak tersebut memasuki Rumah Anak Yatim itu untuk mencuri semua barang berharga.

Yuuri tidak lena tidur kerana terdengar bunyi yang sangat bising

"Apakah yang berlaku di luar sana?"

,...............

#Sementara itu di ruang tamu rumah anak yatim

" Aryne!Anne! Bawa Yuuri pergi dari sini!" kata Miss Ely (ketua rumah anak yatim)

"Cepat Anne!kita kena bawa Yuuri lari dari sini!" Arah Aryne.

Ramai anak yatim yang terkorban akibat dibunuh oleh perompak-perompak tersebut.

"Aryne, Anne.Apa yang dah jadi? Kenapa? Mana yang lain?" tanya Yuuri

"Kita takde masa,jom kita pergi dari sini!" arah Aryne.

Anne dan Aryne membawa Yuuri pergi melarikan diri dari rumah anak yatim tersebut melalui pintu kecemasan.

Mereka meyorokkan diri menggunakan magis .

"Yuuri,janganlah nangis. Kitorang ade,jangan risau kita takkan tertangkap punya." kata Aryne

Akhirnya perompak tersebut lari dari rumah anak yatim tersebut.

"Apakata kita pindah je,kat sini tak selamat"Kata Anne pula.

Sesampai sahaja mereka di sebuah kampung,mereka di kerumuni oleh orang dewasa. Salah seorang dari semua orang dewasa itu menarik tangan Aryne,Anne dan Yuuri lalu membawa mereka menuju ke gerai orang tersebut.

" Mulai hari ini kamu bertiga adalah pekerjaku,jika kamu membantah keluar saja dari kampung ini!"Kata wanita tersebut.

Mereka bertiga akur,jika mereka membantah mereka akan di halau dari kampung itu,mereka masih kecil dan tiada tempat tinggal yang selesa dan aman. Jika mereka akur,mereka di beri tempat tinggal dan perlindungan.

Hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun. Mereka bertiga melalui keperitan,kesusahan dan makian dari penduduk kampung tersebut.

Mereka diperlakukan seperti hamba. Setiap hari mereka selalu di pukul,di dera dan di maki. Mereka tidak tahan dengan semua penyiksaan itu, mereka merancang untuk melarikan diri pada usia mereka genap 12 tahun , mereka melarikan diri secara senyap-senyap,mereka bertiga melarikan diri ke hutan. Sesampai saja di hutan ,mereka memutuskan untuk membawa diri ke haluan masing-masing.

(End flashback)

______
___________

Di ruang tamu

Zapps..(pipi Yuuri di tampar lembut oleh Aryne)

"Yuuri,awak teringat kisah silam kita ke?"kata Anne.

"Yuuri-san,awak ok ke?"tegur Yuuki kepada Yuuri.

"Saya ok,jemput makan semua"kata Yuuri.

Setelah mereka habis menjamu selera,Yuuki pun menyampaikan taklimatnya.

" Rumah ni ada peraturan tau,korang mesti ikut peraturan.kalau tak, good bye and keluar dari rumah ni"kata Yuuki tegas.

Peraturannya ialah :-

1. Korang mesti ikut latihan yang di berikan oleh Yuuri.

2. Korang tak di benarkan masuk bilik perempuan tanpa kebenaran (bagi lelaki)

3. Korang tak di benarkan masuk bilik lelaki tanpa kebenaran
(Bagi perempuan)

Bla...Bla...Bla.....(dan banyak lagi)

Setelah Yuuki memberi mereka buku peraturan tersebut,dia menunjukan Len,Edrie dan Edward bilik mereka.

Manakala Yuuri menunjukkan bilik Aryne dan Anne .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience